Saturday, September 5, 2009

TRAVELOG RAMADANKU-Emak dan airmataku yg tumpah di LRT Bangsar..!

Emak...!

Minggu lepas, aku balik Kuantan nak balik berpuasa bersama mak abah dan juga balik ziarah sebelum aku balik ke KK menyambut Aidilfitri tahun ni pada 17 September nanti. Pagi Sabtu minggu lepas, kami turun awal...konon2 takut banyak kereta, nanti jammed. Tapi Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..Sesampai kat rumah, aku tgk rumah warna hijau tu..sunyi sepi. Rupa-rupanya, abah mengaji kat bilik belakang, adik Ja masih tertonggeng kat biliknya dan mak menyapu-nyapu sampah keliling rumah...


Bersalaman dgn abah, abah tersenyum panjang tengok cucu2 ada balik. Mak...hmmm...hulurkan tangan saja. Senyum tak, sengih pun tak. Apa lagi nak tanya khabar. Diam je. Mak sebenarnya menghimpun beribu atau mungkin berjuta perasaan yang berbaur dalam hatinya, tapi dia memang tak pernah meluahkannya, mungkin itu memang dah 'pesen' dia atau dia tak reti nak buat macam mana.

Atau mungkin dia menyimpan byk sangat perasaan dlm hati dia...Kalau dulu, mungkin aku tak paham sangat..tapi bila aku pun dah menjangkau umur macam ni, dah beranak 2..lama-lama aku rasa aku paham hati seorang emak...

Kalau aku ada di tempat mak sekarang, aku pun mungkin jadi macam mak....Masa aku kecik-kecik dulu, aku ingat lagi..mak lawa sangat, rambutnya panjang sampai ke pinggang, slim menyelim lagi tu..mak berhenti kerja sbb nak besarkan kami. Jadi lah mak suri rumah sepenuh masa. Sepanjang aku ingat....ramai org yg "being nasty" kat mak...ramai yg cakap mak macam-macam..contohnye seperti mak ni lambat lah buat kerja..mak bukan lambat, tapi dia cuma ada SOP (Standard Procedure..) tersendiri...nak sidai kain ada SOP, nak masak ada SOP, nak cuci kain ada SOP..bahkan nak buat biskut kelapa untuk raya pun ada SOP!

Kemudian, mak dikurniakan anak yang berderet..kalau hidup semuanya..9 org. Tapi sekarang tinggal lapan sahaja diketuai oleh aku. Setiap sorang pulak, dengan peel tersendiri.....dan sudah tentulah mak letakkan harapan ke atas beberapa anak2nya. Tapi nampaknye......ada yg tak menjadi..agaknya itulah yg buat mak terkilan sikit....

Aku kadang2 terfikir, sapa lah antara kami adik beradik yg akan jaga mak n abah sampai akhir hayat mereka...dulu aku pernah duduk kat Kuantan dgn mak abah. Senang sikit aku tgk mak abah, kain baju aku basuh, sebelum pergi kerja aku masak dulu...tiba2 aku dapat tawaran balik ke KL, kalau aku tak pergi mungkin aku tak dapat nak selesaikan perkara2 yg membebankan hidup aku..tapi bila aku dah pergi..tinggallah mak n abah macam ni..... Sekarang, tengok mak terbongkok2 memasak dan menyapu sampah sendirian dan bila dia nak cuci pinggan dia akan susun kerusi 3-4 lapis sbb dia tak larat nak berdiri.....sebenarnya...aku sangat2 tak sanggup nak tengok mak mcm tu!!!

Petang Sabtu lepas, abah sempat bisik kat aku...mak n abah solat hajat 3 hari berturut2 dan berdoa supaya adik aku yg kat Putrajaya tu..balik. Adik tu..kali terakhir balik..hari raya tahun lepas, susah benar nak dengar khabar dia...lebih2 lagi dia sekarang sendiri ada masaklah dgn bini n anaknya yg baru berusia 8 bulan tu...Lalu..aku lah yg tak tahan nak dengar runtunan hati abah n mak, abah selalu call atau hantar sms suruh aku cari adik aku tu...sib baik ada FB.....walaupun setakat hantar message tp aku tau lah dia hidup lagi. Berkat solat hajat mak n abah aku, ketika org di surau mengangkat takbir pertama solat terawih mlm tu...adik aku tu balik ke rumah!!

Sepanjang 3 hari tu, aku tgk mak baru nak senyum lebar sikit. Sekali sekali nampak jugak dia cuba dukung cucunya yg kecil2..dan berbual2 dgn cucu-cucu yg lain.

Pada saat dan ketika aku nak balik semula ke KL hari Isnin yg lepas...hati aku sangat2 berat. Air mata mcm nak tumpah sgt2 dah..tapi aku sembunyikan di sebalik gelak lawak bodoh aku tuh. Mak pulak sempat lagi meminta aku membeli 3-4 helai kain batik lepas, bila aku balik KK nanti. Katanya , 2 helai kain batik lepasnya dah disedekahkan utk digunakan untuk menutup keranda ketika Pakcik Sarip meninggal sebelum Ramadan dulu. Kata mak lagi, "Tinggal dua helai je lagi, takut nanti bila nak guna untuk sendiri tak ada pulak..."

Aku tenung je muka mak, tapi mak kalih muka hala ke lain. Aku tahan air mata yg dah seakan nak banjir dah ketika tu. Ketika salam dengan abah, aku cakap kat abah, kalau tak larat duduk kat Kuantan, duduklah dgn aku kat USJ...apartment aku tu tak lah besar...tapi sekurang2nya aku ada nak jaga mereka berdua. Aku cakap kat abah, nanti aku beli motor baru, jadik abah boleh pergi surau atau masjid dgn mak.

Sampai kat USJ..malam tu, aku telan ubat batuk dan Panadol, semata2 nak tenangkan hati aku yg sebak sangat mengingatkan mak n abah. Hari Selasa, pergi kerja mcm biasa...hidup aku sibuk sikit sbb byk interview hari tu. Namun, ketika aku bersesak2 di LRT Bangsar lepas balik kerja...aku seolah2 dah tak dapat nak bendung hati aku yg sebak lalu aku terduduk di tepi tangga LRT bangsar tu menangis teresak.

Ya Allah! Aku pohon kepadaMU, ampunkanlah dosa2 emak dan abahku, panjangkanlah umur mereka, permudahkanlah urusan kehidupan mereka berdua, terimalah amal ibadat mereka, murahkahnlah rezeki mereka berdua....dan gembirakan dan tenangkanlah hati mereka berdua..Amin!


1 comment:

Aidil Fadzil said...

Salam, sebak apabila mengingatkan mak dan ayah. Rasa rindu betul nak balik. sejak puasa ni tak jumpa lagi mereka. Terima kasih menyedarkan betapa mahalnya kasih sayang mereka.