Wednesday, May 13, 2009

Jalan-jalan ke Balai Seni Lukis Negara

Jumaat minggu lalu, aku rasa macam keboringan yang amat...pagi-pagi aku bangun dan aku tanya diri aku.."apalah benda yang aku nak buat hari 'ni.." Tiba-tiba semangat free spirit aku ni..dtg dan memberitahu aku..apa kata hari ni ko pergi jalan KL sorang diri..aku pun SMS Jay, mintak izin dan dah dapat green light aku pun chow lah. Yg bestnya, aku naik bas...dr USJ ke Bas Stand Klang (wujud lagi rupanya tempat tu).

Dah lama aku tak naik bas mcm tu, selalunya, asal nak berjalan start je enjin kereta. So rasa mcm keterujaan yang amat bila dapat naik bas..Ya Rabbi..rupa-rupanya naik bas zaman sekarang berbeza dari zaman to nek masa aku kat Uitm Shah Alam..dalam bas penuh dengan Bangla,Indon dan Pakistan je..kalau ada Melayu pun, mungkin budak sekolah atau student college. Sampai kat Bus Stand Klang, aku jalan kaki sikit ke CM dan naik Teksi dr situ ke Balai Seni Lukis Negara...huhuhhuu akhirnya sampai lah jugak kaki aku ke situ..bertahun2 duduk di KL ni lah 1st time yang pertama kalinya aku sampai ke BSLN.

BSLN Lengang-selengangnya. Aku rasa maybe sebab hari tu hari Jumaat, pelawat tak ramai sbb ramai org bekerja. Sesampai je aku kat tangga, ada seorang perempuan tanya aku "Ya dik, boleh saya tolong." Syok betul dengar org panggil aku adik..padahal aku rasa aku lebih tua dari dia..aku pun bertanyakan perempuan tu apa pameran yg sedang berlangsung sekarang dan sebagainya. Ooo..rupa2nya byk pameran yg ada..macam-macam dan tak semestinya pameran lukisan sahaja.Mula-mula aku pergi melawat pameran Our World Your Move, pameran photography gambar-gambar mangsa peperangan dan penganiayaan yang berlaku di seluruh dunia. Pada setiap gambar, ada ditulis cerita ringkas mengenai gambar terbabit..ada satu tu sgt merengsakan hati dan perasaan aku.

Cerita seorang wanita di Ghana atau mana tah..aku pun dah lupa, yg ketika ini tinggal di rumah sakit jiwa, dia selalu menyanyi dan bertepuk tangan..tapi bukan sebab dia gembira. Pada suatu ketika, rumahnya pernah diceroboh oleh pengganas, pengganas memintanya menyanyi dan bertepuk tangan dan ketika dia menyanyi lakinya disembelih hidup2 dan anaknya yg berusia 12 tahun dirogol sehingga mati! Manalah tak gila perempuan tu..Ada lagi gambar seorang perempuan yang mendukung anak dgn tangan sebelahnya kudung. Pada suatu masa dulu, rumahnya dibom pengganas ketika dia menyusukan anaknya...! dan macam-macam cerita sedih lagi yang buatkan aku bersyukur...hidup di malaysia..

Kemudian aku pergi melawat pameran lain yang bertajuk Separuh Masa...lebih kurang la..aku tak ingatlah..nyanyuk dah aku ni..kat sini aku dengan selambanya mengambil gambar2 lukisan yg dipamerkan sebelum security guard tu tegur aku "Dik, tak bleh ambik gambar kat sini.." aku pun rasa syok sekali lagi sebab dia panggil aku 'adik' huhuhu.
Sapa lah nak simpan Arca mcm ni kat rumah..SERAMMM
Gambar ni bertajuk MENUNGGU SUAMI PULANG...Tingkap tu real punya tau..bukan lukisan..
Teringat zaman kecik2 dulu..main tarik upih pinag..sakit tangan oo..
Gambar ni bertajuk HARI JUMAAT

Kemudian aku pergi ke pameran lukisan batik. Aku ingatkan lukisan ni berkenaan corak2 batik mcm corak kain batik, kaftan batik dsb tapi aku tersasar..rupa2nya pelukisnya yg berasal dari China tetapi dah berhijrah ke malaysia dari zaman tok kaduk dulu menggunakan teknik seperti membuat batik utk melukis gambar2 yg aku rasakan sgt unik dan bercirikan kemalaysiaan..seperti biasa..aku pun dah lupa nama pelukis tu..tapi ..memang menarik n cantik..lukis gambar lembu guna teknik canting batik..unik apa!

Then aku pergi ke pameran suara palestin..huhuhuhu...ada lukisan dr anak2 palestin dipamirkan di sini bersama lukisan2 lain yg membantah tindakan rejim Zionis dan sekutunya..

Aku rasa kalau korang ada masa..pergilah ke BSLN..dah lah free, tak yah bayar tak ramai org...korang boleh tenung lukisan tu selama mana korang nak selagi tak pening, takde sapa heran..




Habis melawat BSLN aku ke Galeri Petronas, sama jugak free dan satu pengalaman yang menenangkan pikirin..tapi yg syoknya..dri BSLN ke KLCC aku naik cab...uncle cab tu tanya aku..adik sekarang belajar mana...huiyooo dia ingat aku studen lagi..ni yg best nih! tapi aku tak tipu dia..aku mengaku je..aku dah kerja ada anak dua...

BSLN and pakcik teksi tu really make my day lah...!!

1 comment:

Sufy said...

waaahh..beshhh lar~boley jln2..hik3

kak, nanti sy kursus d kl..nanti bawa jln2 ar..huhuhu