Friday, July 24, 2009

Aktiviti memasak dan Main guitar sambil berlunjur...!!



Ayam masak halia and Mix Vege with butter prwan...sedapp...

Heheheh...macam-macam berlaku minggu ni...minggu ni aku cuma melepak kat opis di bandar tasik selatan selama 2 hari..3 hari lagi..aku lepak je kat rumah. Hari Rabu dan Khamis, Nori n kak norzie datang ke rumah aku...bukannya apa..saja2 nak buat aktiviti lain sikit dari yg lain...aktivitinya ialah..MEMASAK....siap record lagi...korang tunggu je lah..bila dah siap "projek" kami ni..kami akan tunjukkan cara-cara memasak beberapa lauk pauk yang mudah..siap masuk You Tube lagi...Hari Khamis pun aktiviti sama, tapi "artis" jemputannya lain pulak..iaitu Puan Intan Mazliah..seronok jugak dapat masak-masak n makan2 dengan kawan2 lama nih. Nori, mcm biasak lah..akan mensponsor semua bahan yg hendak dimasak..termasuk ikan bawal putih kecik monet yg layak dipanggil mak sedara ikan bilis tu dan ikan bawal hitam yg uzur benar kelihatannya...tapi bila dah goreng masak sweet sour..sedapppp...


Bawal Sweet Sour..


Selain dari memasak..kami jugak ada aktiviti2 lain..iaitu aktiviti mengupdate diri dengan kisah kawan2...bukannya mengumpat..hanya nak update je...jgn esok bila org tu dah meninggal baru nak tanya khabar berita...


Kangkung Belahchan..

Then..acara kemuncak ialah bila aku n nori main gitar...kemudian cik intan pun sama2 lah jugak nak try..so kami pun ajarlah intan chord2 asas...yg paling best sekali...oleh kerana kami duduk atas lantai..dengan saiz perut masing2 yg menggiurkan sangat tuh...kami tak larat bersila...terpaksalah kami main sambil berlunjur kaki kanan...kalau besok-besok korang nampak 3 org wanita main guitar sambil berlunjur...tak lain tak bukan kami lah tuh....hehehehehe. Jangan lah malu2 nak tegur ye...
(Maaf..gambar kami main guitar sambil berlunjur tak dapat nak di siarkan atas sebab-sebab peribadi hehehehehehe......)









No comments: