Monday, September 28, 2009

Rayaku Rayamu Jua.....


Assalamualaikum wbt,

Lip lap lip lap...hari ni dah masuk 9 Syawal. Rasa cam baru lagi menyambut 1 Syawal. Seperti yg aku war2kan dlm entry2 terdahulu, tahun ni aku beraya di Taman Putera Perdana, Kota Kinabalu Sabah. Kami sekeluarga sampai dari KL pada 17 September lalu. Tima kasih pada Puan Intan Mazliah n Cik Damia selaku co-pilot.. yg menghantar kami ke KLIA. Kami naik flight pukul 2.15pm, hajat hati sempatlah nak buka puasa awal sejam dr Semenanjung...tapi..sampai2 kat KK..hujan pulak tuh....KK pun dah pandai Jammed sekarang ni...walaupun pak mertua aku cuba jugak mencilok2 utk mengelakkan jammed..tapi tak dapeks jugak nak menolong...akibatnye kami berbuka pose kat tepi jalan je, depan Taman tepi laut kat KK sambil menogok air kosong dan menelan biskut yg kami dapat dari MAS...huhuhu. Kami balik naik MAS..tapi MAS pun dah buat system check in sendiri..akibatnya kami yg check in lambat ni duduk berterabur...sorang kat ceruk sana, sorang lagi kat tepi sini..sib baik flight tu ramai askar2 mesia ni..so boleh lah dibawak berunding..dan akhirnya dapatlah jugak aku, Juanna n Naqeesya duduk sebaris. Encik Jay tercampak 2-3 baris di depan kami. Dalam Flight Qeesya dapat makan, satey dgn nasik beriani...menengokkan Juanna dan aku yg tertelan2 air liur tgk Qeesya makan, steward tu pun bagi kami 2 packs makanan lagi..bekalan utk berbuka katanya....huhuhu...

Buah ni ada kat Tuaran je...Tambekai..

Sehari sebelum raya, aku ikut mak mertua aku beli brg2 sikit kat Pekan Tuaran. Tuaran tu kecik je..tapi boleh tahan jugak jammed nye..tah dari mana tiba2 byk pulak keter kat Tuaran hari tuh..termasuk keter2 yg berplat number dari Sarawak, Labuan, Kelantan, Penang pun ada...Bila sampai kat KK ni, benda yg aku paling pening sikit ialah nak tunekan otak aku dgn waktu vs sinaran matahari kat sana...kalau kat semenanjung, kul 7pm tu cerah lagi..kat KK dah gelap pekat. Subuh pulak ala2 pukul 4.30am gituh...kul 5.45 dah jadik subuh gajah dah..


Ini bukan Jambatan Tamparuli ye...tapi adik beradik dia lah..


Hari Raya, alhamdulillah meriah giler...raya pertama kami balik ke Kampung nun di atas bukit. Nama Kampung tu Kg Kebayau...nama je atas bukit..Broadband sikit punya clear. Lepas tu beraya sakan kat sana...sampai naik senak urat perut. Raya Ke2, kami beraya di rumah, sebelah petangnye kami pergi ziarah sedara mara sekitar Tuaran.

Raya ke3, adik2 ipar buat open house...tu..dia...!!! 2 kali masak kuah laksa penang, 2 kuali besar rendang habis licin, sekuali ayam kurma, nasik hujan panas seperiuk pun habis, kuah kacang pun habis n ketupat pun tinggal yg tak berebus je lagi....yang lain semua licin...cam kena serangan bom je bila sekali tetamu dtg. Aku apa lagi...ambik port basuh pinggan, hajat hati nak jadi frontliner tapi apakan daya..bukannya aku kenal sgt tetamu2 yg dtg.

Raya ke 4-6, aku n Encik Jay ke Ranau...demi utk melaksanakan misi kami mendaki Gunung Kinabalu di hari raya yg mulia ini...huhuhu..Citer pasal tu..akan aku tulis lain kali ye...!! Berjayakah kami sampai ke puncak? Bagaimanakah xpdc kami, adakah berjalan lancar, adakah menarik...tunggu...!!!
Enche Jay bersama ibu bapa n adik beradiknya, 2 org adik lelaki tak kelihatan dlm gambar ini...


Pada setiap kali kepulangan kami ke KK, aku macam berat hati nak balik semula ke KL..bukannya apa..sekali sekala berjumpa dgn adik2 ipar tapi kemesraan mereka sgtlah tiada tolok bandingannya. Apa nak buat..terpaksa jugak balik 27 sept tepat jam 8.45am, kami selamat mendarat di KLIA. Sib baik skrg ni ada FB so senang sikit lah nak check-it-out apa yg berlaku kat seberang laut sana. Walaupun sibuk dengan raya, sempat jugak aku, adik2 ipar, cousin2 dan anak buah aku bercucuk tanam di FarmVille...kekekekekkek...




Sessi jinjit menjinjit sedang berlaku kat belakang tuh...

Time kasih jugak nak ucapkan kat keluarga mertua aku kat KK sana. Mama, bapak, Kak Jiah Abg Mur n Along n Mimi, Saadiah Abg Is n Qiha, Irfan n Icad..("sapa nih...")...Ida yg rajin memasak, Fey yg bagi tumpang bilik n rajin drive ke hulu ke hilir, Jaz n Fizah serta si comel Aril yg kecik2 dah pandai main gitar....Sijili n Tia..Anisah n Atul- Tahniah dapat baby baru...Leha n Kiddi...berposing sakanlah sementara boleh ni..esok dah ada baby..sikat rambut pun tak sempat...heheheheh...n last but not least si Comel Lily....rajin2 tolong mak kat dapur ye.....! jgn asyik FB n greng..greng sahaja..... Insya allah, ada rezeki kita jumpa lagi.

Org sebelah aku tu..menurut maknye, masa kecik2 nak jadi komunis..tu yg siap pakai seluar askar tuh...

Saturday, September 5, 2009

TRAVELOG RAMADANKU-Emak dan airmataku yg tumpah di LRT Bangsar..!

Emak...!

Minggu lepas, aku balik Kuantan nak balik berpuasa bersama mak abah dan juga balik ziarah sebelum aku balik ke KK menyambut Aidilfitri tahun ni pada 17 September nanti. Pagi Sabtu minggu lepas, kami turun awal...konon2 takut banyak kereta, nanti jammed. Tapi Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..Sesampai kat rumah, aku tgk rumah warna hijau tu..sunyi sepi. Rupa-rupanya, abah mengaji kat bilik belakang, adik Ja masih tertonggeng kat biliknya dan mak menyapu-nyapu sampah keliling rumah...


Bersalaman dgn abah, abah tersenyum panjang tengok cucu2 ada balik. Mak...hmmm...hulurkan tangan saja. Senyum tak, sengih pun tak. Apa lagi nak tanya khabar. Diam je. Mak sebenarnya menghimpun beribu atau mungkin berjuta perasaan yang berbaur dalam hatinya, tapi dia memang tak pernah meluahkannya, mungkin itu memang dah 'pesen' dia atau dia tak reti nak buat macam mana.

Atau mungkin dia menyimpan byk sangat perasaan dlm hati dia...Kalau dulu, mungkin aku tak paham sangat..tapi bila aku pun dah menjangkau umur macam ni, dah beranak 2..lama-lama aku rasa aku paham hati seorang emak...

Kalau aku ada di tempat mak sekarang, aku pun mungkin jadi macam mak....Masa aku kecik-kecik dulu, aku ingat lagi..mak lawa sangat, rambutnya panjang sampai ke pinggang, slim menyelim lagi tu..mak berhenti kerja sbb nak besarkan kami. Jadi lah mak suri rumah sepenuh masa. Sepanjang aku ingat....ramai org yg "being nasty" kat mak...ramai yg cakap mak macam-macam..contohnye seperti mak ni lambat lah buat kerja..mak bukan lambat, tapi dia cuma ada SOP (Standard Procedure..) tersendiri...nak sidai kain ada SOP, nak masak ada SOP, nak cuci kain ada SOP..bahkan nak buat biskut kelapa untuk raya pun ada SOP!

Kemudian, mak dikurniakan anak yang berderet..kalau hidup semuanya..9 org. Tapi sekarang tinggal lapan sahaja diketuai oleh aku. Setiap sorang pulak, dengan peel tersendiri.....dan sudah tentulah mak letakkan harapan ke atas beberapa anak2nya. Tapi nampaknye......ada yg tak menjadi..agaknya itulah yg buat mak terkilan sikit....

Aku kadang2 terfikir, sapa lah antara kami adik beradik yg akan jaga mak n abah sampai akhir hayat mereka...dulu aku pernah duduk kat Kuantan dgn mak abah. Senang sikit aku tgk mak abah, kain baju aku basuh, sebelum pergi kerja aku masak dulu...tiba2 aku dapat tawaran balik ke KL, kalau aku tak pergi mungkin aku tak dapat nak selesaikan perkara2 yg membebankan hidup aku..tapi bila aku dah pergi..tinggallah mak n abah macam ni..... Sekarang, tengok mak terbongkok2 memasak dan menyapu sampah sendirian dan bila dia nak cuci pinggan dia akan susun kerusi 3-4 lapis sbb dia tak larat nak berdiri.....sebenarnya...aku sangat2 tak sanggup nak tengok mak mcm tu!!!

Petang Sabtu lepas, abah sempat bisik kat aku...mak n abah solat hajat 3 hari berturut2 dan berdoa supaya adik aku yg kat Putrajaya tu..balik. Adik tu..kali terakhir balik..hari raya tahun lepas, susah benar nak dengar khabar dia...lebih2 lagi dia sekarang sendiri ada masaklah dgn bini n anaknya yg baru berusia 8 bulan tu...Lalu..aku lah yg tak tahan nak dengar runtunan hati abah n mak, abah selalu call atau hantar sms suruh aku cari adik aku tu...sib baik ada FB.....walaupun setakat hantar message tp aku tau lah dia hidup lagi. Berkat solat hajat mak n abah aku, ketika org di surau mengangkat takbir pertama solat terawih mlm tu...adik aku tu balik ke rumah!!

Sepanjang 3 hari tu, aku tgk mak baru nak senyum lebar sikit. Sekali sekali nampak jugak dia cuba dukung cucunya yg kecil2..dan berbual2 dgn cucu-cucu yg lain.

Pada saat dan ketika aku nak balik semula ke KL hari Isnin yg lepas...hati aku sangat2 berat. Air mata mcm nak tumpah sgt2 dah..tapi aku sembunyikan di sebalik gelak lawak bodoh aku tuh. Mak pulak sempat lagi meminta aku membeli 3-4 helai kain batik lepas, bila aku balik KK nanti. Katanya , 2 helai kain batik lepasnya dah disedekahkan utk digunakan untuk menutup keranda ketika Pakcik Sarip meninggal sebelum Ramadan dulu. Kata mak lagi, "Tinggal dua helai je lagi, takut nanti bila nak guna untuk sendiri tak ada pulak..."

Aku tenung je muka mak, tapi mak kalih muka hala ke lain. Aku tahan air mata yg dah seakan nak banjir dah ketika tu. Ketika salam dengan abah, aku cakap kat abah, kalau tak larat duduk kat Kuantan, duduklah dgn aku kat USJ...apartment aku tu tak lah besar...tapi sekurang2nya aku ada nak jaga mereka berdua. Aku cakap kat abah, nanti aku beli motor baru, jadik abah boleh pergi surau atau masjid dgn mak.

Sampai kat USJ..malam tu, aku telan ubat batuk dan Panadol, semata2 nak tenangkan hati aku yg sebak sangat mengingatkan mak n abah. Hari Selasa, pergi kerja mcm biasa...hidup aku sibuk sikit sbb byk interview hari tu. Namun, ketika aku bersesak2 di LRT Bangsar lepas balik kerja...aku seolah2 dah tak dapat nak bendung hati aku yg sebak lalu aku terduduk di tepi tangga LRT bangsar tu menangis teresak.

Ya Allah! Aku pohon kepadaMU, ampunkanlah dosa2 emak dan abahku, panjangkanlah umur mereka, permudahkanlah urusan kehidupan mereka berdua, terimalah amal ibadat mereka, murahkahnlah rezeki mereka berdua....dan gembirakan dan tenangkanlah hati mereka berdua..Amin!


Sunday, August 23, 2009

TRAVELOG RAMADANKU- Ramadanku Yang Lalu...

Ahlan-Wa-Sahlan Ya Ramadhan....Alhamdulillah aku sekeluarga masih diizinkan untuk sambut Ramadhan tahun ini. Ustaz Asri Rabbani tak sempat nak sambut Ramadhan, begitu juga arwah Tok Nek, mak sedara abahku dan Pakcik Sarip..jiran depan rumah abah...semua pun tak sempat sambut ramadhan kali ini.

Aku sambut Ramadhan kali ini dengan batuk2 yg masih bermaharajalela. Hari Khamis yang lepas..sekali lagi aku pergi klinik disebabkan oleh peningkatan kesesakkan dada dan..mukus2 yang bertambah banyak...di kerongkong dan paru-paru...Dengan selamba je doktor tu kata.."U are the perfect candidate to get infected by H1N1..." amboi! berdetup sekejap jantung aku..nasib baik aku tak ada demam..kalau demam sampai 38C..doktor tu kata janganlah malu2 lagi..terus sahaja ke spital kerajaan. Huhuhu..alhamdulillah..lepas makan ubat batuk bijik (tahap tablet dah...tak main dah yg ubat batuk kaler hitam tuh..) dan antibiotik..alhamdulillah..segalanya makin reda....

Tahun ni..aku mulakan Ramadhan dengan kontrak baru di SC*** Engineering. Pergh..sibuknya Ya Rabbi...Banyak beno CV nak kena aku tatap dan baca hari2...tapi..alhamdulillah..rezeki. Teringat plak kat Ramadhan tahun lepas...sibuk melampau nak cari duit...tarawikh ke mana...mengaji tah ke mana....al-maklumlah sibuk jual kuih la, buat hamper lah...tapi ramadhan aku..hampeh! Insya allah tahun ni aku nak concentrate sikit..especially aktiviti malam2 hari hanya tertumpu kepada yg patut2 je....tak moh dah aku berjaga malam2..sbb nak bungkus hamper and nak separate kan order kuih raya!!!

Ramadhan di ketika usia mcm ni..byk bezanya dri zaman sekolah2 dulu. Sekarang Ramadhan adalah satu tanggungjawab...dulu..suka2 je..mak abah suruh puasa..aku puase...duduk kat asrama..semua org puasa kita pun kenalah puasa...org pergi terawih..kita pun pergi..org qiyamullail..kita ikut..org mengaji..kita tido...masa tu..puasa masih lagi dalam peringkat nak cuba-cuba. Puasa kat hostel..memang best...masa kat SMTA..ada satu tahun tu..masa form 2 kot, ada satu kawan ni namanya Zuli..dia budak luar, hari2 bila nak pergi sekolah dia akan lalu depan hostel kami..dan satu hari tu..dia lalu sambil bawak seplastik buah jambu merah meranum....lepas tu minah Zuli ni..singgah pulak kat bilik aku n the gang...heh..apa lagi..kantoi lah puasa aku hari tu..sbb tak tahan nak tgk buah jambu air yg merah menyala tuh....

Puasa masa kat Uitm...heh...banyak meraban dari marhaban..byk marah dari mengimarah...banyak kelain..dari qiyamullail...tapi roti John dan nasik lemak kat Seksyen 2tu memang best. Sahur plak kat Seroja 3..tibai je lah apa yg makcik kantin masak..ada ke pukul 2pagi dia dah start kejut sahur.....kalau bangun lambat..silap2 makan telur goreng je..

Puasa dia tahun 2004..adoi...penuh 1001 cerita...kisah menjual nasik lemak RM1.50 sebungkus kat Bazar Ramadhan Masjid Sunway....struggling to survive for daily life...

Masa zaman duduk kat kuantan....bulan ramadhan masa tu..adalah bagai satu tingkap yang terbuka..yang bawa cahaya pagi masuk melimpah...cewah..!!..betul..aku tak tipu...mcm tu lah perasaannya....masa tu lah aku start rajin terawih...dan ikut mak aku qiyamulail....Start dari zaman kat kuantan ni lah..Enche Jay mula tak tinggal terawih....Yg bestnya, walau dalam keadaan yg serba tak ada..tp aku masih boleh masak serba sedikit utk mak abah aku berbuka puasa dan bersahur....bila dah duduk jauh dr dia org..tak dapatlah nak buat semua benda tu...

Begitulah serba sedikit tentang Ramdhan aku yg lepas-lepas...turun naiknya menjadikan aku lebih menghargai Ramadhan kali ini...Semoga kita sempat sehingga ke 10 terakhir ramadhan kali ini..amin....




Monday, August 17, 2009

Insaf sekejap.....

Semalam...setelah bergaduh2 dengan peminat Dibo The Gift Dragon dengan Caurage the Cowardly Dog ni...akhirnya aku dapat jugak tengok Channel 551 - Tree Man- The Cure. Aku rasa semua orang tahu cerita mamat Dede yg hidup dimuka bumi Allah ini dengan ketumbuhan/kutil/ketuat yang tahap meriah giler...
Sepanjang rancangan tu disiarkan..aku memberanikan bijik mata aku menengok muka dan tangan Dede di operasi....kutil2nya disiat2. Doktor bekerja membuang lebih kurang 6kg kutil yg dah mencapai tahap keras macam batu dah...
Doktor dari US pun turut membantu dengan menjadi pemerhati dan membuat kajian..semua nya utk membantu si Dede. Walaupun lepas operation, kutil tu naik semula..tapi doktor US cuba nak gunakan drug kemoterapi utk matikan sel-sel kutil itu...serius sungguh lah kutil si Dede nih..
Ketika operation, ada byk perkara yg terpaksa doktor hadapi dan juga si Dede..yg paling kritikal bila doktor nak siat kutil di jari jemarinya yg dah tak serupa jari itu...doktor kata ada komplikasi di mana tulang2 jari si Dede sudah reput..mungkin akibat osteoperosis...ye lah..dah bertahun dia dok pikul kutil yg berat tuh...reput lah jugak tulangnya...
Di akhir cerita tu, ditunjukkan gambar Dede yg dah beransur sembuh...dah boleh tekan2 handphone, dah boleh gosok gigi n pakai baju sendiri...wajahnya pun senyum je..lebih2 lagi ada pulak kaum keluarga dia yg menggunakan duit derma utk bina rumah yg elok sikit rupanya dan membeli tanah sawah utk Dede usahakan bila dia dah sembuh.

Aku memang ada sentimental value sikit dengan si Dede ini. Teringat aku zaman kehidupan susah melampau di satu era kehidupanku dahulu....masa tu..aku emotionally breakdown, mentally breakdown..semua pun breakdown..tapi tak fizikal aku yg pada ketika itu aku biarkan pesat membangun...(pelik tul..org lagi susah hati lagi kurus..aku lagi besar...)

Pada ketika itu...aku tak ada tempat nak ngadu..kawan2 semua aku tinggalkan kat KL, dan aku sendiri tak nak hubungi kawan2 sbb aku rasa mcm...entah dia org pun ada masalah sendiri..lagi mau fikir pasal masalah aku...ada satu kawan si roha pulak pada ketika itu berada nun jauh di Melbourbe...zaman tu..FB tak didiscover lagi kat mesia nih...aku masa tuh dah tak ada apa2..kecuali anak2. Hidup pun menumpang dgn mak abah aku..dgn enche jay pun..tak berapa nak bertegur sapa...hmmmmm..

Lalu, di ketika hidup aku tak keruan dan tak ketahuan itu...aku terbaca citer pasal Si Dede ni dalam newspaper....aku baca berulang-ulang kali..aku tgk gambar si dede tu berulang kali....seorang lelaki yg ditinggalkan keluarga sendiri, merempat di jalanan, wajah Dede masa tu dah seolah-olah dah tak ada masa depan...makan pakai pun dah sangat2 tak terurus...lalu tiba2 aku terpandang diriku sendiri...sesusah-susah aku pun...takdelah seteruk mana kalau nak dibandingkan dengan manusia yg hidup dgn kutil yg meriah gila seluruh badan..sehingakan dah sampai tahap..mcm akar pokok kayu dah rupanya..kan...

Tu lah...kalau kita susah..ada org lagi yg lebih susah dari kita...jgn ditengok org yang lebih senang..sbb kita pun tak tahu keseluruhan hidup dia camana...alhamdulillah..segalanya dah pulih...dan Dede juga semakin sembuh.....Iya Pak Dede..semoga hidupmu terus dirahmati...

Sunday, August 9, 2009

Hadiah Hari Jadi...

Nak kena hadiah ke..dah tua-tua macam ni? Tu lah persoalannya..tapi kalau tak dapat hadiah cam tak best..cam tak special...ye..ke? 3/8 yang lalu ialah hari jadi aku yang ke...banyak lah jugak nombornye...beberapa hari sebelum tu aku terbangun di tengah malam..lalu aku terfikirkan banyak perkara.....banyak tahun dah aku hidup, apa dah pencapaian aku, lama lagi ke aku nak hidup...cukup dah ke kebaikan yang aku buat kat dunia ni...dosa2 yang lalu camne...dah taubat ke....? Kalau mati esok camne? Kalau hidup berpuluh2 tahun lagi camne pulak...cukup dah ke duit saving..ada saving ke? Aiyo..pening dn sebak jugaklah hati aku memikirkannya.

Harijadi aku dihadiahkan dengan sessi demam syncronize berirama oleh enche Jay n anak2. Maka pada hari jadi aku, aku tak pergi opis sebab menjaga Enche Jay yg demam. Enche Jay jarang sakit...tapi kalau dah sakit...teruk juga..lambat nak baik...sementelahan pulak demam di mengkala virus H1N1 ni menular..so baiklah berjaga2. Sepanjang harijadi aku hari tu..aku tak buat apa2 hanya menjaga Enche Jay yang demam. Tengahhari tu pulak...Juanna start demam. Maka aku pun tak ubah macam Dr Grey dalam citer Grey's Anatomy..ke hulu ke hilir menjaga pesakit...Naqeesya..hmmmm....setakat tolong bawak Vicks tu boleh la.....

Pagi2 tu aku dah terima byk ucapan hari jadi yang penuh bermakna dr kawan2 n family. Ada jugak ucapan yang "ada makne disebaliknya" dr Loccitane, Jusco, Seng Heng, Mac..dll.

(From left, Zuhaina, Noraini Rahman, Wawa, Aku, Baya. Meen..)

Aku teringat plak harijadi aku masa aku umur 17 tahun...hari tu hari sabtu, aku ada class tambahan sempena nak SPM. Pagi2 aku masak Mi goreng..sebab aku n the geng dah ada plan. Sementelahan pulak aku celebrate birthday dengan Wawa (Rosdawati). Habis class tambahan hari tu, Syazmeen..member menguap dalam kelas aku..ajak kami celebrate kat rumah dia. Dia yg drive secara haram hari tu bawak kami pergi beli kek kat kedai kek sebelah KITASAMA jalan Beserah..(ada lagi ke kedai tu?), lepas tu kami beli kodak / filem (Pergh..mana ada lagi memory kad zaman tu..) then...kami pun seronok selebrate birthday kat rumah Meen...

Manalah Si Wawa minah Felda Chini ni pergi...?


Hari tu jugak..Meen pedajal kami yg innocent ni dengan menyiarkan kepada kami movie Pretty Woman uncensored...kekekekeke. But Meen..Thank You So Much..for wonderful experience hari tu.... amongst birthday celebration yg paling seronoksss.
Tahun ni..takde gift pun tak pelah...so aku decide nak bagi gift pulak by donating my blood....Happy 35 Birthday Nani...

Darah aku...donate kat Pusat Darah Negara...

Monday, August 3, 2009

Kalau Dah Jodoh.....(Untuk Zuridawati!)

Err...lama dah rasanya tak makan nasi minyak kawan-kawan. Last nasik minyak kawan2 yang aku makan ialah masa along n akhbar kahwin..org tu pun dah ada anak 2 dah pon. Masa kawin Sha n Pak Abu aku tak dapat datang....masa tu duduk kat kuantan..zaman ekonomi aku sangat-sangat gawat.
Minggu lepas aku jadi saksi kepada satu majlis pertunangan kawan aku Zuridawati a.k.a wati. Majlis bertunang dirahsiakan dr pengetahuan kawan-kawan lain sebabnyeeeee....kenduri nye kecik2 aje. Sementelahan tu, nak memeriahkan suasana...sempatlah kami menunjukkan gambar wati duduk membelakangkan kamera dan aku duduk disebelahnye di yahoogroups and FB aku....dan mintak kawan2 masscomm teka..siapakah yg bertunang itu.. Riuh jugaklah sekejap FB dan yahoogroups serta YM dengan tekaan2 yg berdasarkan akal logik semata2.

Yang bestnya, wati ni sangat2 tinggi orangnya 5'7" kot tingginya (betul ke wati..?) So memang kalau menengokkan tingginya..sapa2 pun boleh teka, so utk menyusahkan lagi aktiviti teka-teka nih...wati terpaksa merendahkan badannya sikit masa dia duduk sebelah aku tuh...

Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)

Maka, begitulah jugak kejadiannya bagi Wati dan pasangannya Encik Sulaiman...duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..menyandar sama besar...kekekekekeke...

Untuk Wati..selamat bertunang...untuk yg belom-belom lagi tu...cari-carilah di mana2 yang patut..aku berdoa byk2 mintak korang semua ditemukan jodoh yg baik dan bahagia sehingga ke akhir nyawa....







Sunday, July 26, 2009

50 Hengget baru...


Semalam or kelmarin or yesterday...(aku ada masaklah dgn penggunaan istilah ni..) kami sekeluarga keluar ke Summit...asal usulnya nak tengok movie...tapi tu tak penting...bukanlah main highlight aku utk hari ni...

Lepas dari habis tengok Transformers..(boleh ke..anak aku si Naqeesya tertidur....tengok citer tuh..punya meletup sana sinih...dia tido.. )aku pun nak lah mengeluarkan duit dr mesin ATM. Mesin ATM kat Summit tuh dah lah terletak di ceruk2..dengan keadaannya yg agak tak terurus..Sebaik aku sampai kat mesin tuh..aku nampak ada segerombolan warga indon sedang menelek-nelek..mesin tuh.. lepas seminit they all pun blah dan aku pun mencucukkan kad ATM aku dan menekan2 apa yg patut...tak lama kemudian duit pun kluar dr mesin..yg peliknya duit tu..lain dari yang lain.....aku pun jadi macam bengong skit..aku tgk je duit tuh..dalam hati aku sempat lagi nak fikir.."eh! ni bukan duit aku..ni duit lain ni, lain jer rupenye...ni duit indon ke..(sambil terfikir kat geng indon tadi)..eh..eh..duit apa ni....?"

Ada kot 10 -20 saat aku tenung duit tu kat mesin tanpa menariknya keluar...then enche jay datang.."yang.. tu duit baru tuh..wah bestnya dapat duit baru..." then baru aku macam kena penampar ...tersedar sendiri..ohhhh....tu duit 50 hengget baru ingat kan duit indon.......sabar je lah...!!!

Friday, July 24, 2009

Aktiviti memasak dan Main guitar sambil berlunjur...!!



Ayam masak halia and Mix Vege with butter prwan...sedapp...

Heheheh...macam-macam berlaku minggu ni...minggu ni aku cuma melepak kat opis di bandar tasik selatan selama 2 hari..3 hari lagi..aku lepak je kat rumah. Hari Rabu dan Khamis, Nori n kak norzie datang ke rumah aku...bukannya apa..saja2 nak buat aktiviti lain sikit dari yg lain...aktivitinya ialah..MEMASAK....siap record lagi...korang tunggu je lah..bila dah siap "projek" kami ni..kami akan tunjukkan cara-cara memasak beberapa lauk pauk yang mudah..siap masuk You Tube lagi...Hari Khamis pun aktiviti sama, tapi "artis" jemputannya lain pulak..iaitu Puan Intan Mazliah..seronok jugak dapat masak-masak n makan2 dengan kawan2 lama nih. Nori, mcm biasak lah..akan mensponsor semua bahan yg hendak dimasak..termasuk ikan bawal putih kecik monet yg layak dipanggil mak sedara ikan bilis tu dan ikan bawal hitam yg uzur benar kelihatannya...tapi bila dah goreng masak sweet sour..sedapppp...


Bawal Sweet Sour..


Selain dari memasak..kami jugak ada aktiviti2 lain..iaitu aktiviti mengupdate diri dengan kisah kawan2...bukannya mengumpat..hanya nak update je...jgn esok bila org tu dah meninggal baru nak tanya khabar berita...


Kangkung Belahchan..

Then..acara kemuncak ialah bila aku n nori main gitar...kemudian cik intan pun sama2 lah jugak nak try..so kami pun ajarlah intan chord2 asas...yg paling best sekali...oleh kerana kami duduk atas lantai..dengan saiz perut masing2 yg menggiurkan sangat tuh...kami tak larat bersila...terpaksalah kami main sambil berlunjur kaki kanan...kalau besok-besok korang nampak 3 org wanita main guitar sambil berlunjur...tak lain tak bukan kami lah tuh....hehehehehe. Jangan lah malu2 nak tegur ye...
(Maaf..gambar kami main guitar sambil berlunjur tak dapat nak di siarkan atas sebab-sebab peribadi hehehehehehe......)









Saturday, July 18, 2009

Kisah Kasih sepasang Kasut Reebok!


Huhuhuhu...inilah aku...selepas insiden beli Ipod jenama ALIKE tuh..ada satu lagi insiden happend caused by my clumsiness......

Dengan semangat kesokanan yg tinggi..aku berhajatlah nak beli kasut sport baru. SO..., adalah satu hari tu aku merayau kat KLCC and Sport Shop kat Kinokuniya tu..apa namanya..Studio..Stadium?? tak ingatlah...Tapi kedai tu sedang buat sale. Bijik mata aku pun terbeliaklah melihat perkataan SALE yg besar dengan background yang bewarna putih tuh.

Dengan rakusnya...aku mencari2 sepasang kasut sport....Syarat2 yang aku letakkan mesti berjenama tapi harga mesti murah punyer...Shop asisstant tu pun menunjukkan aku beberapa pasang kasut, ada brand Nike RM150 je, Adidas RM230..dan Reebok RM90. Reebok RM90!!! murah lah tu...so apa lagi ...dengan confident jer aku order kat adik shop assistant tu mintak saiz 6. Sai6 tu sebenarnya saiz kasut berjalan dan kasut opis aku...masa tu aku dah tak terfikir dah yg betul ke tidak saiz tu? Ok ke tak saiz tu dgn aku? Kasut ni Saiz 6 UK ke, US ke Japan ke...? Aku hentam je...

Adik tu pun bagilah kat aku sepasang kasut tuh..aku pun try ala kadar je..sambil mata aku melilau-lilau menengok2kan manalah tahu ada lagi kasut2 lain yg berjenama, yg cantik dan yg murah....

Tak sampai 2 minit aku try kasut tuh..aku pun decide nak beli. Keesokkan harinya, aku pun excited lah nak pakai kasut tu utk sessi jogging and panjat tangga yg aku buat 4 kali seminggu tuh...lima minit je aku try pakai kasut tu...tiba2 aku rasa kaki aku macam tak selesa...so aku pun pakai stokin selapis lagi (stokin tebal tuh..) jalan2 lagi tetap tak boleh..bila aku jalan bahagian tumit tetap nak terkeluar dari kasut ...

Aku pun bagitahu encche jay.."kasut ni sakit lah..tumit saya..selalu terkeluar-terkeluar bila saya jalan.." Dengan tak yah pikir2 panjang2 pun Enche Jay pun bagilah komen..."bukan saiz dia lah tu.....mesti besar..." Alamak! mamat ni ada 6th sense lah....so terpaksalah aku mengakui keclumsiness aku ...

So..sapa nak beli kasut...? Sport Shoes..Saiz 6 UK, Baru pakai 10 minit je...free lagi sock dari SOXWORLD sepasang....Aku jual RM80 jer siap dgn original box.... Sapa nak beli call/SMS/Message aku ye....

Monday, July 13, 2009

USJ-BEHRANG-TELUK KUMBAQ!

Sessi Berposing kat toilet Tapah

Al-kisah...dah lama teringin nak makan angin a.k.a menziarahi adik beradik yg ada kat Penang. Sementelahan Enche Jay kerja kat KTB ni, dah beberapa kali berangan2 nak naik bas NICE EXECUTIVE COACH yg dua tingkat tu...(ada ke bas NICE 2 tingkat pergi PNG) tapi..macam tak berkesempatan je.....

Al-kisahnye adik lelaki bungsu aku, si zamil dapatlah tawaran ke Politeknik Behrang. So sapalah lagi nak menghantar mamat satu ni pergi pendaftaran kalau tak aku. Abah dan amil pun dtglah dr kuantan pada hari ahad minggu lepasnya. Enche Jay pulak ambik coti 2 hari. Arakiannya, seisi keluargalah kami (Juanna n Naqeesya ponteng sekolah le..) berangkatlah ke Behrang..Aku ingat jauh bebenor lah Behrang ni..tapi ropenye..tak sempat nak berdengkur..kami dah sampai dah.

Proses pendaftaran tu...takdelah berapa lancar sangat..lembab makngut jugak...pihak pengurusan kata ada masalah tak cukup bilik...tapi yg peliknya..takkanlah korang dapat list nama bebudak yg baru nak masuk ni hari semalam..mestilah at least sebulan atau beberapa minggu dahulu? Kenapa masa tu tak selesaikan masaklah tak cukup bilik tuh? Hari pendaftaran tu lah..baru nak buat mersyuarat nak selesaikan masaklah ...abah aku pun apa lagi...mulalah dia memberi ceramah motibasi percuma kepada pentadbir dan pendaftar yg ada hari tu...ngalahkan Menteri Pelajaran pulak gayanye bercakap...

Politeknik Behrang tu..cantik jugaklah ropenye...permandangannya bertubirkan bukit bukau yg kelabu asap sikit diselaputi jerubu...aku dan enche jay pun terimbau lah kembali kenangan hari pendaftaran kat Uitm Lendu ..15tahun yg lampau.

Abah n Iman Naqli...

Selesai segala huru hara kat politeknik behrang..kami pun berlepas ke Teluk Kumbaq. Asal tujuannya abah aku nak menziarahi cucu barunya Iman Naqli..anak kedua adik aku si Iwan Nasir dan juga menziarahi Damia Dayana anak sulung adik aku tu..yg kebetulannya disahkan keracunan makanan sehingga beberapa hari terlantar di spital.

Damia Dayana and Naqeesya...(err...bukan slaah ibu mengandung ye..yg jadiknye anak aku tu posing terover..)

Perjalanana ke Penang..lancar...macam biasa ..abah aku wajib singgah kat Tapah dan Sg Perak...kami sampai ke atas Penang Bridge dalam pukul 4 petang dan kami langsung teruskan perjalanan ke teluk Kumbaq. Dengan berharapkan daya ingatan aku yg tak berapa nak ingat ni, dan diselang selikan dgn cerita2 abah aku bahawa teluk Kumbaq itu juga adalah kg penyanyi AF..Mila, Enche Jay dengan penuh yakin je..memandu, mencari rumah mak mertua adik aku....yg akhirnya membawa kami ke tengah hutan mana tah..menghala ke Balik Pulau...tu lah...dok sibuk cari rumah Mila Af..last2 kami yg sesat...Nasib baiklah kesesatannya taklah jauh sgt..sempat lah patah ke pangkal jalan.
Sampai di simpang rumah mertua adik aku..aku nampaklah si Iwan yg badannya kecik sikit dr Sully dari cerita Monster Inc. tu sedang melambai-lambaikan tangannya....kat belakangnya berdirilah si Damia Dayana..kesian pulak aku tengok tangannya yg masih berbalut dgn jarum drip...

Anak buah aku Si Damia ni..mengikut lapuran bapaknye adalah sangat sakit..tapi ..kami tengok dia macam sihat je..melompat2 tak ingat dunia bila jumpa Juanna and Naqeesya. Adiknya pulak yang baru berusia 3 minggu...pada pandangan mata aku sangatlah besar saiznya..seolah2 budak yg dah umur 2 bulan...alhamdullillah..kesemua seisi keluarga itu beserta mak dan pak mertua adik aku (Pakcik Che MAy) adalah sihat walafiat..



Seterusnya, kami pun ambik keputusan nak cari tempat tido..tapi Iwan cakap..jgn susah hati..dah beres..dalam pukul 6pm Iwan dan isterinya si Fizah yg masa tu masih dlm pantang pun membawalah kami ke Hotel Tabung Haji yg terletak berhampiran dengan airport Bayan Lepas dan hanya jaraknya..seketut tak hilang bau lagi..dari rumah mak mertua adik aku...amboi..tidur kat hotel kami..kagum sungguh!
Kat hotel Tabung Haji

Adik aku bookkan utk kami bilik Deluxe Suite...pergh! cam raja ..bilik besar 1 queen bed 1 single. Tapi bapak aku nak jugak bilik lain so kami ambik Superior deluxe..dgn 2 single bed. Yg bestnya, hotel setinggi lima tingkat dgn..aku rasa ada lebih dari 100 bilik tapiii..hanyalah kami sahaja guestnya...korang bayangkanlah...! kami dapat bilik di tingkat 4..sunyi je..tak nampak orang lalu lalang seperti hotel2 lain..takde lagu2 sentimental kat lobby..senyap je...tapi hotel ni best jugak. Deluxe Suite tu hanya RM160 semalam...superior deluxe tu hanyalah RM100..semua peralatan lengkap..TV pun ada Astro....

Enche Jay dgn sabarnye..menggunakan equipment yg berkruk krek..bunyiknyer tu....

Malam pun menjelmalah..cewah...dah boring2 tgk tv, kami pun bercadanglah nak pergi ke gym..dah alang2 kami je guest kat situ..so apalah salahnye utk kami meronda2. Dalam gambar kat lift..gymnye adalah amat canggih..tapi bila kami pergi....kekekekekekek...undescribable ..ada 3 jer equipments....dan setiap satunya dtg dengan pakej bunyi2an...agaknya takde sapa guna, and tak pernah servis..jadi equipmentnye semua berkruk..krek bila diguna. Aku rasa malam tu memang aku berpeluh..tapi bukan sbb penat exercise tapi penat gelak...

Apa2 pun..seronoklah jugak makan2 angin walaupun short term...takdelah nak bercuti meriah..... Tapi Penang sgt berjerubu..dari Bayan Lepas dan Queensbay..kami tak nampak pun Penang Bridge dgn jelasnye...akibatnye..kami balik ke USJ dgn batuk2 dan demam2. Insya allah nanti kami dtg lagi ke PNG! next time nak naik NICE Executive Coach...