Saturday, May 16, 2009

Are ou looking for female swimming instructor?

Akhirnya....tamatlah 10 kelas renangku. First class bulan February hari tu, setiap jumaat 10am..tolak cuti, tolak waktu2 "bulan mengambang" akhirnya habis lah jugak sessi belajar berenang. Aku pun tak tahulah apa yg aku fikir, tiba-tiba je, satu hari tu aku terasa nak belajar berenang. Sebelum ni ada gak terfikir, tapi macam2 alasan aku bagi kat diri aku sendiri...takde kolamlah, takde instructor lah, takde swimming suit lah...macam-macam. Tp semenjak berpindah ke Goodyear court 10 ni, di mana kolam renangnya terletak di hadapan bijik mata..maka berkobar-kobarlah semangat aku nak belajar berenang.

Kalau sebelum ni aku berenang ala2 kucing kelemasan, menggelepar tak tentu pasal..skrg ni..bolehlah ..berenang cara berhemah! Mula-mula tu, jenuh jugak aku nak cari swimming instructor, nak cari yg lelaki..malu..dgn bentuk badan yg sangat "menggiurkan" ni..heheh, nak pergi swimming class kat luar..hmm..malas..so aku pun nekad nak cari private swimming instructor..(pergh..cam bagus je bunyiknya..). Di era Google ni,senang aje nak mencari maklumat, type saja apa yg nak di cari di ruangan SEARCH, sekejap lagi keluarlah macam2 info yng berkaitan dan yg tak berkaitan...tapi masaklahnya nak mencari private swimming instructor, female, preferebly malay, dgn ongkos yg boleh dirunding..memang susah..macam mencari contact lense dalam air kolam..huhuhu..

Berhari2 jugak aku Search for female malay swimming instructor...kalau ada yg chinese mahal nak mampos..RM100 per class..10 kelas??? taknye RM1000, baik beli handbag Coach! Kalau ada yg murah pulak, kita kena pergi tempat dia, bukannya dia nak pergi tempat kita...leceh..akhirnya..aku jumpa di portal Hotsfrog sorang instructor ni..Namanya Maz, muda lagi orgnya, graduate law school Uitm, tp katanya malas nak practise law..so baik lagi ajar berenang. Maz ni cool je orangnya, dia tak push sgt,kalau dah tengok aku termengah-mengah..dia akan kata.."releks je, bila dah ready baru kita start.."Yg penting, kosnya sangat2lah berpatutan..dah lah sanggup datang ke kolam renang apartment aku nih.

Bermula dengan latihan pernafasan, ke latihan technical n practical breastroke, then free style..dan akhirnya dive n terjun..pergh..seronok! Kelas Dive yg paling seronok...seronoknya part bila kita boleh swimm sampai ke dasar kolam...kalau dari dulu aku pandai berenang, takde lah aku jadi mangsa lemas kat Lubuk Sg Pahang kat rumah tok aku dulu..nasib baik Mak Uda sempat selamatkan aku..kalau tak..tak sempatlah aku nak tulis entry nih..heheheh


Walaupun kalau nak dibandingkan aku dgn si Michael Phelps tu..ibaratnya bagai..hmmm...Langit ke tujuh dengan kerak bumi/nasik...tapi at least aku retilah berenang...takdelah setakat menguak2 air di pinggiran kolam..satu lagi, berenang ni good exercise...tak seteruk jogging n panjat2 tangga yg menyebabkan kesakitan lutut..berenang ni macam cool jer...ceh..tapi mengah jugak lah..


Sesapa yg berniat nak belajar swimming boleh call MAZ di 0162758186. Ongkosnya bermula dari RM150 ke atas, bergantung kepada lokasi. Maz jugak ada menawarkan kelas di public pool seperti kat shah alam n Pantai Dalam...

Friday, May 15, 2009

Mari Belajar Bermain............ Gitar!!

Hmmm...ada org tanya aku, macam mana aku mula minat belajar main gitar? Ada org cakap aku dah buang tebiat ..tetiba jer nak belajar main gitar...ada org menyokong aku, ada jugaklah suara2 sumbang...Tak kisahlah, dr aku di sekolah menengah sebenarnya..aku dah berminat nak belajar main gitar, lebih2 lagi bila tengok adik lelaki aku yg masa tu sekolah kat RMC pandai main gitar sikit-sikit.

My guitar....(Beli kat Sunway Pyramid...duit sendiri tau!!)

Masa kat Uitm, aku dikelilingi oleh jejaka2 classmate aku yg belajar takde lah berapa pandai (Ngelentong je kerjanya..!!) tp bab-bab menyanyi n main gitar..memang terror...kalau kami tak grad, maybe kitorang akan tubuhkan satu kumpulan musik dan merantau ke LA menjadi pemain musik..(sampai sudah tak pergi LA..sakan jual bunga nak kumpul duit, konon....)...Nasir, Zul, Kachang, Pak Non..set-set suara yg sedap..Jasman, farami, Hazil (lakinya si Nadia Mustafar..ala pelakon tuh..), LokLaq, set2 yg terror main gitar..kami pompuan2 ni..setakat suara latar jer le..

Di tambah pulak dengan latar belakang keluarga..mak aku pon pandai nyanyi, dolu2 dia pernah nyanyi denagn Ahmad Jais..skrg ni..dia mengaji dah aje..Bopren aku plak (laki aku lah..) pun pandai gak main gitar, sekejap jer dia belajar masa cuti semester part 2 nak masuk part 3..tup2 bukak semester dia ckp dia dah pandai main gitar, adik2 ipar aku pun terror main gitar..yang pompuan2nya suara lunak merdu sungguh terutamanya adik bongsu jay si lily sufy ( http://sufy-destiny.blogspot.com/)....dah berapa kali menang pertandingan menyanyi dan mengaji...huhhuuh...kalau masuk AF tu..dijamin pergi final, sekorang2nya..tapi dia org ni pemalu yang amat...kalau balik raya ke Sabah, mesti ada karaoke..teringat kat Pakcik Maidin, bapak sedara jay..yg soka sangat berkaraoke lagu Dusun kat rumah orang kawin..huhuhuhu..

Sapa-sapa yang teringin nak belajar main gitar tapi tak tahu nak mula kat mana..senang je..mula-mula, belilah sebijik gitar...yg Kapok Brand tu below RM100 boleh dapat...kalau tak pun ada mcm2 brand lagi sekitar RM150 - RM riban-riban..(yg dibuat dr kayu pokok hapa tah..)



Buku Panduan Bermain Gitar..Jay punya, dibeli pada tahun 1995...lama tuh...!

Then, sila potong kuku..kuku tangan kiri especially. So bila tekan tali gitar tu tak dalah tersangkut kat kuku, dan senang sikit nak menggerak2kan jari dari satu tali ke satu tali dan dari satu fret ke satu fret...

Kemudian, boleh lah belajar chord2 basic macam A,B,C,D,E,F,G..macam mana nak belajar?? Boleh layari website-website cara-cara nak belajar bermain gitar yang banyak bersepah...siap ada cara2 nak strum dan dgn videonya sekali.

Buku Latihan..siap salin tu..dah ink printer takdek!!

Bila dah rasa dah hafal basik chord tu..bolehlah try main beberapa lagu yg senang seperti lagu Zombi, Lagu Pudar dr Rossa, lagu T-shirt dr Shontelle, lagu Berdua Pasti Lebih Baik dr Acha (Buah!) Septriasa, Chord-chord lagu ni semua boleh dicari di laman2 web..taip jer chord lagu..(tajuk) (nama Penyanyi)..jumpa lah nanti.

Cabaran utama bila belajar main gitar ini ialah kesakitan di hujung2 jari tangan kiri yang selalu digunakan untuk tekan2 tali gitar...tapi try lah bungkus jari jemari tu dengan selotep kertas. Lama kelamaan, bahagian hujung jari tu dah makin keras sikit..so dah tak sakit tapi dia mungkin akan menggelupas sikit..macam jari aku sekrang nih!

Kalau ada kawan/bopren/suami yang pandai..bolehlah mintak tunjuk ajar...Sib baik Enche Jay ni tak kedekut ilmu...so bolehlah dia menunjuk ajar dan menunjukkan keterorrannya kepada aku..huhuhu.

Bila dah terror dgn chord asas..try lah explore chord2 major n minor...semua pun boleh dicari kat web, dan boleh lah try lagu Aku Lebih Tahu dari Mila, Hanya Kau Yang mampu dr Aizat..Kujuga Mencentai Dirimu dr Saiful...dan terus mencoba dan coba.

Gitar Idaman..yg warna pink tuh...huhuhuhu!

Buat setakat masa ni, aku masih lagi belajar..cabaran aku sekarang ialah nak mempercepatkan jari jemari aku ni bila nak tukar dari satu chord ke chord lain...

Of course..kalau kita mahu..semua pun menjadi..kalau tak mahu..main kompang pun tak Jadi..!! Selamat Belajar...

Wednesday, May 13, 2009

Jalan-jalan ke Balai Seni Lukis Negara

Jumaat minggu lalu, aku rasa macam keboringan yang amat...pagi-pagi aku bangun dan aku tanya diri aku.."apalah benda yang aku nak buat hari 'ni.." Tiba-tiba semangat free spirit aku ni..dtg dan memberitahu aku..apa kata hari ni ko pergi jalan KL sorang diri..aku pun SMS Jay, mintak izin dan dah dapat green light aku pun chow lah. Yg bestnya, aku naik bas...dr USJ ke Bas Stand Klang (wujud lagi rupanya tempat tu).

Dah lama aku tak naik bas mcm tu, selalunya, asal nak berjalan start je enjin kereta. So rasa mcm keterujaan yang amat bila dapat naik bas..Ya Rabbi..rupa-rupanya naik bas zaman sekarang berbeza dari zaman to nek masa aku kat Uitm Shah Alam..dalam bas penuh dengan Bangla,Indon dan Pakistan je..kalau ada Melayu pun, mungkin budak sekolah atau student college. Sampai kat Bus Stand Klang, aku jalan kaki sikit ke CM dan naik Teksi dr situ ke Balai Seni Lukis Negara...huhuhhuu akhirnya sampai lah jugak kaki aku ke situ..bertahun2 duduk di KL ni lah 1st time yang pertama kalinya aku sampai ke BSLN.

BSLN Lengang-selengangnya. Aku rasa maybe sebab hari tu hari Jumaat, pelawat tak ramai sbb ramai org bekerja. Sesampai je aku kat tangga, ada seorang perempuan tanya aku "Ya dik, boleh saya tolong." Syok betul dengar org panggil aku adik..padahal aku rasa aku lebih tua dari dia..aku pun bertanyakan perempuan tu apa pameran yg sedang berlangsung sekarang dan sebagainya. Ooo..rupa2nya byk pameran yg ada..macam-macam dan tak semestinya pameran lukisan sahaja.Mula-mula aku pergi melawat pameran Our World Your Move, pameran photography gambar-gambar mangsa peperangan dan penganiayaan yang berlaku di seluruh dunia. Pada setiap gambar, ada ditulis cerita ringkas mengenai gambar terbabit..ada satu tu sgt merengsakan hati dan perasaan aku.

Cerita seorang wanita di Ghana atau mana tah..aku pun dah lupa, yg ketika ini tinggal di rumah sakit jiwa, dia selalu menyanyi dan bertepuk tangan..tapi bukan sebab dia gembira. Pada suatu ketika, rumahnya pernah diceroboh oleh pengganas, pengganas memintanya menyanyi dan bertepuk tangan dan ketika dia menyanyi lakinya disembelih hidup2 dan anaknya yg berusia 12 tahun dirogol sehingga mati! Manalah tak gila perempuan tu..Ada lagi gambar seorang perempuan yang mendukung anak dgn tangan sebelahnya kudung. Pada suatu masa dulu, rumahnya dibom pengganas ketika dia menyusukan anaknya...! dan macam-macam cerita sedih lagi yang buatkan aku bersyukur...hidup di malaysia..

Kemudian aku pergi melawat pameran lain yang bertajuk Separuh Masa...lebih kurang la..aku tak ingatlah..nyanyuk dah aku ni..kat sini aku dengan selambanya mengambil gambar2 lukisan yg dipamerkan sebelum security guard tu tegur aku "Dik, tak bleh ambik gambar kat sini.." aku pun rasa syok sekali lagi sebab dia panggil aku 'adik' huhuhu.
Sapa lah nak simpan Arca mcm ni kat rumah..SERAMMM
Gambar ni bertajuk MENUNGGU SUAMI PULANG...Tingkap tu real punya tau..bukan lukisan..
Teringat zaman kecik2 dulu..main tarik upih pinag..sakit tangan oo..
Gambar ni bertajuk HARI JUMAAT

Kemudian aku pergi ke pameran lukisan batik. Aku ingatkan lukisan ni berkenaan corak2 batik mcm corak kain batik, kaftan batik dsb tapi aku tersasar..rupa2nya pelukisnya yg berasal dari China tetapi dah berhijrah ke malaysia dari zaman tok kaduk dulu menggunakan teknik seperti membuat batik utk melukis gambar2 yg aku rasakan sgt unik dan bercirikan kemalaysiaan..seperti biasa..aku pun dah lupa nama pelukis tu..tapi ..memang menarik n cantik..lukis gambar lembu guna teknik canting batik..unik apa!

Then aku pergi ke pameran suara palestin..huhuhuhu...ada lukisan dr anak2 palestin dipamirkan di sini bersama lukisan2 lain yg membantah tindakan rejim Zionis dan sekutunya..

Aku rasa kalau korang ada masa..pergilah ke BSLN..dah lah free, tak yah bayar tak ramai org...korang boleh tenung lukisan tu selama mana korang nak selagi tak pening, takde sapa heran..




Habis melawat BSLN aku ke Galeri Petronas, sama jugak free dan satu pengalaman yang menenangkan pikirin..tapi yg syoknya..dri BSLN ke KLCC aku naik cab...uncle cab tu tanya aku..adik sekarang belajar mana...huiyooo dia ingat aku studen lagi..ni yg best nih! tapi aku tak tipu dia..aku mengaku je..aku dah kerja ada anak dua...

BSLN and pakcik teksi tu really make my day lah...!!

Tuesday, May 12, 2009

MIKHAIL

Minggu ni minggu yg membosankan. Kerja amatlah tak banyaknya. Aku asyik melengung ke kiri, melengung ke kanan..sighh...Hari Jumaat lepas, punyalah boring..aku pun merayau ke Balai Seni Lukis Negara and Galeri Petronas. Oi! Syoknye..Walaupun aku ni setakat reti lukis orang lidi saja tapi aku rasa aku pandailah juga menghargai lukisan dan hasil seni....

Aku ada tangkap gambar2 yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara sebelum security guard cakap "adik! tak boleh ambik gambar ye..". Naib baik dia panggil aku adik..so takdelah nak marah..heheheh

Nanti aku akan loadkan gambar2 tuh..insya allah minggu nih.

Lepas tu, merayau2 di KINOKUNIYA..tempat tu memanglah best utk org yang ada byk masa mcm aku nih..akhirnya..aku pun belilah buku MIKHAIL karya Abg Pek..hajat hati konon-konon nak ambik yg free siap autograp dr dia...tp..takde masa nak pergi rumahnya, lebih2 lagi dia sekeluarga pun asyik sibuk...kak amy pun kata, dia n anaknya si abg Udin pun sibuk...

takpe lah..yg penting buku ni dah menyelamatkan aku dr keboringan tahap melampau..kat opis ni. Kalau kat rumah boleh juga lah aku practise menjahanamkan kan lagu Aku Lebih Tahu,Pudar serta Love Story...

Sesapa yg rasa boring amat mcm aku..atau pun just nak refreshkan otak..pergilah beli buku2 Ramlee Awang Murshid...tapi dlm byk2 buku tu Satu Janji tetap my favourite....heheheh (Abg Pek..saya promote ni..jgn lupa belanja nasik ayam kat kajang tuh....)