Sunday, August 9, 2009

Hadiah Hari Jadi...

Nak kena hadiah ke..dah tua-tua macam ni? Tu lah persoalannya..tapi kalau tak dapat hadiah cam tak best..cam tak special...ye..ke? 3/8 yang lalu ialah hari jadi aku yang ke...banyak lah jugak nombornye...beberapa hari sebelum tu aku terbangun di tengah malam..lalu aku terfikirkan banyak perkara.....banyak tahun dah aku hidup, apa dah pencapaian aku, lama lagi ke aku nak hidup...cukup dah ke kebaikan yang aku buat kat dunia ni...dosa2 yang lalu camne...dah taubat ke....? Kalau mati esok camne? Kalau hidup berpuluh2 tahun lagi camne pulak...cukup dah ke duit saving..ada saving ke? Aiyo..pening dn sebak jugaklah hati aku memikirkannya.

Harijadi aku dihadiahkan dengan sessi demam syncronize berirama oleh enche Jay n anak2. Maka pada hari jadi aku, aku tak pergi opis sebab menjaga Enche Jay yg demam. Enche Jay jarang sakit...tapi kalau dah sakit...teruk juga..lambat nak baik...sementelahan pulak demam di mengkala virus H1N1 ni menular..so baiklah berjaga2. Sepanjang harijadi aku hari tu..aku tak buat apa2 hanya menjaga Enche Jay yang demam. Tengahhari tu pulak...Juanna start demam. Maka aku pun tak ubah macam Dr Grey dalam citer Grey's Anatomy..ke hulu ke hilir menjaga pesakit...Naqeesya..hmmmm....setakat tolong bawak Vicks tu boleh la.....

Pagi2 tu aku dah terima byk ucapan hari jadi yang penuh bermakna dr kawan2 n family. Ada jugak ucapan yang "ada makne disebaliknya" dr Loccitane, Jusco, Seng Heng, Mac..dll.

(From left, Zuhaina, Noraini Rahman, Wawa, Aku, Baya. Meen..)

Aku teringat plak harijadi aku masa aku umur 17 tahun...hari tu hari sabtu, aku ada class tambahan sempena nak SPM. Pagi2 aku masak Mi goreng..sebab aku n the geng dah ada plan. Sementelahan pulak aku celebrate birthday dengan Wawa (Rosdawati). Habis class tambahan hari tu, Syazmeen..member menguap dalam kelas aku..ajak kami celebrate kat rumah dia. Dia yg drive secara haram hari tu bawak kami pergi beli kek kat kedai kek sebelah KITASAMA jalan Beserah..(ada lagi ke kedai tu?), lepas tu kami beli kodak / filem (Pergh..mana ada lagi memory kad zaman tu..) then...kami pun seronok selebrate birthday kat rumah Meen...

Manalah Si Wawa minah Felda Chini ni pergi...?


Hari tu jugak..Meen pedajal kami yg innocent ni dengan menyiarkan kepada kami movie Pretty Woman uncensored...kekekekeke. But Meen..Thank You So Much..for wonderful experience hari tu.... amongst birthday celebration yg paling seronoksss.
Tahun ni..takde gift pun tak pelah...so aku decide nak bagi gift pulak by donating my blood....Happy 35 Birthday Nani...

Darah aku...donate kat Pusat Darah Negara...

Monday, August 3, 2009

Kalau Dah Jodoh.....(Untuk Zuridawati!)

Err...lama dah rasanya tak makan nasi minyak kawan-kawan. Last nasik minyak kawan2 yang aku makan ialah masa along n akhbar kahwin..org tu pun dah ada anak 2 dah pon. Masa kawin Sha n Pak Abu aku tak dapat datang....masa tu duduk kat kuantan..zaman ekonomi aku sangat-sangat gawat.
Minggu lepas aku jadi saksi kepada satu majlis pertunangan kawan aku Zuridawati a.k.a wati. Majlis bertunang dirahsiakan dr pengetahuan kawan-kawan lain sebabnyeeeee....kenduri nye kecik2 aje. Sementelahan tu, nak memeriahkan suasana...sempatlah kami menunjukkan gambar wati duduk membelakangkan kamera dan aku duduk disebelahnye di yahoogroups and FB aku....dan mintak kawan2 masscomm teka..siapakah yg bertunang itu.. Riuh jugaklah sekejap FB dan yahoogroups serta YM dengan tekaan2 yg berdasarkan akal logik semata2.

Yang bestnya, wati ni sangat2 tinggi orangnya 5'7" kot tingginya (betul ke wati..?) So memang kalau menengokkan tingginya..sapa2 pun boleh teka, so utk menyusahkan lagi aktiviti teka-teka nih...wati terpaksa merendahkan badannya sikit masa dia duduk sebelah aku tuh...

Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)

Maka, begitulah jugak kejadiannya bagi Wati dan pasangannya Encik Sulaiman...duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..menyandar sama besar...kekekekekeke...

Untuk Wati..selamat bertunang...untuk yg belom-belom lagi tu...cari-carilah di mana2 yang patut..aku berdoa byk2 mintak korang semua ditemukan jodoh yg baik dan bahagia sehingga ke akhir nyawa....







Sunday, July 26, 2009

50 Hengget baru...


Semalam or kelmarin or yesterday...(aku ada masaklah dgn penggunaan istilah ni..) kami sekeluarga keluar ke Summit...asal usulnya nak tengok movie...tapi tu tak penting...bukanlah main highlight aku utk hari ni...

Lepas dari habis tengok Transformers..(boleh ke..anak aku si Naqeesya tertidur....tengok citer tuh..punya meletup sana sinih...dia tido.. )aku pun nak lah mengeluarkan duit dr mesin ATM. Mesin ATM kat Summit tuh dah lah terletak di ceruk2..dengan keadaannya yg agak tak terurus..Sebaik aku sampai kat mesin tuh..aku nampak ada segerombolan warga indon sedang menelek-nelek..mesin tuh.. lepas seminit they all pun blah dan aku pun mencucukkan kad ATM aku dan menekan2 apa yg patut...tak lama kemudian duit pun kluar dr mesin..yg peliknya duit tu..lain dari yang lain.....aku pun jadi macam bengong skit..aku tgk je duit tuh..dalam hati aku sempat lagi nak fikir.."eh! ni bukan duit aku..ni duit lain ni, lain jer rupenye...ni duit indon ke..(sambil terfikir kat geng indon tadi)..eh..eh..duit apa ni....?"

Ada kot 10 -20 saat aku tenung duit tu kat mesin tanpa menariknya keluar...then enche jay datang.."yang.. tu duit baru tuh..wah bestnya dapat duit baru..." then baru aku macam kena penampar ...tersedar sendiri..ohhhh....tu duit 50 hengget baru ingat kan duit indon.......sabar je lah...!!!

Friday, July 24, 2009

Aktiviti memasak dan Main guitar sambil berlunjur...!!



Ayam masak halia and Mix Vege with butter prwan...sedapp...

Heheheh...macam-macam berlaku minggu ni...minggu ni aku cuma melepak kat opis di bandar tasik selatan selama 2 hari..3 hari lagi..aku lepak je kat rumah. Hari Rabu dan Khamis, Nori n kak norzie datang ke rumah aku...bukannya apa..saja2 nak buat aktiviti lain sikit dari yg lain...aktivitinya ialah..MEMASAK....siap record lagi...korang tunggu je lah..bila dah siap "projek" kami ni..kami akan tunjukkan cara-cara memasak beberapa lauk pauk yang mudah..siap masuk You Tube lagi...Hari Khamis pun aktiviti sama, tapi "artis" jemputannya lain pulak..iaitu Puan Intan Mazliah..seronok jugak dapat masak-masak n makan2 dengan kawan2 lama nih. Nori, mcm biasak lah..akan mensponsor semua bahan yg hendak dimasak..termasuk ikan bawal putih kecik monet yg layak dipanggil mak sedara ikan bilis tu dan ikan bawal hitam yg uzur benar kelihatannya...tapi bila dah goreng masak sweet sour..sedapppp...


Bawal Sweet Sour..


Selain dari memasak..kami jugak ada aktiviti2 lain..iaitu aktiviti mengupdate diri dengan kisah kawan2...bukannya mengumpat..hanya nak update je...jgn esok bila org tu dah meninggal baru nak tanya khabar berita...


Kangkung Belahchan..

Then..acara kemuncak ialah bila aku n nori main gitar...kemudian cik intan pun sama2 lah jugak nak try..so kami pun ajarlah intan chord2 asas...yg paling best sekali...oleh kerana kami duduk atas lantai..dengan saiz perut masing2 yg menggiurkan sangat tuh...kami tak larat bersila...terpaksalah kami main sambil berlunjur kaki kanan...kalau besok-besok korang nampak 3 org wanita main guitar sambil berlunjur...tak lain tak bukan kami lah tuh....hehehehehe. Jangan lah malu2 nak tegur ye...
(Maaf..gambar kami main guitar sambil berlunjur tak dapat nak di siarkan atas sebab-sebab peribadi hehehehehehe......)









Saturday, July 18, 2009

Kisah Kasih sepasang Kasut Reebok!


Huhuhuhu...inilah aku...selepas insiden beli Ipod jenama ALIKE tuh..ada satu lagi insiden happend caused by my clumsiness......

Dengan semangat kesokanan yg tinggi..aku berhajatlah nak beli kasut sport baru. SO..., adalah satu hari tu aku merayau kat KLCC and Sport Shop kat Kinokuniya tu..apa namanya..Studio..Stadium?? tak ingatlah...Tapi kedai tu sedang buat sale. Bijik mata aku pun terbeliaklah melihat perkataan SALE yg besar dengan background yang bewarna putih tuh.

Dengan rakusnya...aku mencari2 sepasang kasut sport....Syarat2 yang aku letakkan mesti berjenama tapi harga mesti murah punyer...Shop asisstant tu pun menunjukkan aku beberapa pasang kasut, ada brand Nike RM150 je, Adidas RM230..dan Reebok RM90. Reebok RM90!!! murah lah tu...so apa lagi ...dengan confident jer aku order kat adik shop assistant tu mintak saiz 6. Sai6 tu sebenarnya saiz kasut berjalan dan kasut opis aku...masa tu aku dah tak terfikir dah yg betul ke tidak saiz tu? Ok ke tak saiz tu dgn aku? Kasut ni Saiz 6 UK ke, US ke Japan ke...? Aku hentam je...

Adik tu pun bagilah kat aku sepasang kasut tuh..aku pun try ala kadar je..sambil mata aku melilau-lilau menengok2kan manalah tahu ada lagi kasut2 lain yg berjenama, yg cantik dan yg murah....

Tak sampai 2 minit aku try kasut tuh..aku pun decide nak beli. Keesokkan harinya, aku pun excited lah nak pakai kasut tu utk sessi jogging and panjat tangga yg aku buat 4 kali seminggu tuh...lima minit je aku try pakai kasut tu...tiba2 aku rasa kaki aku macam tak selesa...so aku pun pakai stokin selapis lagi (stokin tebal tuh..) jalan2 lagi tetap tak boleh..bila aku jalan bahagian tumit tetap nak terkeluar dari kasut ...

Aku pun bagitahu encche jay.."kasut ni sakit lah..tumit saya..selalu terkeluar-terkeluar bila saya jalan.." Dengan tak yah pikir2 panjang2 pun Enche Jay pun bagilah komen..."bukan saiz dia lah tu.....mesti besar..." Alamak! mamat ni ada 6th sense lah....so terpaksalah aku mengakui keclumsiness aku ...

So..sapa nak beli kasut...? Sport Shoes..Saiz 6 UK, Baru pakai 10 minit je...free lagi sock dari SOXWORLD sepasang....Aku jual RM80 jer siap dgn original box.... Sapa nak beli call/SMS/Message aku ye....

Monday, July 13, 2009

USJ-BEHRANG-TELUK KUMBAQ!

Sessi Berposing kat toilet Tapah

Al-kisah...dah lama teringin nak makan angin a.k.a menziarahi adik beradik yg ada kat Penang. Sementelahan Enche Jay kerja kat KTB ni, dah beberapa kali berangan2 nak naik bas NICE EXECUTIVE COACH yg dua tingkat tu...(ada ke bas NICE 2 tingkat pergi PNG) tapi..macam tak berkesempatan je.....

Al-kisahnye adik lelaki bungsu aku, si zamil dapatlah tawaran ke Politeknik Behrang. So sapalah lagi nak menghantar mamat satu ni pergi pendaftaran kalau tak aku. Abah dan amil pun dtglah dr kuantan pada hari ahad minggu lepasnya. Enche Jay pulak ambik coti 2 hari. Arakiannya, seisi keluargalah kami (Juanna n Naqeesya ponteng sekolah le..) berangkatlah ke Behrang..Aku ingat jauh bebenor lah Behrang ni..tapi ropenye..tak sempat nak berdengkur..kami dah sampai dah.

Proses pendaftaran tu...takdelah berapa lancar sangat..lembab makngut jugak...pihak pengurusan kata ada masalah tak cukup bilik...tapi yg peliknya..takkanlah korang dapat list nama bebudak yg baru nak masuk ni hari semalam..mestilah at least sebulan atau beberapa minggu dahulu? Kenapa masa tu tak selesaikan masaklah tak cukup bilik tuh? Hari pendaftaran tu lah..baru nak buat mersyuarat nak selesaikan masaklah ...abah aku pun apa lagi...mulalah dia memberi ceramah motibasi percuma kepada pentadbir dan pendaftar yg ada hari tu...ngalahkan Menteri Pelajaran pulak gayanye bercakap...

Politeknik Behrang tu..cantik jugaklah ropenye...permandangannya bertubirkan bukit bukau yg kelabu asap sikit diselaputi jerubu...aku dan enche jay pun terimbau lah kembali kenangan hari pendaftaran kat Uitm Lendu ..15tahun yg lampau.

Abah n Iman Naqli...

Selesai segala huru hara kat politeknik behrang..kami pun berlepas ke Teluk Kumbaq. Asal tujuannya abah aku nak menziarahi cucu barunya Iman Naqli..anak kedua adik aku si Iwan Nasir dan juga menziarahi Damia Dayana anak sulung adik aku tu..yg kebetulannya disahkan keracunan makanan sehingga beberapa hari terlantar di spital.

Damia Dayana and Naqeesya...(err...bukan slaah ibu mengandung ye..yg jadiknye anak aku tu posing terover..)

Perjalanana ke Penang..lancar...macam biasa ..abah aku wajib singgah kat Tapah dan Sg Perak...kami sampai ke atas Penang Bridge dalam pukul 4 petang dan kami langsung teruskan perjalanan ke teluk Kumbaq. Dengan berharapkan daya ingatan aku yg tak berapa nak ingat ni, dan diselang selikan dgn cerita2 abah aku bahawa teluk Kumbaq itu juga adalah kg penyanyi AF..Mila, Enche Jay dengan penuh yakin je..memandu, mencari rumah mak mertua adik aku....yg akhirnya membawa kami ke tengah hutan mana tah..menghala ke Balik Pulau...tu lah...dok sibuk cari rumah Mila Af..last2 kami yg sesat...Nasib baiklah kesesatannya taklah jauh sgt..sempat lah patah ke pangkal jalan.
Sampai di simpang rumah mertua adik aku..aku nampaklah si Iwan yg badannya kecik sikit dr Sully dari cerita Monster Inc. tu sedang melambai-lambaikan tangannya....kat belakangnya berdirilah si Damia Dayana..kesian pulak aku tengok tangannya yg masih berbalut dgn jarum drip...

Anak buah aku Si Damia ni..mengikut lapuran bapaknye adalah sangat sakit..tapi ..kami tengok dia macam sihat je..melompat2 tak ingat dunia bila jumpa Juanna and Naqeesya. Adiknya pulak yang baru berusia 3 minggu...pada pandangan mata aku sangatlah besar saiznya..seolah2 budak yg dah umur 2 bulan...alhamdullillah..kesemua seisi keluarga itu beserta mak dan pak mertua adik aku (Pakcik Che MAy) adalah sihat walafiat..



Seterusnya, kami pun ambik keputusan nak cari tempat tido..tapi Iwan cakap..jgn susah hati..dah beres..dalam pukul 6pm Iwan dan isterinya si Fizah yg masa tu masih dlm pantang pun membawalah kami ke Hotel Tabung Haji yg terletak berhampiran dengan airport Bayan Lepas dan hanya jaraknya..seketut tak hilang bau lagi..dari rumah mak mertua adik aku...amboi..tidur kat hotel kami..kagum sungguh!
Kat hotel Tabung Haji

Adik aku bookkan utk kami bilik Deluxe Suite...pergh! cam raja ..bilik besar 1 queen bed 1 single. Tapi bapak aku nak jugak bilik lain so kami ambik Superior deluxe..dgn 2 single bed. Yg bestnya, hotel setinggi lima tingkat dgn..aku rasa ada lebih dari 100 bilik tapiii..hanyalah kami sahaja guestnya...korang bayangkanlah...! kami dapat bilik di tingkat 4..sunyi je..tak nampak orang lalu lalang seperti hotel2 lain..takde lagu2 sentimental kat lobby..senyap je...tapi hotel ni best jugak. Deluxe Suite tu hanya RM160 semalam...superior deluxe tu hanyalah RM100..semua peralatan lengkap..TV pun ada Astro....

Enche Jay dgn sabarnye..menggunakan equipment yg berkruk krek..bunyiknyer tu....

Malam pun menjelmalah..cewah...dah boring2 tgk tv, kami pun bercadanglah nak pergi ke gym..dah alang2 kami je guest kat situ..so apalah salahnye utk kami meronda2. Dalam gambar kat lift..gymnye adalah amat canggih..tapi bila kami pergi....kekekekekekek...undescribable ..ada 3 jer equipments....dan setiap satunya dtg dengan pakej bunyi2an...agaknya takde sapa guna, and tak pernah servis..jadi equipmentnye semua berkruk..krek bila diguna. Aku rasa malam tu memang aku berpeluh..tapi bukan sbb penat exercise tapi penat gelak...

Apa2 pun..seronoklah jugak makan2 angin walaupun short term...takdelah nak bercuti meriah..... Tapi Penang sgt berjerubu..dari Bayan Lepas dan Queensbay..kami tak nampak pun Penang Bridge dgn jelasnye...akibatnye..kami balik ke USJ dgn batuk2 dan demam2. Insya allah nanti kami dtg lagi ke PNG! next time nak naik NICE Executive Coach...

Friday, July 3, 2009

Happy 15th Anniversary - The Helmetz..

Lepas menari lagu Sekapur Sirih...kat foyer..(aku pakai baju Haiman!)
sessi baling tepung masa induction part 1

Bulan 7 ni, genaplah 15 tahun usia perkenalan kami2 bebudak (Bebudak lagi ke ??) masscomm uitm batch 94-97 atau lebih dikenali sebagai Helmetz. Lama dah rupa2nya kami bersama. Dari zaman slim menyelim ke kembang semangkuk, dari zaman single mingle ke beranak pinak..alhamdulillah, kebanyakannya masih lagi tak terputus hubungan...



Apa yg bestnye lagi, antara kami ni..ramai yg kahwin sesama sendiri..(bukan sesama jantina..ko nih!)..maksud aku sesama batch la..Ada jugak yg duduk sebatch bertahun2 tapi tak berchenta2 ..bila dah bekerja..alih2 kahwin dgn classmate tu juga..dan macam2 lagi. Ada yg masih sihat walafiat, ada yg dah lebih dulu pergi berjumpa Yang Esa.



Kami dulu belajar zaman2 takde handphone, takde Laptop..PC pun..kalau ada sebijik je..kongsilah berpuluh2 orang. Zaman kami belajar takde PTPTN...ada lah Yasan Pahang atau JPA.. (korang dah habih bayar ke belum??) tak pun Yayasan FAMA (Father Mother) .Uitm Shah Alam pun..takde lah sepadat cam sekarang. Dulu..releks je..takdelah penuh dgn traffic macam le nih.


Teringat plak aku masa mula2 register kat Uitm dulu..mula2 kami kena masuk Uitm Lendu Melaka..buat pre diploma. Belajar English and typing..TYPING!!..bukan belajar guna komputer..tapi guna mesin taip. Kebanyakan hari kat Lendu tu..dipenuhi dgn gelak ketawa dan melepak je..aku pun tak berapa hengat..apa ke jadahnye yg aku belajar kat sana, melainkan cara2 nyanyi lagu SACRIFICE (Elton John) dengan betul!.....It's a human signnn....


iklan Colgate nilah yg nyebabkan akhbar suka kat along..
Aku dulu masuk 2 minggu lebih lewat dari org2 lain. Dengan kata lainnya aku ni budak 2nd intake..MSR (Minggu Silaturrahim) pun seminggu je..budak2 1st intake 2 minggu...tu yang dia org jeles, siap gaduh2..ketuanya Noni and Aishah....!!. Kat Lendu, aku dimasukkan ke KOMSIS A..mengadap tasik..dekat dengan KOOP. Hari pertama masuk kelas..tak silap aku kelas agama...dalam kelas agama aku duduk dengan Mastura Othman a.k.a MAS, bila habis je kelas agama..tiba2 aku terdengar kat belakang aku ada org panggil kami.."org kat depan..orang kat depan..tak nak berkenalan ke dengan org kat belakang ni, org kat belakang ni handsome2 tau.." huhuhu...itu lah cara-cara Chot n Farami nak berkenalan dgn kami. Sabar jelah.


Al-kisahhhhh..suatu masa dahulu...

Beberapa hari lepas tu...kami duduk tempat yg sama, tapi kat belakang kami ada 2 org budak lelaki lain plak...sorang tu asyik pakai topi je..yg sorang lagi pakai cermin mata..asyik dok belek muka guna cermin pengasah pensel yg bulat tuh..tiba2 org belakang gerak2-gerakkan kerusi aku..tapi dia panggil nama aku Mastura..Mastura..ala2 P.Ramlee panggil Saloma dlm cerita 3 abdul...Dlm hati aku pun peliklah..pehal mamat ni goyang2kan kerusi aku..tapi panggil nama Mas...bila aku pusing belakang..tu lah kali pertama aku terlihat muka Encik Jay nih...(Tapi masa tu takde rasa apa2 lagi tau...!) Aku lebih byk sembang dgn Si Rodzan sbb dia mcm friendly sikit dr Enche Jay yg lebih byk diam..

Habis 6 bulan kat Lendu, kami pindah ke Kampus Shah Alam dan aku pun dimasukkan ke Kolej Seroja 3 bilik 404. Tu lah antara intro hidup aku bergelar graduan Masscomm (Advertising) Uitm Shah Alam, dan tu lah intro perkenalan aku dengan Enchik Jay and kawan2 se mass comm yg lain.

boling masscomm.....

Hidup sebagai Masscommite..rasa2nya takdelah semenderita budak2 course2 lain. Yg aku banyak ingat...sepanjang aku study tu..lebih banyak kisah gembira dr kisah duka..duka pun apalah sangat setakat memanjat tangga ke tingkat 11-13 ketika bulan pose, sbb lift tgh dibaik pulih...kalau nak cakap pasal kisah lucu...kena buat pulak entry2 lain ..sbb byk sgt...sementelahan lagi aku ni duduk di kelas Advertising dgn hanya 7 org perempuan dan lebih kurang 17 org budak lelaki (17 ke?). Kalau dihimpun kisah2 lucu tu..boleh buat novel hikayat 1001 kisah lucu batch helmetz...

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah. Kalau aku terima tawaran masuk USM yg aku terima lepas 2 minggu masuk Lendu...gamaknye....lain lah cerita entry aku kali ini..

Happy 15th Anniversary frenz...!!

Thursday, July 2, 2009

Aku yg "PANDAI" sangat...

yg belah kiri bawah tu lah MP4 player iPhone ALIKE...yg hijau tu MP4 player iPod Apple ALIKE.
Nasib baik ada yg atas tu..intenet tablet hadiah dari kak z...tapi itu pun kalau ada wifi atau connected dgn hp baru boleh cek tenet!

Awal minggu ni, oleh sebab takde kerje sangat kat opis client aku tu..dan aku yg pada ketika itu sedang berpuasa dan asyik menguap je..( buruk benor)..maka aku pun menggodek2lah website2 ebay dan lelong.com. Konon2 nak tengok2lah apa yang ada.
Dalam ketika membelek2 tu ternampak patik yg "bijak pandai" sgt ini akan lelongan satu telephone ni, rupe parasnye macamlah iphone yg sedang sibuk sakan Maxis gembar gemburkan tuh..terniat lah hati aku ni utk try bid..tengok2 kat situ harga yang sedang dibid ialah Rm138 hengget, tapi kalau tak sanggup nak bid boleh beli pada harga RM150 sahaja.

Maka aku pun yg pandai sangat ni..konon2nye..dengan hajat hati nak beli handphone baru..teruja sangatlah..! Kalau dapat beli iphone pada harga RM150 je..kelessss..tak kira lah made in china ke, monggolia ke..asalkan boleh berfungsi as iphone dgn touch screen plak tuh..kira bagus lah.

Aku pun bacalah produk description..tapi baca pun ala sekadar je sbb dah teruja sgt nak beli i phone ni, antara produk descriptionnye ialah 7GB memory dgn games, video, pictures dan macam-macam lagi..nama phone pula iphone ALIKE. Pada fikiran aku yg bijaksana amat inih..nama brand iphone tu ialah ALIKE...sementelahan lagi melihat rupa parasnye yg memang macam iphone!

Aku pun place order..dengan rasa bangga dan kagumnya..dan tak sabar2 lah aku nak menunggu iphone ku sampai.. Godek2 lagi lelong.com, aku jumpa plak ipod ALIKE dgn harga RM100 sahaja..pada fikiran aku, terniat lah jugak nak beli untu si Juanna, takyah lah dia asyik nak godek2 handphone kami..bila dlm kereta especiallynya. Dah harga murah lah kononya aku pun belilah jugak...

Tengah hari tadi..produk yg ditunggu2 pon sampailah..aku pun bukaklah sampul plastik SKYNET. Di dalam bungkus plastik, tukang jual iphone dan ipod tu..bungkus2 lagi items tu dgn surat2 khabar yg tebal amat..aku pun dgn gelojohnye bukak2 surat khabar tu..tak sabar beno nak nengok iphone kononnye....

Tengok2..rupe2nye..iphone yang dikatakan bukanlah iphone..ianya adalah sebuah MP4 player dengan fungsi touch screen dan berupa paras seperti iphone..tu sebab tukang jual tu tulis kat situ iphone ALIKE...bukan name brandnye ALIKE...sabor jer lah..

Ipod yg aku beli pun..dapatlah jugak, dri jauh macam ipod apple siap dgn warna hijau pucuk pisang nye....tapi bila dekat mcm ipod mempelam masam je..oklah setakat nak dengar lagu, radio, simpan files dan ebook..bolehlah...

kesimpulan talinya...bila nak beli barang online..bacalah descriptionnye betul2..janganlah gelojoh amat..kalau tak jadilah mcm aku ni..iphone brand ALIKE konon...ambik nak ko!!!

Tuesday, June 30, 2009

Aku dan Michael Jackson


Ceh! bunyiknya macam aku ngan dia ni kawan baik jer kan..Hari Khamis yang lalu dunia dikejutkan dgn berita Pemergian MJ. Benda pertama yg aku buat iala Meng"Search" internet..nak cari status keislamannya... sebelum ni memang dah pernah dengar, tapi aku buat endah tak endah je...


Rupa2nya, banyak pulak link dan site2 yang menulis tentang keislaman MJ. Maka, hati aku pun berdetup detap memikirkan..di manalah kaum keluarganya nak kebumikannya nanti..? Sepanjang hujung minggu lalu, aku pun sibuk lah jugak mencari2 sumber, mendengar berita di E News dan sebagainya, tak tau naper tapi hati aku nak sgt tahu..kat mana lah kuburnye MJ ni, ada org baca yasiin utk dia ke atau org nyanyikan montuary songs utk dia...?

Of course lah, benda2 macam ni...kalau dibincangkan secara lanjut...akan jadi bahan perbincangan yg serius, contohnya di You Tube yg ada siarkan video2 clip MJ, banyak sgt caci maki yg aku baca bila saja ada org hantar comment mengenai keislaman MJ..seolah2nya ada pihak uyg tak mahu terima POP Legend ini seorang muslim...

Kemungkinan jugak..buat masa ini..kaum keluarga MJ sedang bertekak sesama sendiri..bagi menentukan di manakah kuburnya MJ ni..abangnya si MJ yg telah masuk islam mungkin mahu Mj dikebumikan cara islam..tapi family dia yg lain..mungkin tak moh...Agaknye..pada fikiran mereka.."Ape kellessss...kebumi cara islam..pakai putih bungkus semua...kalau cara yg satu lagi tu..boleh pakai baju kilat2, gloves kilat2, cermin mata besar tu..n stokin putih kasut hitam..." atau pun, mungkin jugak kaum keluarganya tgh fikir patut kah they all awet saje mayat MJ..sbb dulu aku MJ pernah ckp dia nak diawetkan....

Sebut pasal MJ ni, teringat plak..adik aku Zamil nyanyi lagu Bad..dgn versinye sendiri...dari jauh bunyiknya macam bunyi kambing ..Embek..Embek..u know it..! Lepas tu kami adik beradik dok nyanyi lagu black or white..sambil beratur lepas tu sorang2 akan lari2 ke tepi..konon2 macam video klip lagu tu lah..boleh tukar2 muka..konon.... masa darjah 4-5 pulak..budak2 lelaki sibuk buat monnwalker atas simen kat sekolah..sampai koyak rabak kasut sekolah....

Apa2 pun MJ dah takde..dan Allah swt sahaja yg tahu status sebenar dirinya....MJ dah sama level dgn Elvis, Marlynn Monroe dan Beattles skrg ni...dan kita yg hidup ni ingat2 lah..hari khamis lepas hari MJ..esok lusa tak tau turn sape...

Tuesday, June 23, 2009

Kisah Motivasi Seorang Abah..!


Alhamdulillah sampai ke saat aku menulis blog ni, abah masih hidup..walaupun takdelah sehat sepenuhnya, tapi ..bolehlah..tak sehat pun sebab kencing manis yg baru nak memperkenalkan dirinya kat abah dan sakit angin2 sana sini.

Abah aku dah pencen dah, baru je 3-4 tahun yg lalu. Dulu abah kerja kat Taman Pertanian Indera Mahkota Kuantan, abah pergi kerja naik moto je..geh..geh..geh..dari dulu pun macam tu. Masa kecik2, kalau time petang-petang..kepulangan abah dri opis memang dinanti2kan sebabnya....kami nak baca newspaper! kami adik beradik akan berebut nak baca newspaper yg abah bawak balik. Kadang-kadang abah balik bawak goreng pisang atau kerpok lekor..tak pun bawak limau manis dia beli kat pekan sari...

Masa aku darjah 4, kat SK Permatang Badak..abah pernah xcident. Kepala dia terhantuk dengan lori yang bawak papan lapis yg panjang tuh..lalu terjatuh kat tepi jalan. Akibatnya, kepala lutut abah pecah..terburai. Doktor cakap..abah mungkin tak boleh jalan lagi..apatah lagi nak membengkokkan lututnya yg dah pecah tuh..

Banyak bulan jugak abah terlantar kat spital. Masa tu aku rasa aku dah 4 beradik. Bila abah keluar dr spital, abah masih tak boleh kerja..ye lah..kepala lutut tak boleh nak bengkok..nak jalan macam mana..masa ni mak lah yg bertungkus lumus jaga abah, dia yg mandikan, dia yg lap kan....cucikan dan sebagainya, kena bagi gak kredit kat Pn Siti Zaharah tu...

Lepas tu aku ingat lagi abah kena buat fisioterapi kat spital kuantan, minggu pertama abah pergi..tapi kemudian abah tak pergi dah..sebabnya..aku rasa mengikut tafsiran aku sendiri..takde sapa boleh tolong hantar abah pergi spital, kawan2 n jiran2 pun nak kerja..kalau dah hantar kang nak balik plak mcm mana? last2 mak pun mengambil tanggungjawab menjadi pakar fisioterapi tak bertauliah..mak pecah2kan batu bata, isi dalam stokin buruk...dan abah pun mulalah membuat latihan sendiri..dari batu size kecik..bertukar size besar..sampai tak muat stokin tuh, lama2 tukar pulak taktik lain, dengan menggunakan batu bata yang diikat kat takal dan disangkut kat tali...hari-hari abah exercise, bengkok2kan kakinya...lama kelamaan, dengan izin allah..abah pun bolehlah nerjalan seperti biasa, dan boleh duduk seperti orang biasa..nak duduk tahhiyat pun boleh, nak panjat2 tangga pun boleh....no problem.

Ramai orang terkejut, doktor pun terkejut..secara logiknya..sapa2 yang kehilangan tempurung lutut memang tak boleh dah nak berjalan dan melakukan xtvt seperti orang normal...paling2pun terdengkut-dengkut. Kalau tak caya..cuba korang ikat lutut korang kuat2..senang ke nak berjalan, nak duduk..nak buat aktiviti mencangkung!

Masa tu..aku ingat, sebab abah rajin bersenam, sebab tu abah cepat sembuh..tapi bila aku dah besar panjang ni..aku rasa aku dah faham...dengan izin allah abah sembuh sebab abah kuat semangat, abah terus jugak bersenam dan berfisioterapi sendiri..walaupun memamg amat payah dan menyakitkan..supaya abah kembali pulih dan boleh bekerja seperti biasa. Kami adik bradik masa tu kecik2 lagi. Sapalah nak bagi kami makan, pakai dan bersekolah kalau abah tak kerja? Sapalah nak bagi kami cukup semuanya sampai kami jadik orang sekarang nih..kalau abah tak kerja? Sapalah lagi kalau tak abah..sebab tu lah abah kuatkan semangat dia dan berusaha supaya dapat berjalan dan bekerja seperti orang biasa...huhuhuhuh.

Itu lah cerita seorang abah...walaupun mungkin kala ini dia sibuk menghadap game kat PC rumah, dan kadang2 dia membebel2 pasal adik2, pasal emak, pasal kawan2 kat surau, pasal politik dan sebagainya..tapi itu lah abah saya.

Untuk adik2..ingatlah cerita pasal seorang abah kita nih...walaupun dia selalu jugak buat "lorat" dia tu..tapi sapalah kita kalau takde abah.

Tima kasih bah!

Juga, ucapan selamat hari bapa untuk bapa mertuaku Tn Haji Moksin Sadiki.

dan..kepada Enche Jay, ayah kepada 2 orang anak2 kami. Walaupun nampak pendiam, tapi bila dah marah kat 2 orang manusia kecik kat rumah tu..terjegillah jugak bijik matanya dan terkeluarlah jugak serak2 tarzannya...Thank you!