Saturday, July 18, 2009

Kisah Kasih sepasang Kasut Reebok!


Huhuhuhu...inilah aku...selepas insiden beli Ipod jenama ALIKE tuh..ada satu lagi insiden happend caused by my clumsiness......

Dengan semangat kesokanan yg tinggi..aku berhajatlah nak beli kasut sport baru. SO..., adalah satu hari tu aku merayau kat KLCC and Sport Shop kat Kinokuniya tu..apa namanya..Studio..Stadium?? tak ingatlah...Tapi kedai tu sedang buat sale. Bijik mata aku pun terbeliaklah melihat perkataan SALE yg besar dengan background yang bewarna putih tuh.

Dengan rakusnya...aku mencari2 sepasang kasut sport....Syarat2 yang aku letakkan mesti berjenama tapi harga mesti murah punyer...Shop asisstant tu pun menunjukkan aku beberapa pasang kasut, ada brand Nike RM150 je, Adidas RM230..dan Reebok RM90. Reebok RM90!!! murah lah tu...so apa lagi ...dengan confident jer aku order kat adik shop assistant tu mintak saiz 6. Sai6 tu sebenarnya saiz kasut berjalan dan kasut opis aku...masa tu aku dah tak terfikir dah yg betul ke tidak saiz tu? Ok ke tak saiz tu dgn aku? Kasut ni Saiz 6 UK ke, US ke Japan ke...? Aku hentam je...

Adik tu pun bagilah kat aku sepasang kasut tuh..aku pun try ala kadar je..sambil mata aku melilau-lilau menengok2kan manalah tahu ada lagi kasut2 lain yg berjenama, yg cantik dan yg murah....

Tak sampai 2 minit aku try kasut tuh..aku pun decide nak beli. Keesokkan harinya, aku pun excited lah nak pakai kasut tu utk sessi jogging and panjat tangga yg aku buat 4 kali seminggu tuh...lima minit je aku try pakai kasut tu...tiba2 aku rasa kaki aku macam tak selesa...so aku pun pakai stokin selapis lagi (stokin tebal tuh..) jalan2 lagi tetap tak boleh..bila aku jalan bahagian tumit tetap nak terkeluar dari kasut ...

Aku pun bagitahu encche jay.."kasut ni sakit lah..tumit saya..selalu terkeluar-terkeluar bila saya jalan.." Dengan tak yah pikir2 panjang2 pun Enche Jay pun bagilah komen..."bukan saiz dia lah tu.....mesti besar..." Alamak! mamat ni ada 6th sense lah....so terpaksalah aku mengakui keclumsiness aku ...

So..sapa nak beli kasut...? Sport Shoes..Saiz 6 UK, Baru pakai 10 minit je...free lagi sock dari SOXWORLD sepasang....Aku jual RM80 jer siap dgn original box.... Sapa nak beli call/SMS/Message aku ye....

No comments: