Tuesday, June 2, 2009

Our 10th Wedding Anniversary

Ni lah bopren, ni lah best pren..ni lah suamiku..sama tak gigi taring kami tu...huhu

Gedebak, gedebik gedebuk..tup..tup kami menyambut ulang tahun perkahwinan ke 10 pada 29/5 yang lalu. Tiba-tiba aku teringat 10 tahun dolu..ketika kami bernikah..kami kahwin cowboy je...takde sanding manding, takde ambik gambar canggih manggih mcm sekarang, takde salin baju sampai 5-6 pasang..satu helai tu je..warna hijau muda ala2 nak ke turqoise macam tu.

Konon nak celebrate kat KLCC, bawaklah 2 orang hamba allah ni naik LRT dr Kelana Jaya....1st time naik LRT...mula lah tak reti duduk diam!

Kami kahwin hanya setelah setahun lepas konvo, kerja pun ala-ala baru nak hidup masa tu..bapak aku suruh kahwin, kami kahwin. Bagi pihak lelaki semua Jay uruskan sendiri, dari menukar kewarganegerian dari IC Sabah ke IC KL, semuanya kerana nak memudahkan urusan pendaftaran nikah kahwin..kalau tak jenuh nak balik KK hanya sebab nak dapatkan pengesahan bujang dsb. Masa kami dekat2 nak kahwin, Jay ada mintak postpone dgn abah aku, katanya tak cukup duit lagi..bapak aku cakap..gunalah apa yang ada...tu yang ala-ala cowboy tu!

Hari kahwin..jatuh sama tarikh dengan hari Wesak. Dan sama tarik juga dengan 13 Safar..maka terdengarlah suara2 sumbangsih mengatakan perkahwinan kami ini tak baik sebab buat di bulan Safar...Mak abah aku buat dekkkk je..apa kena mengena kahwin bulan safar dengan kebahagian rumah tangga? Kalau dah tuhan takdirkan takde jodoh..kahwin hari raya pun bercerai juga..wallahualam..

Rombongan Jay dtg dr KL, sedihnya sbb keluarga dr KK tak dapat hadir..ongkosnya banayk dong..masa tu air asia pun takdak lagi....hanya emak2 sedaranye, cousin2 nya yang mana2 tinggal di sekitar KL masa tu..datang menjadi pengiring jay, termasuklah si Ramlee Awang Murshid dan Kak Amy. Takde paluan kompang, takde PA system..takde apa..yang ada cuma khemah kenduri yang sama panjangnya lebih kurang 3 buah rumah, dgn tetamu yang ramai amat...sehinggakan pukul 8-9 mlm pun ada org datg lagi ke rumah..termasuklah kakitangan Mydin.

Disebabkan aku ni anak sulung, maka sakanlah mak dan abah aku membeli itu ini, abah siap renovate rumah lagi..beli tikar getah baru...langsir warna hijau, tikar getah warna purple..boleh!..mak pulak mintak makcik sebelah tolong jahitkan langsir ropol-ropol. Yg bestnya, mak pergi Terus Maju nak beli senduk, sudip, kuali besar..dapur gas baru...dan macam2 lagi...siap bawak lori 1tan Pakcik Po, suami Mak teh Han sepupu abah...huhuhuh...

Hari nikah tu..Jay sampai lambat sbb adik sepupu dia yg masa tu baby lagi demam, satu lagi..dia kata itu taktik dia supaya Ustaz Mat Din tu tak tanya banyak2 soalan..nanti kang tak terjawab..Aku masa tu cool lagi kat dlm bilik..(skrang bilik tu jadi bilik Emak n Ija). Mak Andam pun takde..mak2 sepupu aku yang bedalkan muka aku..kartun sungguh la..

Bila terdengar je adik aku kata enche jay dah sampai..aku releks jer lagi..dan bila orang kata akad nikah dah nak mula...Adoi! time tu lah jantung aku macam nak pecah..gedebup gedebup semua ada..takut ada..risau pun ada..suka pun ada...betul ke aku nak kahwin ngan jay ni..? Ke salah orang? Aku tiba2 jadi berpeluh..mak aku cepat2 bagi aku minum air zam zam..mak aku kata..setan banyak lah masa ni..nak menghasut org menjadi syak wasangka...ye lah tu agaknya.

Jay pulak...ketika nak lafazkan aku terima nikahnya, dia pergi bantai sebut nama aku Nani Binti Koraiza.....huhuhuhuh haru-haru...tapi nasib baiklah tak kecoh sangat...tapi part nak bayar Mas Kahwin RM25.50 tu yang lawak..dah lah duit tu taruk dalam envelope je..tiba-tiba 50 sen tu hilang pulak dah..masa nak bagi kat ustaz untuk diperiksa...meraban pulak cari duit 50 sen..nasib baiklah Pak sedara jay ada 50 sen masa tuh...(Semua ni ada direkod dalam VHS..) huhuhu...

Kawan-kawan ada jugak yang dtg...tapi masa tu..ramai lagi kawan2 yg tak kerja n takde kereta..so susahlah mereka nak ke kuantan yg dulu rasanya sangatlah jauh dari KL ni...hadiah kahwin bertambun2..alhamdulillah...ada yang masih tak sempat guna sampai hari ni! especially gelas dan cawan..Periuk nasik letrik tu pun masih sihat keadaannya sampai hari ni..

Tu lah ceritanya serba sedikit..apa yg berlaku 10 tahun dulu..Sepanjang 10 tahun ni..banyak jugak dah kami tempuh, turun naik, suka duka..macam-macam...alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Dariku untuk muu...

Sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10 ni, aku belikan Enche Jay hadiah special sikit...sbb aku teringat segala pengorbanan dia..usaha keras dia...susah senang yang dia alami sepanjang hidup bersama aku n anak2..nak menahan diri dia hidup dengan aku yg banyak songeh ni bukannye senang..menuntut banyak kesabarannn...huhuhu..teringat zaman2 jual nasik lemak sama2 kat Masjid Sunway masa bulan pose..zaman menjual krepek ke hulu kehilir...malam2 tidor 2-3 pagi untuk bungkus krepek...teringat plak kisah duka depan Ampang Point dan Great Eastern Ampang tu...huhuhu sedih sungguh masa tu...tapi Enche Jay sentiasa ada...walaupun dia tak banyak cakap..tapi nengok muka dia pun aku dah rasa lega lah jugak..

Sempat dinner kat Chilli's KLCC.

Enche Jay pun ada belikan aku hadiah yang sangat2 lah special nye...tak sangka jugak Enche Jay terfikir nak beri benda tu (tak yah lah cakap..benda apa...). Aku ingatkan kalau dia nak bagi mesti kerongsang ke..atau teddy bear ke..(dah tua lah..) tapi benda yg dia bagi tu really big surprise..Tima kasih bebanyak..

Harap-harap Allah swt...panjangkan jodoh kami hingga ke penghujung nyawa dan boleh menyambut anniversary ke 20,30,40,50,60,70..insyALLAH dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...amin...