Tuesday, June 23, 2009

Kisah Motivasi Seorang Abah..!


Alhamdulillah sampai ke saat aku menulis blog ni, abah masih hidup..walaupun takdelah sehat sepenuhnya, tapi ..bolehlah..tak sehat pun sebab kencing manis yg baru nak memperkenalkan dirinya kat abah dan sakit angin2 sana sini.

Abah aku dah pencen dah, baru je 3-4 tahun yg lalu. Dulu abah kerja kat Taman Pertanian Indera Mahkota Kuantan, abah pergi kerja naik moto je..geh..geh..geh..dari dulu pun macam tu. Masa kecik2, kalau time petang-petang..kepulangan abah dri opis memang dinanti2kan sebabnya....kami nak baca newspaper! kami adik beradik akan berebut nak baca newspaper yg abah bawak balik. Kadang-kadang abah balik bawak goreng pisang atau kerpok lekor..tak pun bawak limau manis dia beli kat pekan sari...

Masa aku darjah 4, kat SK Permatang Badak..abah pernah xcident. Kepala dia terhantuk dengan lori yang bawak papan lapis yg panjang tuh..lalu terjatuh kat tepi jalan. Akibatnya, kepala lutut abah pecah..terburai. Doktor cakap..abah mungkin tak boleh jalan lagi..apatah lagi nak membengkokkan lututnya yg dah pecah tuh..

Banyak bulan jugak abah terlantar kat spital. Masa tu aku rasa aku dah 4 beradik. Bila abah keluar dr spital, abah masih tak boleh kerja..ye lah..kepala lutut tak boleh nak bengkok..nak jalan macam mana..masa ni mak lah yg bertungkus lumus jaga abah, dia yg mandikan, dia yg lap kan....cucikan dan sebagainya, kena bagi gak kredit kat Pn Siti Zaharah tu...

Lepas tu aku ingat lagi abah kena buat fisioterapi kat spital kuantan, minggu pertama abah pergi..tapi kemudian abah tak pergi dah..sebabnya..aku rasa mengikut tafsiran aku sendiri..takde sapa boleh tolong hantar abah pergi spital, kawan2 n jiran2 pun nak kerja..kalau dah hantar kang nak balik plak mcm mana? last2 mak pun mengambil tanggungjawab menjadi pakar fisioterapi tak bertauliah..mak pecah2kan batu bata, isi dalam stokin buruk...dan abah pun mulalah membuat latihan sendiri..dari batu size kecik..bertukar size besar..sampai tak muat stokin tuh, lama2 tukar pulak taktik lain, dengan menggunakan batu bata yang diikat kat takal dan disangkut kat tali...hari-hari abah exercise, bengkok2kan kakinya...lama kelamaan, dengan izin allah..abah pun bolehlah nerjalan seperti biasa, dan boleh duduk seperti orang biasa..nak duduk tahhiyat pun boleh, nak panjat2 tangga pun boleh....no problem.

Ramai orang terkejut, doktor pun terkejut..secara logiknya..sapa2 yang kehilangan tempurung lutut memang tak boleh dah nak berjalan dan melakukan xtvt seperti orang normal...paling2pun terdengkut-dengkut. Kalau tak caya..cuba korang ikat lutut korang kuat2..senang ke nak berjalan, nak duduk..nak buat aktiviti mencangkung!

Masa tu..aku ingat, sebab abah rajin bersenam, sebab tu abah cepat sembuh..tapi bila aku dah besar panjang ni..aku rasa aku dah faham...dengan izin allah abah sembuh sebab abah kuat semangat, abah terus jugak bersenam dan berfisioterapi sendiri..walaupun memamg amat payah dan menyakitkan..supaya abah kembali pulih dan boleh bekerja seperti biasa. Kami adik bradik masa tu kecik2 lagi. Sapalah nak bagi kami makan, pakai dan bersekolah kalau abah tak kerja? Sapalah nak bagi kami cukup semuanya sampai kami jadik orang sekarang nih..kalau abah tak kerja? Sapalah lagi kalau tak abah..sebab tu lah abah kuatkan semangat dia dan berusaha supaya dapat berjalan dan bekerja seperti orang biasa...huhuhuhuh.

Itu lah cerita seorang abah...walaupun mungkin kala ini dia sibuk menghadap game kat PC rumah, dan kadang2 dia membebel2 pasal adik2, pasal emak, pasal kawan2 kat surau, pasal politik dan sebagainya..tapi itu lah abah saya.

Untuk adik2..ingatlah cerita pasal seorang abah kita nih...walaupun dia selalu jugak buat "lorat" dia tu..tapi sapalah kita kalau takde abah.

Tima kasih bah!

Juga, ucapan selamat hari bapa untuk bapa mertuaku Tn Haji Moksin Sadiki.

dan..kepada Enche Jay, ayah kepada 2 orang anak2 kami. Walaupun nampak pendiam, tapi bila dah marah kat 2 orang manusia kecik kat rumah tu..terjegillah jugak bijik matanya dan terkeluarlah jugak serak2 tarzannya...Thank you!