Tuesday, June 16, 2009

Jom..Sapa nak Ikut?

Hari Khamis lepas..konon2nya dgn niat nak mengakhiri cuti sekolah dengan meriahnya..tiba2 Enche Jay termakan kata-kata Juanna untuk pergi watch movie...so, tanpa booking kami pu terjah je lah Sunway Pyramid..then we all decided nak tgk night at the museum 2 sbb citer tu bersesuaian dgn peringkat umur manusia kecik 2 org ni.
So, kami pun beraturlah beli tiket show pukul 9.40pm (org sibuk baca yassin mlm jumaat..kami pg tengok wayang..kalau lah mak abah aku tau..huhuhuhuhu). Tu dia......duduk kerusi no 1,2,3,4 barisan depannnnnn sekali..melangutlah kepala jawabnya.
Juanna kata, that was 2nd time lah kami duduk depan..dulu pernah sekali masa tgk Shrek..duduk depan jugak. tapi yg paling aku ingat masa zaman2 form 6, tgk Jurassic Park dgn Myzul n Remy..dekat Cinema depan Benteng tu...lepas tu tgk Denise the Menace dgn Myzul n Remy jugak..sampai terjatuh2 dr kerusi..gelak kaw..kaw punya.
Zaman kat Melaka, tgk Lion King dgn Enche Jay..1st time tu tgk movie sama2 dgn dia n Fidah Shariff dan Farami..malu2 kuching lagi, then tgk Tragedi Oktober dgn Fidah jugak..sambil mengobat hati yg luka masa tu lah..Enche Jay punya pasal jugak..
Tgk Mr Bean dengan Nori pun best..masa tu part 4 atau part 6, balik dari NST..malas nak pergi kelas..terus tgk movie kat cineplex belakang CM...huhuhuhuhhu..dgn selambanye saja..ponteng kelas.
Lamanya tak tengok movie ngan kawan2...apa kata..23hb ni..Transformers 2..jom? Sapa nak ikot!!! (bayar sendiri lah... ye)

Tuesday, June 9, 2009

It's The Climb....


Semoga panjanglah umur aku n Jay..aku nak posing sakan kat depan puncak ni!

Mendengar lagu dendangan Miley Cyrus a.k.a Hannah Montana ni buatkan bulu roma aku meremang...Bukan sebab lagu ni berpuaka ke..hapa ke..tapi mengenangkan cita-cita aku nak mendaki Gunung Kinabalu September nanti. Banyak cerita yang aku pernah dengar..bukan senang wooo..nak conquer Gunung tu...ada yg sampai termuntah2..ada yg half way jer lepas tu siap kena dukung bawak turun, ada yg sakit2 lutut..ada yg demam terus ..ada yg menggigil kesejukan..dan mcm2 lah lagi...

Preparation? Hmm....adalah aku cuba 'mendaki' atau lebih tepat lagi memanjat tangga2 apartment 4 tingkat aku tu..panjat naik tangga..turun naik lift..boleh?? 4 kali turun naik..aku dah tercungap2..kadang2 kena selang selikan engan brisk walk keliling blok aku..then panjat tangga balik...Tapi ada lah jugak kemajuan dari dolu2...kalau before this, naik sampai tingkat 2 pun penat macam nak tercabut jantung...huhuhhuu!

Banyaknye tangge..!


Last Sunday..aku try panjat tangga 6 kali non-stop...huhuh..masuk2 dlm rumah..siap rasa nak termuntah and siap ketar kepala lutut lagi..dah tu camana nak naik gunung kinabalu...?? Takpe2..aku akan work harder..yeah..mesti boleh punya...


At least, semenjak 2 menjak aku menceburkan diri dalam xtvt memanjat tangga ni...adalah sikit pengurangan berat badan kelihatan....dibantu dgn susu Alpha Lipid tu..pusing2 keliling blok rumah aku pun ..dah berpeluh2 cam jogathon 10 km..heheheheh...

Lagu Miley Cyrus ni..akan aku jadikan lagu tema hp ku nanti..dan jugak kalau chord guitarnyer senang..bolehlah jugak aku..mensumbangsihkannya...

Package mountain climbing dah book...ticket flight dah beli....tunggu panjat je...semoga aku selamat naik dan selamat turun dari puncak tertinggi kat mesia tu...dengan selamatnya...amin....

Tuesday, June 2, 2009

Our 10th Wedding Anniversary

Ni lah bopren, ni lah best pren..ni lah suamiku..sama tak gigi taring kami tu...huhu

Gedebak, gedebik gedebuk..tup..tup kami menyambut ulang tahun perkahwinan ke 10 pada 29/5 yang lalu. Tiba-tiba aku teringat 10 tahun dolu..ketika kami bernikah..kami kahwin cowboy je...takde sanding manding, takde ambik gambar canggih manggih mcm sekarang, takde salin baju sampai 5-6 pasang..satu helai tu je..warna hijau muda ala2 nak ke turqoise macam tu.

Konon nak celebrate kat KLCC, bawaklah 2 orang hamba allah ni naik LRT dr Kelana Jaya....1st time naik LRT...mula lah tak reti duduk diam!

Kami kahwin hanya setelah setahun lepas konvo, kerja pun ala-ala baru nak hidup masa tu..bapak aku suruh kahwin, kami kahwin. Bagi pihak lelaki semua Jay uruskan sendiri, dari menukar kewarganegerian dari IC Sabah ke IC KL, semuanya kerana nak memudahkan urusan pendaftaran nikah kahwin..kalau tak jenuh nak balik KK hanya sebab nak dapatkan pengesahan bujang dsb. Masa kami dekat2 nak kahwin, Jay ada mintak postpone dgn abah aku, katanya tak cukup duit lagi..bapak aku cakap..gunalah apa yang ada...tu yang ala-ala cowboy tu!

Hari kahwin..jatuh sama tarikh dengan hari Wesak. Dan sama tarik juga dengan 13 Safar..maka terdengarlah suara2 sumbangsih mengatakan perkahwinan kami ini tak baik sebab buat di bulan Safar...Mak abah aku buat dekkkk je..apa kena mengena kahwin bulan safar dengan kebahagian rumah tangga? Kalau dah tuhan takdirkan takde jodoh..kahwin hari raya pun bercerai juga..wallahualam..

Rombongan Jay dtg dr KL, sedihnya sbb keluarga dr KK tak dapat hadir..ongkosnya banayk dong..masa tu air asia pun takdak lagi....hanya emak2 sedaranye, cousin2 nya yang mana2 tinggal di sekitar KL masa tu..datang menjadi pengiring jay, termasuklah si Ramlee Awang Murshid dan Kak Amy. Takde paluan kompang, takde PA system..takde apa..yang ada cuma khemah kenduri yang sama panjangnya lebih kurang 3 buah rumah, dgn tetamu yang ramai amat...sehinggakan pukul 8-9 mlm pun ada org datg lagi ke rumah..termasuklah kakitangan Mydin.

Disebabkan aku ni anak sulung, maka sakanlah mak dan abah aku membeli itu ini, abah siap renovate rumah lagi..beli tikar getah baru...langsir warna hijau, tikar getah warna purple..boleh!..mak pulak mintak makcik sebelah tolong jahitkan langsir ropol-ropol. Yg bestnya, mak pergi Terus Maju nak beli senduk, sudip, kuali besar..dapur gas baru...dan macam2 lagi...siap bawak lori 1tan Pakcik Po, suami Mak teh Han sepupu abah...huhuhuh...

Hari nikah tu..Jay sampai lambat sbb adik sepupu dia yg masa tu baby lagi demam, satu lagi..dia kata itu taktik dia supaya Ustaz Mat Din tu tak tanya banyak2 soalan..nanti kang tak terjawab..Aku masa tu cool lagi kat dlm bilik..(skrang bilik tu jadi bilik Emak n Ija). Mak Andam pun takde..mak2 sepupu aku yang bedalkan muka aku..kartun sungguh la..

Bila terdengar je adik aku kata enche jay dah sampai..aku releks jer lagi..dan bila orang kata akad nikah dah nak mula...Adoi! time tu lah jantung aku macam nak pecah..gedebup gedebup semua ada..takut ada..risau pun ada..suka pun ada...betul ke aku nak kahwin ngan jay ni..? Ke salah orang? Aku tiba2 jadi berpeluh..mak aku cepat2 bagi aku minum air zam zam..mak aku kata..setan banyak lah masa ni..nak menghasut org menjadi syak wasangka...ye lah tu agaknya.

Jay pulak...ketika nak lafazkan aku terima nikahnya, dia pergi bantai sebut nama aku Nani Binti Koraiza.....huhuhuhuh haru-haru...tapi nasib baiklah tak kecoh sangat...tapi part nak bayar Mas Kahwin RM25.50 tu yang lawak..dah lah duit tu taruk dalam envelope je..tiba-tiba 50 sen tu hilang pulak dah..masa nak bagi kat ustaz untuk diperiksa...meraban pulak cari duit 50 sen..nasib baiklah Pak sedara jay ada 50 sen masa tuh...(Semua ni ada direkod dalam VHS..) huhuhu...

Kawan-kawan ada jugak yang dtg...tapi masa tu..ramai lagi kawan2 yg tak kerja n takde kereta..so susahlah mereka nak ke kuantan yg dulu rasanya sangatlah jauh dari KL ni...hadiah kahwin bertambun2..alhamdulillah...ada yang masih tak sempat guna sampai hari ni! especially gelas dan cawan..Periuk nasik letrik tu pun masih sihat keadaannya sampai hari ni..

Tu lah ceritanya serba sedikit..apa yg berlaku 10 tahun dulu..Sepanjang 10 tahun ni..banyak jugak dah kami tempuh, turun naik, suka duka..macam-macam...alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Dariku untuk muu...

Sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10 ni, aku belikan Enche Jay hadiah special sikit...sbb aku teringat segala pengorbanan dia..usaha keras dia...susah senang yang dia alami sepanjang hidup bersama aku n anak2..nak menahan diri dia hidup dengan aku yg banyak songeh ni bukannye senang..menuntut banyak kesabarannn...huhuhu..teringat zaman2 jual nasik lemak sama2 kat Masjid Sunway masa bulan pose..zaman menjual krepek ke hulu kehilir...malam2 tidor 2-3 pagi untuk bungkus krepek...teringat plak kisah duka depan Ampang Point dan Great Eastern Ampang tu...huhuhu sedih sungguh masa tu...tapi Enche Jay sentiasa ada...walaupun dia tak banyak cakap..tapi nengok muka dia pun aku dah rasa lega lah jugak..

Sempat dinner kat Chilli's KLCC.

Enche Jay pun ada belikan aku hadiah yang sangat2 lah special nye...tak sangka jugak Enche Jay terfikir nak beri benda tu (tak yah lah cakap..benda apa...). Aku ingatkan kalau dia nak bagi mesti kerongsang ke..atau teddy bear ke..(dah tua lah..) tapi benda yg dia bagi tu really big surprise..Tima kasih bebanyak..

Harap-harap Allah swt...panjangkan jodoh kami hingga ke penghujung nyawa dan boleh menyambut anniversary ke 20,30,40,50,60,70..insyALLAH dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...amin...

Monday, May 25, 2009

KOTOBIAN TADAO KAAMATAN!


Minggu 'ni hati aku teringat sangat kat keluarga in-law aku kat KK. Mesti ada yang pelik, ada orang tak boleh bertemu muka dengan mak mertua dan ipar2 (mcm adik ipar aku yg orang N9 tu lah..!!)tapi, bagi aku alhmadulillah..maybe sebab dia org duduk di hujung borneo sinun..aku lak di seberang lautan sinin...

Lebih-lebih lagi bila adik ipar aku yang bongsu , Lili namanya..dtg ke KL ni, dia ada kursus sebulan di Akademi Percukaian Malaysia, Buat masa sekarang ni dia bekerja di LHDN Tawau. Sempat lah kami menjemput dia dan kawannya di APM dan bawak ronda2 di KL.

Bila fikir-fikir...macam manalah pulak aku ni boleh terjodoh dengan orang Sabah, jauh bebeno..tapi itu lah dinamakan jodoh. Sebeenornya, Jay tu sebelum berjumpa aku kat Uitm Melaka..dah beberapa kali ditawarkan ke Uitm utk course Art & Design, tapi dia tak terbukak hati nak pergi, masa tu dia bekerja di Arkib Negara Sabah, then dia dapat offer ke beberapa pejabat kerajaan tapi dia tolak jugak..katanya nak kerja di Arkib Negara Sabah, nak tolong adik2 dia yg ramai...tapi tiba2 tup2 masa intake July 04, dia terbukak hati nak terima tawaran ke Uitm Lendu..di sana lah kami bertemu dan berchenta2 huhuhuhu....

Habis je part 6 di Uitm Shah Alam, jay ajak aku balik KK jumpa family dia...huhuhu..1st time naik kapal terbang, macam nak tercabut jantung ditambah lagi dengan membayangkan nak jumpa bakal mak mertua...berdebup2 rasanya hati aku (dah lah masa tu zaman2 berambut merah dan berkuku panjang nyee..). Ingat lagi masa tu, aku sampai ke KK lewat malam...yang paling best, bila sampai di Kg Masjid Telipok tu...dah gelap gelita, jalan kampung pulak tu..tiba-tiba..huhuhu..terpaksa naik jambatan gantung yang merentangi sebatang sungai...bila sampai kat tengah2 jambatan..jambatan tu mula berhayun2...huhuhuh dengan deburan air sungai kat bawah tu..aku rasa cam takottt....

Sampai kat rumah..adik2 ipar menunggu-nunggu. Comel-comelnya adik2 ipar aku masa tu..kecik2 lagi masa tu..sekolah2 lagi...Sekarang di dah jadi "sumandak" (anak dara dlm bahasa dusun..)Keesokkan paginya, huhuhu..barulah dapat beramah mesra dengan dia orang...masa tu mak mertua aku panggil aku "Nong" yang maksudnya sayang...huhuhu. Tempat pertama aku melawat ketika kat sana ialah Balai Polis Telipok, pasal apa? Pasal sorang adik ipar aku yang lelaki dah beberapa hari hilang,tak balik rumah..masa tu dia nakal2 lagi..sekarang dah beranak bini...masa kat situlah aku rasa cam pemes habis...sbb setiap kali kawan2 mak mertua aku jumpa kami, mak mertua aku akan cakap "ni kawan Maen, dari semenanjung.." Masa tu, kalau org semenanjung dtg sabah glamour habisss...tak hengat!

Lepas tu Jay bawak aku (Ditemani oleh adik2 dia lah..) ronda2 KK. Sempat lah aku jeling kat Burger King KK tempat dia cerita dia berdating ngan gepren lama dia huhuhuhu...then, Jay bawak aku pergi jalan2 ke ranau, jumpa mak dan bapak sedaranya kat sana.. (ditemani oleh adik2 nya jugakk le..)Sepanjang jalan tu, kami ditemani oleh cousin jay si Abak, dia yg drive kami..dan dia orang bergumbira ria nyanyi lagu2dusun dlm kereta tu..seronok bah..


1st time aku nampak Gunung Kinabalu..whoaaa!!!!! macam nak nangis..punya lah besar..tak terbayangkan..semenjak tu lah aku bercheta-cheta nak naik gunung, lebih2 lagi Jay selalu mengeksyen kan dirinya sbb dia dah 4-5 kali naik gunung tuh..huhuhu. Insya allah, tahun ni aku akan berusaha nak naik...dan turun of course...

Tiket raya tahun ni kami dah beli...(nak dapat harga murah nye pasal). Insya allah kalau umur panjang, berayalah kami di KK tahun ni, di rumah baru keluarga mertua aku hasil usaha pembelian bersama adik2 ipar aku. Rumah dia org yang lama di Kg Masjid tu dah kena radu (roboh).

Semenjak kami berkahwin, kami usahakan balik ke KK setahun sekali...(tapi ada lah satu era kesusahan melampau tu kami tak balik sampai 4 tahun...)Abah n mak aku pun aku rasa berbangga lah sebab ada menantu dari Sabah, dan sehingga kini di RRM Permatang Badak tu..hanya Jay seorang je lah org Dusun Sabah. Setiap kali dia pergi surau mesti orang akan kata.."Ni! menantu cik yaacob yg dari sabah tu ye.." huhuhu.


Kalau korang nak melancong, pi lah ke sabah...dari pi bali ka, pi medan ka..sabah tu tak ada kurangnya. Orangnya baik2, perempuan2nya ayu2 dan chantek2....pergilah ke ranau dan saksikan lah dengan mata kepala korang sendiri kecantikan gunung kinabalu, atau ke Pulau2 di sekitar KK seperti pulau Manukan...Kalau tak caya meh tengok rancangan ZOOM SABAH setiap hari Sabtu 7.30pm di TV3. Congratulation nak di ucapkan kepada kawan2 aku yang bersosah payah membuat rancangan Zoom Sabah tu... Norharlida Abu Bakar (penerbit), Isnawan Lamidi (Production Manager kot?) and Intan Mazliah Jamaluddin...Caya lah!!

Sabah memang cantik, bandar KK tu bertubirkan laut berpaksikan gunung Kinabalu...pada hari2 yang terang, korang akan nampak air laut membiru dan gunug Kinabalu tegak berdiri di kejauhan..pergh..cam bagus ayat aku..! Kat sana, ada banyak ethnik so, korang akan dengar beberapa bahasa yg korang tak paham..macam bahasa Dusun, bahasa Kadazan..(Beza tau 2 bahasa ni), Bajau, Bugis dan..Timurrr...ada jugak philippin especially yg byk berjual di Pasar Philippines n kedai ikan masin sebelah2 tu..Anak2 dara kat sini..ala2 pelakon2 Korea gitu mukanya, cute d' miut..kecik2 jer..lelakinya pulak..ala2 muka cina cam gitu..(tu yg aku tersoka kat jay tu..sbb konon2 nak dptkan bopren chinese look..especially masa zaman2menengok cerita Police Cadet dan zaman2 mengendap Tee Yong Heng..budak Vokay kuantan..huhuhu)..

Kat sini nak ambik kesempatan nak ucapkan kepada warga Kadazan Dusun di Sabah dan seantero malaysia/dunia, terutama utk Jay n my inlaw's family..Kotobian Tadau Kaamatan - Selamat Menyambut hari Gawai/Kaamatan..walaupun korang tak sambut tapi at least public holiday lah kan..

Apa lagi jom pg Sabah...

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU!


LANGIT TERANG BEDERANG DI SUNWAY

Terlebih dahulu, aku nak ambik peluang ni untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 sedonia terutama kepada guru2 aku dulu:

1) Cikgu Siti Fatimah - TABIKA KEMAS PAYA BESAR - 80
2) Cikgu ZAINUN - SK Batu Tiga Kuantan 81-82
3) Cikgu SITI FATIMAH, CIKGU ROSLAN TAIB, CIKGU MAJID BIN LONG, CIKGU JAAFIR, dan semua cikgu yg mengajar di SK Permatang Badak dri 1983-1986
4) Cikgu Faridah Kazi, Cikgu Faridah Yahya, Mrs Lai, Ms Phua, Mrs Phua, Mrs Ong, Mr Lam, Cikgu Norhaimi, Cikgu Norehan, Cikgu Maheran, Cikgu SIti Kadel Laut, dan semua cigu2 SMTA 1987-1991
5) Ms Chan, ..alamak tak ingat lah..(apa punya anak murid!) Cikgu Baizura (cikgu yg suruh aku berdiri dlm kelas..dah tingkatan 6 pun nak kena berdiri!), san cigu2 di SM Alor Akar 1992-1993
6) Puan Rosni, En Ismail Sudin, En Adnan, Puan Parween, Ustaz dan Ustazah, En Meor (Mejeremen- Measurement!), dan semua lecturer2 Fakulti Komunikasi Massa terutamanya lectiurer2 kelas MC 14 / Advertising 1994-1997, termasuk Mrs Rosalind..lecturer masa buat Pre-Dip -Uitm Lendu..July 1994


SENJA AT USJ - GAMBAR DI AMBIL DARI TINGKAP BILIK APARTMENT

Kepada semuanya saya nak ucapkan Terima Kasih Cikgu...Mintak maaf..halalkan ilmu yg saya dapat, saya mengaku ada kalanya saya jahat..huhuhu terutama kasa kat Uitm...Jasa cikgu akan saya kenang! Sebab cikgulah saya jadik orang skrg ni..

Merujuk kepasa sambutan hari guru nih, aku nak citer sikit pengalaman kami sekeluarga membeli barang dapur di Carefour Alamanda...di celah-celah keramaian manusia berpusu-pusu membeli barang. aku nampak seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 9-10 tahun, marah-marah lalu menempelak seorang dewasa yg ada bersama dengannya dengan kata2 "Oi! Pekak ke aku kata aku nak Koko Crunch!" lalu, si dewasa tersebutr mengambilnya, dan meletakkannya ke dalam troli..tanpa sebarang kata, mungkin juga dia terasa aku dan beberapa org lain sedang memerhati dgn mata terbeliak!

Macam mana budak kecik mcm tu boleh kata org dewasa pekak di kalayak ramai. Waima tak di khalayak ramai pun seorang budak kecik tak sepatutnya nak menutur kan kata2 sekeras itu...Aku rasa macam tak percaya apa yg aku dengar! Dalam kes seperti ini, siapakah yg bersalah..ibu bapanya, kaum keluarganya, guru2nya...! Sedih ada..nak bagi penampar pun ada..

Zaman2 aku kecik dulu..kalau buat perangai depan tetamu dtg ke rumah aje pun, akan dibalun dengan sekorang2nya penyapu bulu ayam yg dibuat dr rotan, atau pun hanger beraneka warna, ataupun batang penyapu gandum...inikan pulak di depan khalayak ramai mcm ni? Aku pernah kena kejar dgn mak aku, bersama sebatang penyapu sampai terpaksa menyorok di bawah rumah hanya kerana aku beria-ia nak makan tembikai ketika mak aku sedang berbual..!

Ramaikah bilangan kanak2 yang seperti ini di luar sana..kalau ramai..adui..tak dapat nak bayangkan masa depan kita nanti, mungkinkah bila aku dah tua aku akan dibanjiri dengan manusia2 yg biadap macam ni...?

Kepada guru-guru sekelian..kami faham, tugas guru skrg kian memberat. Tapi di zaman yg serba mencabar ini, sudilah kiranya para guru mencurahkan bakti yg lebih sikit dari kebiasaanya..kalau nampak apa yg tak kena, carilah jalan untuk menegur utk kebaikan bersama...kebijaksanaan dan kepakaran anda amat kami hargai...

Saturday, May 16, 2009

Are ou looking for female swimming instructor?

Akhirnya....tamatlah 10 kelas renangku. First class bulan February hari tu, setiap jumaat 10am..tolak cuti, tolak waktu2 "bulan mengambang" akhirnya habis lah jugak sessi belajar berenang. Aku pun tak tahulah apa yg aku fikir, tiba-tiba je, satu hari tu aku terasa nak belajar berenang. Sebelum ni ada gak terfikir, tapi macam2 alasan aku bagi kat diri aku sendiri...takde kolamlah, takde instructor lah, takde swimming suit lah...macam-macam. Tp semenjak berpindah ke Goodyear court 10 ni, di mana kolam renangnya terletak di hadapan bijik mata..maka berkobar-kobarlah semangat aku nak belajar berenang.

Kalau sebelum ni aku berenang ala2 kucing kelemasan, menggelepar tak tentu pasal..skrg ni..bolehlah ..berenang cara berhemah! Mula-mula tu, jenuh jugak aku nak cari swimming instructor, nak cari yg lelaki..malu..dgn bentuk badan yg sangat "menggiurkan" ni..heheh, nak pergi swimming class kat luar..hmm..malas..so aku pun nekad nak cari private swimming instructor..(pergh..cam bagus je bunyiknya..). Di era Google ni,senang aje nak mencari maklumat, type saja apa yg nak di cari di ruangan SEARCH, sekejap lagi keluarlah macam2 info yng berkaitan dan yg tak berkaitan...tapi masaklahnya nak mencari private swimming instructor, female, preferebly malay, dgn ongkos yg boleh dirunding..memang susah..macam mencari contact lense dalam air kolam..huhuhu..

Berhari2 jugak aku Search for female malay swimming instructor...kalau ada yg chinese mahal nak mampos..RM100 per class..10 kelas??? taknye RM1000, baik beli handbag Coach! Kalau ada yg murah pulak, kita kena pergi tempat dia, bukannya dia nak pergi tempat kita...leceh..akhirnya..aku jumpa di portal Hotsfrog sorang instructor ni..Namanya Maz, muda lagi orgnya, graduate law school Uitm, tp katanya malas nak practise law..so baik lagi ajar berenang. Maz ni cool je orangnya, dia tak push sgt,kalau dah tengok aku termengah-mengah..dia akan kata.."releks je, bila dah ready baru kita start.."Yg penting, kosnya sangat2lah berpatutan..dah lah sanggup datang ke kolam renang apartment aku nih.

Bermula dengan latihan pernafasan, ke latihan technical n practical breastroke, then free style..dan akhirnya dive n terjun..pergh..seronok! Kelas Dive yg paling seronok...seronoknya part bila kita boleh swimm sampai ke dasar kolam...kalau dari dulu aku pandai berenang, takde lah aku jadi mangsa lemas kat Lubuk Sg Pahang kat rumah tok aku dulu..nasib baik Mak Uda sempat selamatkan aku..kalau tak..tak sempatlah aku nak tulis entry nih..heheheh


Walaupun kalau nak dibandingkan aku dgn si Michael Phelps tu..ibaratnya bagai..hmmm...Langit ke tujuh dengan kerak bumi/nasik...tapi at least aku retilah berenang...takdelah setakat menguak2 air di pinggiran kolam..satu lagi, berenang ni good exercise...tak seteruk jogging n panjat2 tangga yg menyebabkan kesakitan lutut..berenang ni macam cool jer...ceh..tapi mengah jugak lah..


Sesapa yg berniat nak belajar swimming boleh call MAZ di 0162758186. Ongkosnya bermula dari RM150 ke atas, bergantung kepada lokasi. Maz jugak ada menawarkan kelas di public pool seperti kat shah alam n Pantai Dalam...

Friday, May 15, 2009

Mari Belajar Bermain............ Gitar!!

Hmmm...ada org tanya aku, macam mana aku mula minat belajar main gitar? Ada org cakap aku dah buang tebiat ..tetiba jer nak belajar main gitar...ada org menyokong aku, ada jugaklah suara2 sumbang...Tak kisahlah, dr aku di sekolah menengah sebenarnya..aku dah berminat nak belajar main gitar, lebih2 lagi bila tengok adik lelaki aku yg masa tu sekolah kat RMC pandai main gitar sikit-sikit.

My guitar....(Beli kat Sunway Pyramid...duit sendiri tau!!)

Masa kat Uitm, aku dikelilingi oleh jejaka2 classmate aku yg belajar takde lah berapa pandai (Ngelentong je kerjanya..!!) tp bab-bab menyanyi n main gitar..memang terror...kalau kami tak grad, maybe kitorang akan tubuhkan satu kumpulan musik dan merantau ke LA menjadi pemain musik..(sampai sudah tak pergi LA..sakan jual bunga nak kumpul duit, konon....)...Nasir, Zul, Kachang, Pak Non..set-set suara yg sedap..Jasman, farami, Hazil (lakinya si Nadia Mustafar..ala pelakon tuh..), LokLaq, set2 yg terror main gitar..kami pompuan2 ni..setakat suara latar jer le..

Di tambah pulak dengan latar belakang keluarga..mak aku pon pandai nyanyi, dolu2 dia pernah nyanyi denagn Ahmad Jais..skrg ni..dia mengaji dah aje..Bopren aku plak (laki aku lah..) pun pandai gak main gitar, sekejap jer dia belajar masa cuti semester part 2 nak masuk part 3..tup2 bukak semester dia ckp dia dah pandai main gitar, adik2 ipar aku pun terror main gitar..yang pompuan2nya suara lunak merdu sungguh terutamanya adik bongsu jay si lily sufy ( http://sufy-destiny.blogspot.com/)....dah berapa kali menang pertandingan menyanyi dan mengaji...huhhuuh...kalau masuk AF tu..dijamin pergi final, sekorang2nya..tapi dia org ni pemalu yang amat...kalau balik raya ke Sabah, mesti ada karaoke..teringat kat Pakcik Maidin, bapak sedara jay..yg soka sangat berkaraoke lagu Dusun kat rumah orang kawin..huhuhuhu..

Sapa-sapa yang teringin nak belajar main gitar tapi tak tahu nak mula kat mana..senang je..mula-mula, belilah sebijik gitar...yg Kapok Brand tu below RM100 boleh dapat...kalau tak pun ada mcm2 brand lagi sekitar RM150 - RM riban-riban..(yg dibuat dr kayu pokok hapa tah..)



Buku Panduan Bermain Gitar..Jay punya, dibeli pada tahun 1995...lama tuh...!

Then, sila potong kuku..kuku tangan kiri especially. So bila tekan tali gitar tu tak dalah tersangkut kat kuku, dan senang sikit nak menggerak2kan jari dari satu tali ke satu tali dan dari satu fret ke satu fret...

Kemudian, boleh lah belajar chord2 basic macam A,B,C,D,E,F,G..macam mana nak belajar?? Boleh layari website-website cara-cara nak belajar bermain gitar yang banyak bersepah...siap ada cara2 nak strum dan dgn videonya sekali.

Buku Latihan..siap salin tu..dah ink printer takdek!!

Bila dah rasa dah hafal basik chord tu..bolehlah try main beberapa lagu yg senang seperti lagu Zombi, Lagu Pudar dr Rossa, lagu T-shirt dr Shontelle, lagu Berdua Pasti Lebih Baik dr Acha (Buah!) Septriasa, Chord-chord lagu ni semua boleh dicari di laman2 web..taip jer chord lagu..(tajuk) (nama Penyanyi)..jumpa lah nanti.

Cabaran utama bila belajar main gitar ini ialah kesakitan di hujung2 jari tangan kiri yang selalu digunakan untuk tekan2 tali gitar...tapi try lah bungkus jari jemari tu dengan selotep kertas. Lama kelamaan, bahagian hujung jari tu dah makin keras sikit..so dah tak sakit tapi dia mungkin akan menggelupas sikit..macam jari aku sekrang nih!

Kalau ada kawan/bopren/suami yang pandai..bolehlah mintak tunjuk ajar...Sib baik Enche Jay ni tak kedekut ilmu...so bolehlah dia menunjuk ajar dan menunjukkan keterorrannya kepada aku..huhuhu.

Bila dah terror dgn chord asas..try lah explore chord2 major n minor...semua pun boleh dicari kat web, dan boleh lah try lagu Aku Lebih Tahu dari Mila, Hanya Kau Yang mampu dr Aizat..Kujuga Mencentai Dirimu dr Saiful...dan terus mencoba dan coba.

Gitar Idaman..yg warna pink tuh...huhuhuhu!

Buat setakat masa ni, aku masih lagi belajar..cabaran aku sekarang ialah nak mempercepatkan jari jemari aku ni bila nak tukar dari satu chord ke chord lain...

Of course..kalau kita mahu..semua pun menjadi..kalau tak mahu..main kompang pun tak Jadi..!! Selamat Belajar...

Wednesday, May 13, 2009

Jalan-jalan ke Balai Seni Lukis Negara

Jumaat minggu lalu, aku rasa macam keboringan yang amat...pagi-pagi aku bangun dan aku tanya diri aku.."apalah benda yang aku nak buat hari 'ni.." Tiba-tiba semangat free spirit aku ni..dtg dan memberitahu aku..apa kata hari ni ko pergi jalan KL sorang diri..aku pun SMS Jay, mintak izin dan dah dapat green light aku pun chow lah. Yg bestnya, aku naik bas...dr USJ ke Bas Stand Klang (wujud lagi rupanya tempat tu).

Dah lama aku tak naik bas mcm tu, selalunya, asal nak berjalan start je enjin kereta. So rasa mcm keterujaan yang amat bila dapat naik bas..Ya Rabbi..rupa-rupanya naik bas zaman sekarang berbeza dari zaman to nek masa aku kat Uitm Shah Alam..dalam bas penuh dengan Bangla,Indon dan Pakistan je..kalau ada Melayu pun, mungkin budak sekolah atau student college. Sampai kat Bus Stand Klang, aku jalan kaki sikit ke CM dan naik Teksi dr situ ke Balai Seni Lukis Negara...huhuhhuu akhirnya sampai lah jugak kaki aku ke situ..bertahun2 duduk di KL ni lah 1st time yang pertama kalinya aku sampai ke BSLN.

BSLN Lengang-selengangnya. Aku rasa maybe sebab hari tu hari Jumaat, pelawat tak ramai sbb ramai org bekerja. Sesampai je aku kat tangga, ada seorang perempuan tanya aku "Ya dik, boleh saya tolong." Syok betul dengar org panggil aku adik..padahal aku rasa aku lebih tua dari dia..aku pun bertanyakan perempuan tu apa pameran yg sedang berlangsung sekarang dan sebagainya. Ooo..rupa2nya byk pameran yg ada..macam-macam dan tak semestinya pameran lukisan sahaja.Mula-mula aku pergi melawat pameran Our World Your Move, pameran photography gambar-gambar mangsa peperangan dan penganiayaan yang berlaku di seluruh dunia. Pada setiap gambar, ada ditulis cerita ringkas mengenai gambar terbabit..ada satu tu sgt merengsakan hati dan perasaan aku.

Cerita seorang wanita di Ghana atau mana tah..aku pun dah lupa, yg ketika ini tinggal di rumah sakit jiwa, dia selalu menyanyi dan bertepuk tangan..tapi bukan sebab dia gembira. Pada suatu ketika, rumahnya pernah diceroboh oleh pengganas, pengganas memintanya menyanyi dan bertepuk tangan dan ketika dia menyanyi lakinya disembelih hidup2 dan anaknya yg berusia 12 tahun dirogol sehingga mati! Manalah tak gila perempuan tu..Ada lagi gambar seorang perempuan yang mendukung anak dgn tangan sebelahnya kudung. Pada suatu masa dulu, rumahnya dibom pengganas ketika dia menyusukan anaknya...! dan macam-macam cerita sedih lagi yang buatkan aku bersyukur...hidup di malaysia..

Kemudian aku pergi melawat pameran lain yang bertajuk Separuh Masa...lebih kurang la..aku tak ingatlah..nyanyuk dah aku ni..kat sini aku dengan selambanya mengambil gambar2 lukisan yg dipamerkan sebelum security guard tu tegur aku "Dik, tak bleh ambik gambar kat sini.." aku pun rasa syok sekali lagi sebab dia panggil aku 'adik' huhuhu.
Sapa lah nak simpan Arca mcm ni kat rumah..SERAMMM
Gambar ni bertajuk MENUNGGU SUAMI PULANG...Tingkap tu real punya tau..bukan lukisan..
Teringat zaman kecik2 dulu..main tarik upih pinag..sakit tangan oo..
Gambar ni bertajuk HARI JUMAAT

Kemudian aku pergi ke pameran lukisan batik. Aku ingatkan lukisan ni berkenaan corak2 batik mcm corak kain batik, kaftan batik dsb tapi aku tersasar..rupa2nya pelukisnya yg berasal dari China tetapi dah berhijrah ke malaysia dari zaman tok kaduk dulu menggunakan teknik seperti membuat batik utk melukis gambar2 yg aku rasakan sgt unik dan bercirikan kemalaysiaan..seperti biasa..aku pun dah lupa nama pelukis tu..tapi ..memang menarik n cantik..lukis gambar lembu guna teknik canting batik..unik apa!

Then aku pergi ke pameran suara palestin..huhuhuhu...ada lukisan dr anak2 palestin dipamirkan di sini bersama lukisan2 lain yg membantah tindakan rejim Zionis dan sekutunya..

Aku rasa kalau korang ada masa..pergilah ke BSLN..dah lah free, tak yah bayar tak ramai org...korang boleh tenung lukisan tu selama mana korang nak selagi tak pening, takde sapa heran..




Habis melawat BSLN aku ke Galeri Petronas, sama jugak free dan satu pengalaman yang menenangkan pikirin..tapi yg syoknya..dri BSLN ke KLCC aku naik cab...uncle cab tu tanya aku..adik sekarang belajar mana...huiyooo dia ingat aku studen lagi..ni yg best nih! tapi aku tak tipu dia..aku mengaku je..aku dah kerja ada anak dua...

BSLN and pakcik teksi tu really make my day lah...!!

Tuesday, May 12, 2009

MIKHAIL

Minggu ni minggu yg membosankan. Kerja amatlah tak banyaknya. Aku asyik melengung ke kiri, melengung ke kanan..sighh...Hari Jumaat lepas, punyalah boring..aku pun merayau ke Balai Seni Lukis Negara and Galeri Petronas. Oi! Syoknye..Walaupun aku ni setakat reti lukis orang lidi saja tapi aku rasa aku pandailah juga menghargai lukisan dan hasil seni....

Aku ada tangkap gambar2 yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara sebelum security guard cakap "adik! tak boleh ambik gambar ye..". Naib baik dia panggil aku adik..so takdelah nak marah..heheheh

Nanti aku akan loadkan gambar2 tuh..insya allah minggu nih.

Lepas tu, merayau2 di KINOKUNIYA..tempat tu memanglah best utk org yang ada byk masa mcm aku nih..akhirnya..aku pun belilah buku MIKHAIL karya Abg Pek..hajat hati konon-konon nak ambik yg free siap autograp dr dia...tp..takde masa nak pergi rumahnya, lebih2 lagi dia sekeluarga pun asyik sibuk...kak amy pun kata, dia n anaknya si abg Udin pun sibuk...

takpe lah..yg penting buku ni dah menyelamatkan aku dr keboringan tahap melampau..kat opis ni. Kalau kat rumah boleh juga lah aku practise menjahanamkan kan lagu Aku Lebih Tahu,Pudar serta Love Story...

Sesapa yg rasa boring amat mcm aku..atau pun just nak refreshkan otak..pergilah beli buku2 Ramlee Awang Murshid...tapi dlm byk2 buku tu Satu Janji tetap my favourite....heheheh (Abg Pek..saya promote ni..jgn lupa belanja nasik ayam kat kajang tuh....)

Monday, May 4, 2009

Once upon a time..when I was thin...

Huhuhu..balik kuantan, sempatlah jugak korek gambar2 lama nih, zaman2 kat SMTA..Ya Allah Ya Karim..seronoknyer lah hidup masa tuh...maaflah, gambar2 ni kualitinya tak berapa bagus...scanner takde so aku snap jer balik..tatapilah..waajah2 aku yg pernah kurus suatu masa dulu...


Ni gambar masa form 5 Gamma, cikgu kelas..Pn Norhaimi (rasa2nya). Kelas aku ni dari pintu ke langsir ke notice board kat belakang..semuanya kuninggg....Pn Norhaimi pun selalu pakai baju kurung kuning.....aku duduk kat depan sebab aku jadi AJK BM, Monawati tu Bendahari..kutip duit je kerjanya...Lin Chin Hwa..amoi tinggi lampai duduk sebelah Pn Norhaimi tu dah jadi mendiang dah pun...


Ni gambar Kadet Laut..pergh!..Zaman2 tu sapa masuk Kadet Laut cam bagus jer..


Hehe...gambar aku dengan Kamariah Ramli..kamilah 'jejaka" paling hensem kat girl school tu dok berlakon cerita sumpah semerah padi...satu lagi tu gambar aku ngan Yong menari lagu Frankie..o...frankie..do you remember me..frankie...zaman2 form 2!



Ni gambar masa form 3...sakan!! manalah perginya Along dan Jue, lost kontek dah...Azuraini tu ada jugak jumpa dia kat Kuantan Parade few years back, Nani Ahmad tu ada kat FB.


Aku tak hengat pun yg aku pernah menang main hoki...!!


Gambar masa form 2 Dahlia kat SMTA, nama cikgu tu..ermmm Haslina, Roslina,.tah hapa tah..garang yang amat. Ajar Math pulak tuh..takut betul kat dia..pernah satu hari disebabkan terlalu takut nak jumpa dia, kami pergi mandi hujan lepas tu basah2 kuyup duduk bawah kipas..konon2 supaya demam, so tak yag pergi sekolah...tapinya Harammmm!..tak demam pon.


Ahli bilik Alpha 1988..Paling aku ingat Kak Long and Kak Aziah dr Kg GUNUNG SENYUM..katil tepi surau, bila kami dok melepak sama2..mesti orang kat surau ketuk dinding kami..sbb kami bising sgt...masa aku form 2, kak aziah n kak long tu dah form 5, kak aziah tu mata kecik je..rockers gila!