Thursday, October 1, 2009

Ku sapa sejuk beku puncak kinabalu!



Tajuk entry terlampau......terlebih sudahhh!
Rasa macam baru je minggu lepas aku berpenat- penat dan berlelah-lelah yang amat mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.Lama dah sebenarnya aku teringin nak naik ke atas tu. Entah kenapalah, tapi aku rasa macam best gila kalau dapat naik. Lebih2 lagi Enche Jay tak habis2 berciter pasal kebessan mendaki gunung kinabalu tu, dia dah naik 5 kali termasuk edisi minggu lepas. Ada byk sebab org daki Gunung Kinabalu (GK) 'ni, ada yg nak nikmati pemandangan, ada yg nak test power, tubuh badan, ada yg memang dah hobi...tapi..aku...entah..aku cuma rasa teringin nak naik atas tu dan nak ambik gambar kat atas tu.


Sebelum naik...bolehlah berposing sambil tersengih...dah penat2 kang..sengih pun tak larat.

Minggu lepas, hari Rabu..aku dan Enche Jay memulakan perjalanan ke National Park Sabah, kami ambik Pakej Mendaki GK yg berharga RM500++ seorang, termasuk 1 mlm penginapan kat kaki gunung, 1 malam penginapan kat 3/4 GK (Laban Rata) dan makan minum. Tu tak termasuk kos Guide, transportation, insurans, bayaran masuk, dll...kalau kira2..dekat2 RM2k lebih lah jugak jumlahnye....hmmm....lebih kurang sama rege dgn iphone idaman. Lepas check in, kami beraya di Ranau, di rumah sepupu2 Enche Jay, dalam perjalanan dari kejauhan aku dah nampak puncak GK tu...pergh...aku berangan "Insya allah, esok sampailah aku kat Laban Rata tu, Jumaat pagi..sampai kat puncaknye.." . Yakin sungguh akakk dgn kemampuan aku! Aku tak terfikir pun akan segala kesulitan yg ada..nampak mcm senang je...Mlmnya, aku dan Enche Jay bermalam di Hill Lodge, di kaki GK...sejukkk..ditemani dgn bunyi cengkerik n unggas rimba...n bunyi pelik2 yg lain..al-maklumlah, tepi hutan tebal. Anak2 aku tinggalkan di KK dgn adik2 ipar n mertua aku...bila aku call dia org, anak2 aku ok je...mcm tak kisah pun ibu bapanya takde...hmmm..

Pagi2 Khamis, kami bangun dgn penuh semangat pendakian...bukak2 pintu Lodge kami....tu dia...!! GK berdiri teguh..besar je...macam menginvite kami utk panjat ke atas tuh. Tanpa berlengah2 lagi kami pun pergi ke pejabat utama, jumpa guide n ambik transport dari Pintu Taman Negara tu ke Timpohon Gate. Masa ni excited gila aku...rasa macam takde masalah lah nak mendaki GK tuh...lebih2 pulak cuaca baik, terang benderang.



Ariani patut offer aku jadi Model turung dia...sampai ke Puncak Gunung aku promosi tudung dia ..

Dalam lebih kurang 15-25 minit berjalan, kedatangan kami disambut oleh satu air terjun kecil....bestnya tak terkata...akhirnya aku berjaya jugak nak mendaki GK nih...sejam berjalan..kami sampai ke pondok rehat pertama, kata Enche Jay dan Guide kami, ada 7 pondok sebelum sampai ke Laban Rata...maka aku pun mulalah mengira2..Enche Jay pulak sibuk merakam video dan ambik gambar...trail yg mula2nya rata dan busut2 kecil..dah bertukar jadi tangga2 yang besar dan landai....masa ni aku ok lagi...lepas kami sampai ke pondok ke 3 atau 4..namanya Layang2...mulalah pemanjatan tahap kritikal...tangga2 landai dah mula jadi curam..dan lama2 tangga dah tak ada..bertukar jadi bongkah2 batu yang besar...kesusahan mula terasa...kaki aku mula rasa lenguh2.


Walau bagaimanapun, aku rasa aku ok lagi...sbb mata aku sibuk melilau tgk perubahan muka bumi, dari tanah berumput, bertukar jadi batu2 besar bewarna kuning. Dari pokok2 hutan yg besar..bertukar jadi pokok2 renek ala-2 bonzai. Dalam perjalanan tu aku mula sedar, kami je pendaki local, yg lain2 ramainya mat n minah saleh, jepun, china dan Korea. Sepanjang perjalanan naik, kami jumpa pendaki2 yg dah turun. Ada yg berjaya sampai ke atas puncak, ada yg tak...semuanya saling berhai! berhello dan bergood luck! Lama kelamaan...kepenatan mula membuatkan aku asyik tanya Enche Jay.."Jauh lagi ke?" "aku rasa aku tanya soklan tu every 10 minit...sampaikan Enche Jay dah mula bosan nak jawab n mulalah memberi jawapan standarnya iaitu.."Hmmmm.."

Selepas 5 jam mendaki...kami sampai ke Laban Rata. ni dah kira2 3/4 pendakian lah...tu pun 6km jaraknya. bukan tanah landai tau...bukan rata mcm padang bola tu tau...Sampai kat sini, kami check in di dorm. Kami dapat roomate couple dr Germany....Martin n..tah hapa lah nama geprennya tuh. Lepas makan dalam pukul 7pm, kami tido. Sebab pagi2 esok dalam pukul 2am, kami kena bangun n teruskan pendakian ke puncak. Kat Laban Rata ni..aku dah mula rasa kesejukkan yg amat. Angin bertiup sgt kencang. Mlm tu aku telan Panadol Activefast 4 bijik, sapu kepala lutut n kaki dgn Yoko2 n tiger balm n cuba tido. Aku tido ok, tapi Enche Jay tak boleh tido...konon2nya sbb beralih tempat tido n sbb minum kopi pekat masa dinner tadi!

Malam tu, sejuk Ya Rabbi...! aku tidur dgn satu tracksuit, seluar jeans, t-shirt 2 lapis, sweater 2 lapis, stokin lagi...baru bleh tido. Nak ambik wuduk...pun tak sanggup nak cecah air...ni kan plak nak mandi. Paginya dlm pukul 1.45am, kami bangun..gosok gigi je n celup2 jari nak buang taik mata, ala2 P Ramlee lah... pukul 2.30am kami pun mula lah mendaki ke puncak...



Ya Allah!..cubalah korang bayangkan, kena panjat batu2 n tangga2 yg curam..tgh malam pekat...tak nampak apa pun, harapkan torchlight je...angin plak kuat, sejukkkk lagi......belum sampai 5 minit...mendaki..dr Dorm kami...aku dah panik...aku rasa mcm dah tak bleh buat...mengah semacam je...aku pun mula ambik inhaler asthma aku, 1 ventolin yg biasa n 1 lagi yg ada steroid punya..power sikit... mendaki lagi...Enche Jay kata..pelan2 je, tak yah laju2. Tapi guide aku kata..kalau lambat2 nanti kita sampai lambat kat puncak tuh...


Byk kali jugak aku cakap aku nak turun, tak sanggup rasanya nak panjat dlm sejuk yg amat tuh...Enche Jaylah yg tolong push "sikit je lagi..." katanya..sikit hapenye...100m kat gunung tu mcm 1000km kat tempat landai! Bila aku kata.."tak larat dah, nak turun dah ni.." Enche Jay kata.."jomlah turun..tapi...nanti tak bleh lah ambik gambar kat atas tuh.." Waduh! bikin panas...! Aku terus jugak mendaki...setiap 10 tapak aku berenti...bukan aku sorang je rupanya, ramai lagi yg mcm tu...penat giler wehhhh....kabus tebal menyelubungi puncak gunung, patutlah sejuk semacam..walaupun pakai gloves 2 lapis...masih terasa kesejukkan...tangan mula kebas. Lepas sessi mendaki anak2 tangga kat atas tu..dtg pulak dah sessi mendaki tebing curam...pakai tali lagi...teringat plak zaman belajar rapling masa kat ITM dulu...! aku rasa susah sungguh masa tuh...dgn sejuk n nafas yg mula pendek2. Sejuk tu yg buat aku cepat penat. Tekak pulak kering tahap gurun sbb asyik bernafas ikut mulut.



Mcm biasa, mulut aku asyik tanya Enche Jay..lambat lagi ke nak sampai atas, jauh lagi ke..tension giler bila tgk dah ada org yg turun, aku ingatkan org tu dah sampai puncak..rupa2nya tak sampai pun...separuh jalan dah give up...termasuk room mate aku si Martin n geprennya...lagi lah aku tension. Tapi sedar tak sedar aku dah sampai ke Sayat-Sayat. Satu pondok utk climbers check in ke puncak. Kesejukkan dah mula tahap Everest dah kot...rambut yg terkeluar dr tudung keras tercokeng (tercacak). Bibir dah tak boleh gerak...rasanya macam baru lepas leyakkan bibir tu kat freezer..(try lah buat!) Janggut Enche Jay pun beku...hingus pun beku...Walaupun dah sampai kat Sayat-Sayat, kabus masih terlalu tebal...tak nampak langsung matahri naik...angin menderu2 kencang...puncak pun kami tak nampak. ada satu kali tu..aku sgt2 give-up sampai aku ckp kat ENche JAy "Bang..dah lah..saya declare ni lah puncak saya.." padahal yg aku nampak tuy bukan puncak pon, aku punya imagination jer...



Aku teruskan lagi pendakian dlm kesejukkan tu...otak aku mulalah terfikir.."nape aku pergi nyusahkan diri nih..bagus lagi aku duduk rumah tido2, tak pun makan kuih raya...". Aku tak tahulah apa perasaan Enche Jay..tp dia ada kata..dah 5 kali dia mendaki, nilah pengalaman paling teruk...aiseh, ni buat aku fed-up nih.



Yesssss....!!!

Di 100m terakir menuju puncak...sejuk dah sampai ke tulang sum-sum,
ada 1 mat salleh ni, siap menyorok bawah batu besar n berbungkus dgn selimut lagi..melampau!! Tahap penglihatan pun tak jelas....tapi dlm tak jelas tu...dgn tak disangka2 tiba2 aku nampak puncak tu...Enche Jay cakap.."Yang, sampai dah kita kat puncak..." aku mcm tak sangka sgt...sbb apa yg aku gambarkan lain sgt dgn apa yg aku hadapai masa tu...aku tak nampak sunrise, semua kabus je...tapi aku tetap ambik gambar jugak kat puncak tu...walaupun gambar tak clear..perasaaan aku masa ni..entah...rasa happy tu sikit sgt sbb kesakitan kaki, keletihan n kesejukkan yg melampau.


Dlm perjalanan turun dari Puncak ke Laban Rata, aku turun perlahan2...masa tu hari mula terang sikit, dan aku asyik berdoa mintak Tuhan, sinarkan cahaya mentari sikit..sbb aku nak sgt tgk puncak tu..spt yg aku tgk dlm gambar2. Bila aku check out di Sayat-Sayat, aku belum lagi nampak keseluruhan puncak. Cuaca masih sejuk, aku punya aim just nak turun aje dr tempat tu n balik ke rumah secepat mungkin....tapi dalam hati masih berdoa supaya ada cahaya matahari, bila panas, tak lah tersiksa sgt....Tiba2, aku nampak cahaya matahari mencelah keluar dr awan pekat...dan kabus tiba2 hilang. Enche Jay terus suruh aku pandang belakang..dan tu..dia.......alhamdulillah..Allah bg jugak aku tgk puncak GK tu..seperti dlm gambar yg aku nampak selalu...Masya Allah...unexplainable, unsangkarable....cantiknye...besarnye.....teguhnya..utk beberapa minit, aku rasa mulut aku terlopong..menegokkan kejadian tuhan yg agung tu...tp tangan kami dah beku, tak sempat nak tekan butang kamera..n tiba2 kabus n awal tebal selimutkan balik puncak GK tuh... Aku tutup mata cepat2, sbb aku nak rakam apa yg aku nampak tadi dlm otak aku.

Dlm perjalanan turun tu, baru aku nampak betapa curamnye batu2 yg aku panjat, siap ada gaung2 dalam lagi tu..ada satu Chinese girl ni...punya lah afraid of height, badan dia macam melekat kat batu2 besar tu..takut nak turun. Dalam pukul 9.30am, kami sampai ke Laban Rata. Breakfast, packing2 barang dan check out. Kemudian teruskan perjalanan turun sampai ke Timpohon Gate.
Jay kata, perjalanan turun cepat je. Mula2 tu memang cepat, dalam masa 1 jam aku dah redah separuh perjalanan dan sampai ke Pondok Layang-Layang..masa tu, aim aku memang nak turun n nak balik cepat je...tapi..tiba2 hujan mencurah2 turun ke bumi....apa lagi...perjalanan pun jadi sgt2 lambat, sbb licin n basah n sejuk. Lapar lagi tuh...biskut2 pun dah habis. Aku mula terbayangkan nasik panas dgn asap2 yg keluar...bila kita bukak rice cooker! Kaki aku mula sakit yg amat...tp aku paksa jugak..ye lah..takkan aku nak tido kat hutan tuh...Guide kami pun terpaksalah jalan pelan2 ikut kami. (pelik tgk porter2 tu masih boleh berlari turun dr GK dlm hujan lebat...respect giler lah!)

Dlm kesejukan n kesakitan, perjalana mula rasa lambat..n menyusahkan.
Masa mula2 naik, aku rasa air terjun yg aku jumpa mula2 tu dekat je..tapi bila turun..rasa mcm tak sampai2. Byk betul tangga yg aku kena turun..masa ni aku mula rasa appreciation kepada tanah2 rata n landai...masa ni aku rasa, berjam2 tersangkut dlm trafiic jammed lagi bagus dr dok turun mata tangga yg tak habis2 nih...Otak aku pun mulalah tak berapa nak betul. AKu mula imagine ada org naik helicopter nak selamatkan aku. Aku terfikir, bagusnya kalau ada Doremon...mesti Doremon boleh bagi pinjamkan...kipas helicopter kecik dia tuh...Adoiii!!! kerja giler betul...


Selepas 6 jam menuruni GK, baru kami sampai..ke pejabat Sabah Park untuk check out.
Dapat jugak kami sijil! masa tu..mulut aku dah tak boleh bercakap dah...badan dah basah lencun...sejuk, kaki lagi sakit..lapar...semua ada... Jay cari Taxi utk bawak kami ke KK, mula2 nak tidur lagi semalam kat Ranau...tp rasanya mcm tak sanggup dah...nak balik cepat2. Dlm taxi...bila taxi mula melintasi Pekan Nabalu....aku nampak puncak GK....nampak macam jauh n tinggi sgt...aku tanya Enche Jay..."kita daki sampai kat atas tu ke?" Ye...kat atas tu lah kita pagi tadi...Jawapan Enche Jay buatkan aku rasa mcm Pergh!!!..tingginye..sampai jugak aku kat atas tuh.

Dalam taxi...aku tidur..tah2 aku pengsan, aku pun tak tau..sbb tiba2 je aku dah sampai ke rumah mak mertua aku kat KK. Driver taxi tu kata...jgn serik kak, nanti daki lagi...kalau 1st time daki, dalam hujan n sejuk macam tu pun kakak boleh sampai puncak, next time bila panas terang...mesti lagi senang...

Wah! bestnya ayat..tapi sanggupkah aku n perlukah aku???? kena pikir nih....!

Sampai di rumah...badan rasa sakit yg amat.
Tp ucapan tahniah dr adik2 ipar n sepupu sepipit n makcik2..seolah2 Panadol Super Power...hilang semua rasa sakit....bila aku selesai bersihkan diri..baru aku sedar, kuku kaki aku yg tengah..bertukar jadi hitam (dah lah kaki mcm kaki atuk upin n ipin dlm citer geng pengembaraan tuh..huhuhu), tumit pulak melecet2 tahap besar giler...betis dan peha..kekejangan...solat pun, tahap duduk atas kerusi...


Tu lah dia citer pengalaman mendaki Gunung Kinabalu...bila pikir2 balik, ni lah achievement paling besar n mencabar dlm hidup aku....selepas seminggu, sakit2 mula hilang, kuku tetap hitam..tu kira kena tunggu tercabut atau tumbuh lain lah...alhamdulillah, citer2 aku tercapai jugak....Satu benda yg aku rasa...kalau GK yg tinggi dgn sejuk beku n tahap kesusahan melampau tu boleh aku daki n turuni....benda2 lain yg susah n mencabar pun mesti aku boleh bua, insya allah.....it's The Climb......!




(Kpd kawan2 yg nak mendaki......tips2 penting 1. lari kat tanah landai at least 10km, seminggu sekali....2. belajar2 lah mandi ais n duduk dlm freezer... 3. expect the unexpected.)

Monday, September 28, 2009

Rayaku Rayamu Jua.....


Assalamualaikum wbt,

Lip lap lip lap...hari ni dah masuk 9 Syawal. Rasa cam baru lagi menyambut 1 Syawal. Seperti yg aku war2kan dlm entry2 terdahulu, tahun ni aku beraya di Taman Putera Perdana, Kota Kinabalu Sabah. Kami sekeluarga sampai dari KL pada 17 September lalu. Tima kasih pada Puan Intan Mazliah n Cik Damia selaku co-pilot.. yg menghantar kami ke KLIA. Kami naik flight pukul 2.15pm, hajat hati sempatlah nak buka puasa awal sejam dr Semenanjung...tapi..sampai2 kat KK..hujan pulak tuh....KK pun dah pandai Jammed sekarang ni...walaupun pak mertua aku cuba jugak mencilok2 utk mengelakkan jammed..tapi tak dapeks jugak nak menolong...akibatnye kami berbuka pose kat tepi jalan je, depan Taman tepi laut kat KK sambil menogok air kosong dan menelan biskut yg kami dapat dari MAS...huhuhu. Kami balik naik MAS..tapi MAS pun dah buat system check in sendiri..akibatnya kami yg check in lambat ni duduk berterabur...sorang kat ceruk sana, sorang lagi kat tepi sini..sib baik flight tu ramai askar2 mesia ni..so boleh lah dibawak berunding..dan akhirnya dapatlah jugak aku, Juanna n Naqeesya duduk sebaris. Encik Jay tercampak 2-3 baris di depan kami. Dalam Flight Qeesya dapat makan, satey dgn nasik beriani...menengokkan Juanna dan aku yg tertelan2 air liur tgk Qeesya makan, steward tu pun bagi kami 2 packs makanan lagi..bekalan utk berbuka katanya....huhuhu...

Buah ni ada kat Tuaran je...Tambekai..

Sehari sebelum raya, aku ikut mak mertua aku beli brg2 sikit kat Pekan Tuaran. Tuaran tu kecik je..tapi boleh tahan jugak jammed nye..tah dari mana tiba2 byk pulak keter kat Tuaran hari tuh..termasuk keter2 yg berplat number dari Sarawak, Labuan, Kelantan, Penang pun ada...Bila sampai kat KK ni, benda yg aku paling pening sikit ialah nak tunekan otak aku dgn waktu vs sinaran matahari kat sana...kalau kat semenanjung, kul 7pm tu cerah lagi..kat KK dah gelap pekat. Subuh pulak ala2 pukul 4.30am gituh...kul 5.45 dah jadik subuh gajah dah..


Ini bukan Jambatan Tamparuli ye...tapi adik beradik dia lah..


Hari Raya, alhamdulillah meriah giler...raya pertama kami balik ke Kampung nun di atas bukit. Nama Kampung tu Kg Kebayau...nama je atas bukit..Broadband sikit punya clear. Lepas tu beraya sakan kat sana...sampai naik senak urat perut. Raya Ke2, kami beraya di rumah, sebelah petangnye kami pergi ziarah sedara mara sekitar Tuaran.

Raya ke3, adik2 ipar buat open house...tu..dia...!!! 2 kali masak kuah laksa penang, 2 kuali besar rendang habis licin, sekuali ayam kurma, nasik hujan panas seperiuk pun habis, kuah kacang pun habis n ketupat pun tinggal yg tak berebus je lagi....yang lain semua licin...cam kena serangan bom je bila sekali tetamu dtg. Aku apa lagi...ambik port basuh pinggan, hajat hati nak jadi frontliner tapi apakan daya..bukannya aku kenal sgt tetamu2 yg dtg.

Raya ke 4-6, aku n Encik Jay ke Ranau...demi utk melaksanakan misi kami mendaki Gunung Kinabalu di hari raya yg mulia ini...huhuhu..Citer pasal tu..akan aku tulis lain kali ye...!! Berjayakah kami sampai ke puncak? Bagaimanakah xpdc kami, adakah berjalan lancar, adakah menarik...tunggu...!!!
Enche Jay bersama ibu bapa n adik beradiknya, 2 org adik lelaki tak kelihatan dlm gambar ini...


Pada setiap kali kepulangan kami ke KK, aku macam berat hati nak balik semula ke KL..bukannya apa..sekali sekala berjumpa dgn adik2 ipar tapi kemesraan mereka sgtlah tiada tolok bandingannya. Apa nak buat..terpaksa jugak balik 27 sept tepat jam 8.45am, kami selamat mendarat di KLIA. Sib baik skrg ni ada FB so senang sikit lah nak check-it-out apa yg berlaku kat seberang laut sana. Walaupun sibuk dengan raya, sempat jugak aku, adik2 ipar, cousin2 dan anak buah aku bercucuk tanam di FarmVille...kekekekekkek...




Sessi jinjit menjinjit sedang berlaku kat belakang tuh...

Time kasih jugak nak ucapkan kat keluarga mertua aku kat KK sana. Mama, bapak, Kak Jiah Abg Mur n Along n Mimi, Saadiah Abg Is n Qiha, Irfan n Icad..("sapa nih...")...Ida yg rajin memasak, Fey yg bagi tumpang bilik n rajin drive ke hulu ke hilir, Jaz n Fizah serta si comel Aril yg kecik2 dah pandai main gitar....Sijili n Tia..Anisah n Atul- Tahniah dapat baby baru...Leha n Kiddi...berposing sakanlah sementara boleh ni..esok dah ada baby..sikat rambut pun tak sempat...heheheheh...n last but not least si Comel Lily....rajin2 tolong mak kat dapur ye.....! jgn asyik FB n greng..greng sahaja..... Insya allah, ada rezeki kita jumpa lagi.

Org sebelah aku tu..menurut maknye, masa kecik2 nak jadi komunis..tu yg siap pakai seluar askar tuh...