Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU!


LANGIT TERANG BEDERANG DI SUNWAY

Terlebih dahulu, aku nak ambik peluang ni untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 sedonia terutama kepada guru2 aku dulu:

1) Cikgu Siti Fatimah - TABIKA KEMAS PAYA BESAR - 80
2) Cikgu ZAINUN - SK Batu Tiga Kuantan 81-82
3) Cikgu SITI FATIMAH, CIKGU ROSLAN TAIB, CIKGU MAJID BIN LONG, CIKGU JAAFIR, dan semua cikgu yg mengajar di SK Permatang Badak dri 1983-1986
4) Cikgu Faridah Kazi, Cikgu Faridah Yahya, Mrs Lai, Ms Phua, Mrs Phua, Mrs Ong, Mr Lam, Cikgu Norhaimi, Cikgu Norehan, Cikgu Maheran, Cikgu SIti Kadel Laut, dan semua cigu2 SMTA 1987-1991
5) Ms Chan, ..alamak tak ingat lah..(apa punya anak murid!) Cikgu Baizura (cikgu yg suruh aku berdiri dlm kelas..dah tingkatan 6 pun nak kena berdiri!), san cigu2 di SM Alor Akar 1992-1993
6) Puan Rosni, En Ismail Sudin, En Adnan, Puan Parween, Ustaz dan Ustazah, En Meor (Mejeremen- Measurement!), dan semua lecturer2 Fakulti Komunikasi Massa terutamanya lectiurer2 kelas MC 14 / Advertising 1994-1997, termasuk Mrs Rosalind..lecturer masa buat Pre-Dip -Uitm Lendu..July 1994


SENJA AT USJ - GAMBAR DI AMBIL DARI TINGKAP BILIK APARTMENT

Kepada semuanya saya nak ucapkan Terima Kasih Cikgu...Mintak maaf..halalkan ilmu yg saya dapat, saya mengaku ada kalanya saya jahat..huhuhu terutama kasa kat Uitm...Jasa cikgu akan saya kenang! Sebab cikgulah saya jadik orang skrg ni..

Merujuk kepasa sambutan hari guru nih, aku nak citer sikit pengalaman kami sekeluarga membeli barang dapur di Carefour Alamanda...di celah-celah keramaian manusia berpusu-pusu membeli barang. aku nampak seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 9-10 tahun, marah-marah lalu menempelak seorang dewasa yg ada bersama dengannya dengan kata2 "Oi! Pekak ke aku kata aku nak Koko Crunch!" lalu, si dewasa tersebutr mengambilnya, dan meletakkannya ke dalam troli..tanpa sebarang kata, mungkin juga dia terasa aku dan beberapa org lain sedang memerhati dgn mata terbeliak!

Macam mana budak kecik mcm tu boleh kata org dewasa pekak di kalayak ramai. Waima tak di khalayak ramai pun seorang budak kecik tak sepatutnya nak menutur kan kata2 sekeras itu...Aku rasa macam tak percaya apa yg aku dengar! Dalam kes seperti ini, siapakah yg bersalah..ibu bapanya, kaum keluarganya, guru2nya...! Sedih ada..nak bagi penampar pun ada..

Zaman2 aku kecik dulu..kalau buat perangai depan tetamu dtg ke rumah aje pun, akan dibalun dengan sekorang2nya penyapu bulu ayam yg dibuat dr rotan, atau pun hanger beraneka warna, ataupun batang penyapu gandum...inikan pulak di depan khalayak ramai mcm ni? Aku pernah kena kejar dgn mak aku, bersama sebatang penyapu sampai terpaksa menyorok di bawah rumah hanya kerana aku beria-ia nak makan tembikai ketika mak aku sedang berbual..!

Ramaikah bilangan kanak2 yang seperti ini di luar sana..kalau ramai..adui..tak dapat nak bayangkan masa depan kita nanti, mungkinkah bila aku dah tua aku akan dibanjiri dengan manusia2 yg biadap macam ni...?

Kepada guru-guru sekelian..kami faham, tugas guru skrg kian memberat. Tapi di zaman yg serba mencabar ini, sudilah kiranya para guru mencurahkan bakti yg lebih sikit dari kebiasaanya..kalau nampak apa yg tak kena, carilah jalan untuk menegur utk kebaikan bersama...kebijaksanaan dan kepakaran anda amat kami hargai...

1 comment:

S.YanaZ said...

Salam.
Nani,
mana satu blog hg yg sentiasa hapdett, gua mao signnn...