Sunday, August 9, 2009

Hadiah Hari Jadi...

Nak kena hadiah ke..dah tua-tua macam ni? Tu lah persoalannya..tapi kalau tak dapat hadiah cam tak best..cam tak special...ye..ke? 3/8 yang lalu ialah hari jadi aku yang ke...banyak lah jugak nombornye...beberapa hari sebelum tu aku terbangun di tengah malam..lalu aku terfikirkan banyak perkara.....banyak tahun dah aku hidup, apa dah pencapaian aku, lama lagi ke aku nak hidup...cukup dah ke kebaikan yang aku buat kat dunia ni...dosa2 yang lalu camne...dah taubat ke....? Kalau mati esok camne? Kalau hidup berpuluh2 tahun lagi camne pulak...cukup dah ke duit saving..ada saving ke? Aiyo..pening dn sebak jugaklah hati aku memikirkannya.

Harijadi aku dihadiahkan dengan sessi demam syncronize berirama oleh enche Jay n anak2. Maka pada hari jadi aku, aku tak pergi opis sebab menjaga Enche Jay yg demam. Enche Jay jarang sakit...tapi kalau dah sakit...teruk juga..lambat nak baik...sementelahan pulak demam di mengkala virus H1N1 ni menular..so baiklah berjaga2. Sepanjang harijadi aku hari tu..aku tak buat apa2 hanya menjaga Enche Jay yang demam. Tengahhari tu pulak...Juanna start demam. Maka aku pun tak ubah macam Dr Grey dalam citer Grey's Anatomy..ke hulu ke hilir menjaga pesakit...Naqeesya..hmmmm....setakat tolong bawak Vicks tu boleh la.....

Pagi2 tu aku dah terima byk ucapan hari jadi yang penuh bermakna dr kawan2 n family. Ada jugak ucapan yang "ada makne disebaliknya" dr Loccitane, Jusco, Seng Heng, Mac..dll.

(From left, Zuhaina, Noraini Rahman, Wawa, Aku, Baya. Meen..)

Aku teringat plak harijadi aku masa aku umur 17 tahun...hari tu hari sabtu, aku ada class tambahan sempena nak SPM. Pagi2 aku masak Mi goreng..sebab aku n the geng dah ada plan. Sementelahan pulak aku celebrate birthday dengan Wawa (Rosdawati). Habis class tambahan hari tu, Syazmeen..member menguap dalam kelas aku..ajak kami celebrate kat rumah dia. Dia yg drive secara haram hari tu bawak kami pergi beli kek kat kedai kek sebelah KITASAMA jalan Beserah..(ada lagi ke kedai tu?), lepas tu kami beli kodak / filem (Pergh..mana ada lagi memory kad zaman tu..) then...kami pun seronok selebrate birthday kat rumah Meen...

Manalah Si Wawa minah Felda Chini ni pergi...?


Hari tu jugak..Meen pedajal kami yg innocent ni dengan menyiarkan kepada kami movie Pretty Woman uncensored...kekekekeke. But Meen..Thank You So Much..for wonderful experience hari tu.... amongst birthday celebration yg paling seronoksss.
Tahun ni..takde gift pun tak pelah...so aku decide nak bagi gift pulak by donating my blood....Happy 35 Birthday Nani...

Darah aku...donate kat Pusat Darah Negara...