Saturday, May 16, 2009

Are ou looking for female swimming instructor?

Akhirnya....tamatlah 10 kelas renangku. First class bulan February hari tu, setiap jumaat 10am..tolak cuti, tolak waktu2 "bulan mengambang" akhirnya habis lah jugak sessi belajar berenang. Aku pun tak tahulah apa yg aku fikir, tiba-tiba je, satu hari tu aku terasa nak belajar berenang. Sebelum ni ada gak terfikir, tapi macam2 alasan aku bagi kat diri aku sendiri...takde kolamlah, takde instructor lah, takde swimming suit lah...macam-macam. Tp semenjak berpindah ke Goodyear court 10 ni, di mana kolam renangnya terletak di hadapan bijik mata..maka berkobar-kobarlah semangat aku nak belajar berenang.

Kalau sebelum ni aku berenang ala2 kucing kelemasan, menggelepar tak tentu pasal..skrg ni..bolehlah ..berenang cara berhemah! Mula-mula tu, jenuh jugak aku nak cari swimming instructor, nak cari yg lelaki..malu..dgn bentuk badan yg sangat "menggiurkan" ni..heheh, nak pergi swimming class kat luar..hmm..malas..so aku pun nekad nak cari private swimming instructor..(pergh..cam bagus je bunyiknya..). Di era Google ni,senang aje nak mencari maklumat, type saja apa yg nak di cari di ruangan SEARCH, sekejap lagi keluarlah macam2 info yng berkaitan dan yg tak berkaitan...tapi masaklahnya nak mencari private swimming instructor, female, preferebly malay, dgn ongkos yg boleh dirunding..memang susah..macam mencari contact lense dalam air kolam..huhuhu..

Berhari2 jugak aku Search for female malay swimming instructor...kalau ada yg chinese mahal nak mampos..RM100 per class..10 kelas??? taknye RM1000, baik beli handbag Coach! Kalau ada yg murah pulak, kita kena pergi tempat dia, bukannya dia nak pergi tempat kita...leceh..akhirnya..aku jumpa di portal Hotsfrog sorang instructor ni..Namanya Maz, muda lagi orgnya, graduate law school Uitm, tp katanya malas nak practise law..so baik lagi ajar berenang. Maz ni cool je orangnya, dia tak push sgt,kalau dah tengok aku termengah-mengah..dia akan kata.."releks je, bila dah ready baru kita start.."Yg penting, kosnya sangat2lah berpatutan..dah lah sanggup datang ke kolam renang apartment aku nih.

Bermula dengan latihan pernafasan, ke latihan technical n practical breastroke, then free style..dan akhirnya dive n terjun..pergh..seronok! Kelas Dive yg paling seronok...seronoknya part bila kita boleh swimm sampai ke dasar kolam...kalau dari dulu aku pandai berenang, takde lah aku jadi mangsa lemas kat Lubuk Sg Pahang kat rumah tok aku dulu..nasib baik Mak Uda sempat selamatkan aku..kalau tak..tak sempatlah aku nak tulis entry nih..heheheh


Walaupun kalau nak dibandingkan aku dgn si Michael Phelps tu..ibaratnya bagai..hmmm...Langit ke tujuh dengan kerak bumi/nasik...tapi at least aku retilah berenang...takdelah setakat menguak2 air di pinggiran kolam..satu lagi, berenang ni good exercise...tak seteruk jogging n panjat2 tangga yg menyebabkan kesakitan lutut..berenang ni macam cool jer...ceh..tapi mengah jugak lah..


Sesapa yg berniat nak belajar swimming boleh call MAZ di 0162758186. Ongkosnya bermula dari RM150 ke atas, bergantung kepada lokasi. Maz jugak ada menawarkan kelas di public pool seperti kat shah alam n Pantai Dalam...

Friday, May 15, 2009

Mari Belajar Bermain............ Gitar!!

Hmmm...ada org tanya aku, macam mana aku mula minat belajar main gitar? Ada org cakap aku dah buang tebiat ..tetiba jer nak belajar main gitar...ada org menyokong aku, ada jugaklah suara2 sumbang...Tak kisahlah, dr aku di sekolah menengah sebenarnya..aku dah berminat nak belajar main gitar, lebih2 lagi bila tengok adik lelaki aku yg masa tu sekolah kat RMC pandai main gitar sikit-sikit.

My guitar....(Beli kat Sunway Pyramid...duit sendiri tau!!)

Masa kat Uitm, aku dikelilingi oleh jejaka2 classmate aku yg belajar takde lah berapa pandai (Ngelentong je kerjanya..!!) tp bab-bab menyanyi n main gitar..memang terror...kalau kami tak grad, maybe kitorang akan tubuhkan satu kumpulan musik dan merantau ke LA menjadi pemain musik..(sampai sudah tak pergi LA..sakan jual bunga nak kumpul duit, konon....)...Nasir, Zul, Kachang, Pak Non..set-set suara yg sedap..Jasman, farami, Hazil (lakinya si Nadia Mustafar..ala pelakon tuh..), LokLaq, set2 yg terror main gitar..kami pompuan2 ni..setakat suara latar jer le..

Di tambah pulak dengan latar belakang keluarga..mak aku pon pandai nyanyi, dolu2 dia pernah nyanyi denagn Ahmad Jais..skrg ni..dia mengaji dah aje..Bopren aku plak (laki aku lah..) pun pandai gak main gitar, sekejap jer dia belajar masa cuti semester part 2 nak masuk part 3..tup2 bukak semester dia ckp dia dah pandai main gitar, adik2 ipar aku pun terror main gitar..yang pompuan2nya suara lunak merdu sungguh terutamanya adik bongsu jay si lily sufy ( http://sufy-destiny.blogspot.com/)....dah berapa kali menang pertandingan menyanyi dan mengaji...huhhuuh...kalau masuk AF tu..dijamin pergi final, sekorang2nya..tapi dia org ni pemalu yang amat...kalau balik raya ke Sabah, mesti ada karaoke..teringat kat Pakcik Maidin, bapak sedara jay..yg soka sangat berkaraoke lagu Dusun kat rumah orang kawin..huhuhuhu..

Sapa-sapa yang teringin nak belajar main gitar tapi tak tahu nak mula kat mana..senang je..mula-mula, belilah sebijik gitar...yg Kapok Brand tu below RM100 boleh dapat...kalau tak pun ada mcm2 brand lagi sekitar RM150 - RM riban-riban..(yg dibuat dr kayu pokok hapa tah..)



Buku Panduan Bermain Gitar..Jay punya, dibeli pada tahun 1995...lama tuh...!

Then, sila potong kuku..kuku tangan kiri especially. So bila tekan tali gitar tu tak dalah tersangkut kat kuku, dan senang sikit nak menggerak2kan jari dari satu tali ke satu tali dan dari satu fret ke satu fret...

Kemudian, boleh lah belajar chord2 basic macam A,B,C,D,E,F,G..macam mana nak belajar?? Boleh layari website-website cara-cara nak belajar bermain gitar yang banyak bersepah...siap ada cara2 nak strum dan dgn videonya sekali.

Buku Latihan..siap salin tu..dah ink printer takdek!!

Bila dah rasa dah hafal basik chord tu..bolehlah try main beberapa lagu yg senang seperti lagu Zombi, Lagu Pudar dr Rossa, lagu T-shirt dr Shontelle, lagu Berdua Pasti Lebih Baik dr Acha (Buah!) Septriasa, Chord-chord lagu ni semua boleh dicari di laman2 web..taip jer chord lagu..(tajuk) (nama Penyanyi)..jumpa lah nanti.

Cabaran utama bila belajar main gitar ini ialah kesakitan di hujung2 jari tangan kiri yang selalu digunakan untuk tekan2 tali gitar...tapi try lah bungkus jari jemari tu dengan selotep kertas. Lama kelamaan, bahagian hujung jari tu dah makin keras sikit..so dah tak sakit tapi dia mungkin akan menggelupas sikit..macam jari aku sekrang nih!

Kalau ada kawan/bopren/suami yang pandai..bolehlah mintak tunjuk ajar...Sib baik Enche Jay ni tak kedekut ilmu...so bolehlah dia menunjuk ajar dan menunjukkan keterorrannya kepada aku..huhuhu.

Bila dah terror dgn chord asas..try lah explore chord2 major n minor...semua pun boleh dicari kat web, dan boleh lah try lagu Aku Lebih Tahu dari Mila, Hanya Kau Yang mampu dr Aizat..Kujuga Mencentai Dirimu dr Saiful...dan terus mencoba dan coba.

Gitar Idaman..yg warna pink tuh...huhuhuhu!

Buat setakat masa ni, aku masih lagi belajar..cabaran aku sekarang ialah nak mempercepatkan jari jemari aku ni bila nak tukar dari satu chord ke chord lain...

Of course..kalau kita mahu..semua pun menjadi..kalau tak mahu..main kompang pun tak Jadi..!! Selamat Belajar...

Wednesday, May 13, 2009

Jalan-jalan ke Balai Seni Lukis Negara

Jumaat minggu lalu, aku rasa macam keboringan yang amat...pagi-pagi aku bangun dan aku tanya diri aku.."apalah benda yang aku nak buat hari 'ni.." Tiba-tiba semangat free spirit aku ni..dtg dan memberitahu aku..apa kata hari ni ko pergi jalan KL sorang diri..aku pun SMS Jay, mintak izin dan dah dapat green light aku pun chow lah. Yg bestnya, aku naik bas...dr USJ ke Bas Stand Klang (wujud lagi rupanya tempat tu).

Dah lama aku tak naik bas mcm tu, selalunya, asal nak berjalan start je enjin kereta. So rasa mcm keterujaan yang amat bila dapat naik bas..Ya Rabbi..rupa-rupanya naik bas zaman sekarang berbeza dari zaman to nek masa aku kat Uitm Shah Alam..dalam bas penuh dengan Bangla,Indon dan Pakistan je..kalau ada Melayu pun, mungkin budak sekolah atau student college. Sampai kat Bus Stand Klang, aku jalan kaki sikit ke CM dan naik Teksi dr situ ke Balai Seni Lukis Negara...huhuhhuu akhirnya sampai lah jugak kaki aku ke situ..bertahun2 duduk di KL ni lah 1st time yang pertama kalinya aku sampai ke BSLN.

BSLN Lengang-selengangnya. Aku rasa maybe sebab hari tu hari Jumaat, pelawat tak ramai sbb ramai org bekerja. Sesampai je aku kat tangga, ada seorang perempuan tanya aku "Ya dik, boleh saya tolong." Syok betul dengar org panggil aku adik..padahal aku rasa aku lebih tua dari dia..aku pun bertanyakan perempuan tu apa pameran yg sedang berlangsung sekarang dan sebagainya. Ooo..rupa2nya byk pameran yg ada..macam-macam dan tak semestinya pameran lukisan sahaja.Mula-mula aku pergi melawat pameran Our World Your Move, pameran photography gambar-gambar mangsa peperangan dan penganiayaan yang berlaku di seluruh dunia. Pada setiap gambar, ada ditulis cerita ringkas mengenai gambar terbabit..ada satu tu sgt merengsakan hati dan perasaan aku.

Cerita seorang wanita di Ghana atau mana tah..aku pun dah lupa, yg ketika ini tinggal di rumah sakit jiwa, dia selalu menyanyi dan bertepuk tangan..tapi bukan sebab dia gembira. Pada suatu ketika, rumahnya pernah diceroboh oleh pengganas, pengganas memintanya menyanyi dan bertepuk tangan dan ketika dia menyanyi lakinya disembelih hidup2 dan anaknya yg berusia 12 tahun dirogol sehingga mati! Manalah tak gila perempuan tu..Ada lagi gambar seorang perempuan yang mendukung anak dgn tangan sebelahnya kudung. Pada suatu masa dulu, rumahnya dibom pengganas ketika dia menyusukan anaknya...! dan macam-macam cerita sedih lagi yang buatkan aku bersyukur...hidup di malaysia..

Kemudian aku pergi melawat pameran lain yang bertajuk Separuh Masa...lebih kurang la..aku tak ingatlah..nyanyuk dah aku ni..kat sini aku dengan selambanya mengambil gambar2 lukisan yg dipamerkan sebelum security guard tu tegur aku "Dik, tak bleh ambik gambar kat sini.." aku pun rasa syok sekali lagi sebab dia panggil aku 'adik' huhuhu.
Sapa lah nak simpan Arca mcm ni kat rumah..SERAMMM
Gambar ni bertajuk MENUNGGU SUAMI PULANG...Tingkap tu real punya tau..bukan lukisan..
Teringat zaman kecik2 dulu..main tarik upih pinag..sakit tangan oo..
Gambar ni bertajuk HARI JUMAAT

Kemudian aku pergi ke pameran lukisan batik. Aku ingatkan lukisan ni berkenaan corak2 batik mcm corak kain batik, kaftan batik dsb tapi aku tersasar..rupa2nya pelukisnya yg berasal dari China tetapi dah berhijrah ke malaysia dari zaman tok kaduk dulu menggunakan teknik seperti membuat batik utk melukis gambar2 yg aku rasakan sgt unik dan bercirikan kemalaysiaan..seperti biasa..aku pun dah lupa nama pelukis tu..tapi ..memang menarik n cantik..lukis gambar lembu guna teknik canting batik..unik apa!

Then aku pergi ke pameran suara palestin..huhuhuhu...ada lukisan dr anak2 palestin dipamirkan di sini bersama lukisan2 lain yg membantah tindakan rejim Zionis dan sekutunya..

Aku rasa kalau korang ada masa..pergilah ke BSLN..dah lah free, tak yah bayar tak ramai org...korang boleh tenung lukisan tu selama mana korang nak selagi tak pening, takde sapa heran..




Habis melawat BSLN aku ke Galeri Petronas, sama jugak free dan satu pengalaman yang menenangkan pikirin..tapi yg syoknya..dri BSLN ke KLCC aku naik cab...uncle cab tu tanya aku..adik sekarang belajar mana...huiyooo dia ingat aku studen lagi..ni yg best nih! tapi aku tak tipu dia..aku mengaku je..aku dah kerja ada anak dua...

BSLN and pakcik teksi tu really make my day lah...!!

Tuesday, May 12, 2009

MIKHAIL

Minggu ni minggu yg membosankan. Kerja amatlah tak banyaknya. Aku asyik melengung ke kiri, melengung ke kanan..sighh...Hari Jumaat lepas, punyalah boring..aku pun merayau ke Balai Seni Lukis Negara and Galeri Petronas. Oi! Syoknye..Walaupun aku ni setakat reti lukis orang lidi saja tapi aku rasa aku pandailah juga menghargai lukisan dan hasil seni....

Aku ada tangkap gambar2 yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara sebelum security guard cakap "adik! tak boleh ambik gambar ye..". Naib baik dia panggil aku adik..so takdelah nak marah..heheheh

Nanti aku akan loadkan gambar2 tuh..insya allah minggu nih.

Lepas tu, merayau2 di KINOKUNIYA..tempat tu memanglah best utk org yang ada byk masa mcm aku nih..akhirnya..aku pun belilah buku MIKHAIL karya Abg Pek..hajat hati konon-konon nak ambik yg free siap autograp dr dia...tp..takde masa nak pergi rumahnya, lebih2 lagi dia sekeluarga pun asyik sibuk...kak amy pun kata, dia n anaknya si abg Udin pun sibuk...

takpe lah..yg penting buku ni dah menyelamatkan aku dr keboringan tahap melampau..kat opis ni. Kalau kat rumah boleh juga lah aku practise menjahanamkan kan lagu Aku Lebih Tahu,Pudar serta Love Story...

Sesapa yg rasa boring amat mcm aku..atau pun just nak refreshkan otak..pergilah beli buku2 Ramlee Awang Murshid...tapi dlm byk2 buku tu Satu Janji tetap my favourite....heheheh (Abg Pek..saya promote ni..jgn lupa belanja nasik ayam kat kajang tuh....)

Monday, May 4, 2009

Once upon a time..when I was thin...

Huhuhu..balik kuantan, sempatlah jugak korek gambar2 lama nih, zaman2 kat SMTA..Ya Allah Ya Karim..seronoknyer lah hidup masa tuh...maaflah, gambar2 ni kualitinya tak berapa bagus...scanner takde so aku snap jer balik..tatapilah..waajah2 aku yg pernah kurus suatu masa dulu...


Ni gambar masa form 5 Gamma, cikgu kelas..Pn Norhaimi (rasa2nya). Kelas aku ni dari pintu ke langsir ke notice board kat belakang..semuanya kuninggg....Pn Norhaimi pun selalu pakai baju kurung kuning.....aku duduk kat depan sebab aku jadi AJK BM, Monawati tu Bendahari..kutip duit je kerjanya...Lin Chin Hwa..amoi tinggi lampai duduk sebelah Pn Norhaimi tu dah jadi mendiang dah pun...


Ni gambar Kadet Laut..pergh!..Zaman2 tu sapa masuk Kadet Laut cam bagus jer..


Hehe...gambar aku dengan Kamariah Ramli..kamilah 'jejaka" paling hensem kat girl school tu dok berlakon cerita sumpah semerah padi...satu lagi tu gambar aku ngan Yong menari lagu Frankie..o...frankie..do you remember me..frankie...zaman2 form 2!



Ni gambar masa form 3...sakan!! manalah perginya Along dan Jue, lost kontek dah...Azuraini tu ada jugak jumpa dia kat Kuantan Parade few years back, Nani Ahmad tu ada kat FB.


Aku tak hengat pun yg aku pernah menang main hoki...!!


Gambar masa form 2 Dahlia kat SMTA, nama cikgu tu..ermmm Haslina, Roslina,.tah hapa tah..garang yang amat. Ajar Math pulak tuh..takut betul kat dia..pernah satu hari disebabkan terlalu takut nak jumpa dia, kami pergi mandi hujan lepas tu basah2 kuyup duduk bawah kipas..konon2 supaya demam, so tak yag pergi sekolah...tapinya Harammmm!..tak demam pon.


Ahli bilik Alpha 1988..Paling aku ingat Kak Long and Kak Aziah dr Kg GUNUNG SENYUM..katil tepi surau, bila kami dok melepak sama2..mesti orang kat surau ketuk dinding kami..sbb kami bising sgt...masa aku form 2, kak aziah n kak long tu dah form 5, kak aziah tu mata kecik je..rockers gila!

Ayah Dan Ibu...




Pagi Jumaat 1st May, kami berangkat ke kuantan. Mcm biasa Jay akan cakap.."Sesudah subuh kita akan jalan.." tapi hmmm..dekat2 pukul 8 jugak kami bertolak. Mula-mula aku pikir mcm tak nak balik kuantan, hajat hati nak juga ziarah mak2 sedara Jay yg ramai di KL ni, tapi sbb adik aku cakap abah kena kencing manis, kami pun decided nak balik.



Alhamdulillah, perjalanan lancar..taklak seteruk balik raya aidilfitri atau Chinese New Year. Sampai2 kat Permatang Badak tu, tgk abah aku kurus sikit dari selalu...muka pun moyok je...mak aku pun apa lagi, bercerita..."manalah abah tu tak dapat kencing manis, lepas subuh kat surau minum kopi, pukul 10 kang lepak kat kedai pakcik saharani lagi, lepas tu beli Cola Radix lah..itulah inilah, kalau boring2 lepas Isyak dia pergi makan kat kedai Man.."



Hmm...abah..abah...tak bleh lah mcm tu oi...kalau rajin bersenam takpe lah jugak.,ni asyik dok menghadap game Pokemon tu..nasib baik internet dah takdak..kalau tak...dok menghadap segala online newspaper pulak...Mak tu, walaupun dia selalu sakit2 sendi, lututlah, bahu lah tapi dia byk buat kerja, angkat pasu yg ini, letak kat sana, angkat pasu sana letak kat sini..dia memang tak boleh duduk diam..kalau diam2 sama ada dia akan tido, mengaji atau tengah jahit baju kurung kedah dia...Lagipoun mak rajin puasa...makan pun roti ajer..abah!! hmm..udang lah,sotong lah, ikan tenggiri lah kari, masak lemak kuah banjir. Tu semua makanan ruji dia..



Mak ckp, abah sakit seminggu menegluhnya mcm org sakit bertahun...itu tak betul, ini tak kena macam2. Mak cakap tak tahulah kalau kena sakit teruk sampai masuk spital..macam manalah agaknya? Hari Sabtu, Jay bawak abah n mak pergi cek darah lagi kat Klinik Sakinah Sungai Isap, kencing manis abah dah turun dah..mungkin agaknya dgn izin allah sebab minum air misai kucing yg mak rebus. Yg bagus tu, lepas kencing manis dah turun..mulalah dia dok imagine nak makan mcm2. Petang tu pulak pekan sari gilang gemilang kat Sg Isap...hmm..mulalah tak hengat. Aku beli Sata kecik mentot RM2 - 3 bijik, aku cakap kat abah makan 1 je..dia tibai 3 agaknya, sama jugak dgn mi kasar goreng, orang cakap jamah je..dia tibai sebungkus..dah tu macam mana?



Hari Ahad kami balik KL, emak siap bekalkan kami ikan patin masak tempoyak, ikan patin masak lemak n ikan patin goreng..aku beli kat Pekan Sari Sg Isap..3 ekor RM19..ok aper? Dah lah ikan patin ternak kat Sg Pahang, jauh berbeza kesedapannya dengan ikan patin kat GIANT..huhuuhu...



Terima Ksihlah kat mak n abah...bak kata kak sakinah kassim kat FB, makanlah apa yg mak masak tu, sementara dia larat nak masak,.huhuhu

P/S: Gambar2 adalah real, kepunyaan mak..yg dijaga bagai nak rak..dapat kat aku, sepokok pandan pun boleh mampus...

Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday Juanna




CHOCOLATE MOIST CAKE..SEDAP YG AMAT! SAPA NAK ORDER CALL ROZIAH 0136935270

Hari 'ni birthday Nana yang ke-9. Sekejap je rasanya, dah besar panjang dah anak sulung aku. Teringat 9 tahun dulu hari aku nak terberanak kat dia. Hari tu jugaklah si Maroha kahwin, kawan2 tgh sakan kenduri rumah roha kat bagan datok, aku tgh meneran kat hospital besar kuantan. Ingat lagi, pagi2 subuh tu tengah tidur tiba2 aku rasa kain aku basah, aku kejut Jay, aku kata kat dia "Bang.bang..saya terkencing!" Jay meraba-raba dalam kesamaran lampu tidur. "Ini bukan air kencing 'ni yang, water bag pecah ni!" Dia lagi arif dari aku! Mulalah aku start contraction. Sakit Wooo..!

Sehari sebelum sakit, kami balik kuantan. Masa tu kami takde keter lagi, kami sewa bilik je kat damansara, Jay pergi opis jalan kaki, sbb dekat, aku naik cab atau bas..sbb opis kat TTDI. Kami balik ke kuantan untuk bersalin pun atas bantuan Office mate Jay (sapa nama mamat tu bang...). Sepanjang balik ke kuantan (masa tu ikut jalan lama, LPT tak wujud lagi) aku berdoa supaya jgn terberanak dlm keter kancil biru tu. Ya lah karak higway tu byk lobang-lobang dan bengkang bengkuk...baik je aku sampai petang tu, pagi esoknya waterbag aku pecah.

Abah aku pun takde keter, ada motor je..jadi bila aku dah sakit bapak aku n Jay pun pergilah ke Klinik Desa Permatang Badak untuk memanggil bidan..yang peliknya..sekejap lepas tu abah aku balik, abah aku panggil mak aku "Zah!.Zah! klinik dah roboh!..heheheh abah aku dah panik. Klinik Desa tu bukannya roboh tp dia org tgh renovate besar-besaran. Akibatnya bapak aku pun call ambulance, ambulance tu pulak datang siap dengan sirennye ...macam nak selamatkan org sakit jantung je..

Dalam pukul 9 pagi aku masuk wad. Suami aku menemani aku sampailah waktu aku beranak. Syabas lah kat Jay yg berani masuk teman aku beranak. Masa tu sakit memang nak gila, mulut aku ni byk kali minta ampun dan maaf kat Allah swt...dan berdoa supaya dipermudahkan. Akhirnya lepas 3 kali teran alhamdulillah lahirlah Juanna Nafeesa Jumaien seberat 2.95kg..kecikkk jer masa tu (Sekarang..35kg!). Yang paling aku ingat..dalam sedar tak sedar lepas beranak tu, ada seorang nurse kejutkan aku dari tidur/mamai katanya "Dik, nak minum? nak minum Milo ke Horlicks". Aku pilih Milo dan itulah Milo yang paling sedap aku minum dalam hayat aku ni..maklumlah..dah penat2 meneran dalam bilik bersalin yang sejuk tu, tiba-tiba ada org offer Milo panas..uh lalala..Aku sempat ucap terima kasih tapi mata aku dah tak boleh bukak nak tgok siapakah manusia berhati mulia tuh..Semoga Allah swt membalas jasanya, dan murahkanlah rezekinya!

Selepas 2 hari aku dah boleh balik ke rumah, tapi kemudian Makcik Hawa bidan Klinik Desa (Maknya si ROhaizat budak SMART! yang sekarang ni pun kerja kat Spital Kuantan) nasihatkan kami supaya bawa baby ke hospital, kerana Juanna menghidap Jaundice. Kami di sana beberapa malam jugaklah, kesian kat Jay yang terpaksa tidur kat surau dengan nyamuk dan sejuknya. Yang Uniknya, Mak Cik Hawa ni dulu, ketika mak aku bersalinkan aku, dia juga yang membantunya, dan sekrang dia jugak lah yang menguruskan aku dan anak aku.

Kemudian, aku habiskan masa berpantang kat rumah mak abah aku di Permatang Badak. Kesian kat Mak, pagi-pagi dia akan bangun dan nyalakan salai dan panaskan tungku. Tapi, masa tu aku rasa mak macam nak menyiksa aku. Aku tak boleh makan macam-macam. Semua tak boleh, tapi abah tu curi-curi juga bagi aku makan.

Begitulah ceritanya. Kepada Juanna, Selamat Hari Lahir...ibu doakan Juanna cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin...

Wednesday, April 22, 2009

Me and my new hobbies..

At 35, when you have new hobbies..hmm..macam pelik lah pulak. But that's the fact. I am learning how to swim skrang ni..dah boleh buat breaststroke n free style, and the best part, tengah belajar main gitar dengan husband aku. And dia siap perli laku..konon2 aku nak jadi Yuna..oi..please lah..I just nak belajar. After few weeks, ok lah boleh lah main lagu Zombi and Viva Forever..

Then, tgh tulis novel jugak..DIARI SEORANG AMEENA ZAHARA..(amboi, banyak nye benda nak buat!). Ala-ala Bridget Jone's Diary..tapi... I've submitted sinopsis and 1st few chapters kat satu publisher ni, and they said they can't publish it since my novel "menggunakan kata nama pertama". Anda perlu merombak kesemuanya jika mahu kami pertimbangkan...Kat oversea boleh la..but not here..ADOIII!!! Try lah dulu..mana tau BOOM..meletup kat sini..takpe..takpe..aku nak buat juga, nak siapkan jugak. kalau takdak sapa nak publish aku buat e-book aatu aku print jer guna A4...ahaks!

By this September, I will climb gunung kinabalu with my husband Jay sempena meraikan 10th years wedding anniversary..melampau tak? So, skrg ni tengah train, naik tangga apartment 4 tingkat 'ni and jogging. Hopefully, larat lah sampai ke puncak n turun balik ke tanah rata ni...

My point..bila kita ada cita-cita nak buat benda2 macam ni, swimming ke, main gitar ke apa ke..kita rasa my life re-energize. Bangun pagi..kita ada benda baru untuk dilakukan, tak lah buat benda yg sama jer berpuluh2 tahun. Lagipun zaman skrg di Googles era ni..kita perempuan have to be extra knowledgable..kalau tak, sampai bila-bila lah org ingat perempuan tempatnya di dapur only...Betul tak? SO..saya menyeru kpd rakan-rakan yang ada cita-cita dan impian (Ceh! macam fadhilah kamsah pulak) FOkus kepada cita-cita anda, dan ambillah langkah satu persatu, untuk mencapai impian anda...ingatlah lagu Ayu..Cita-citaku..Di Mercuuuuuuu....

Thursday, April 16, 2009

New Original Muslimah Chantik Collections

Assalamualaikum..

Here they are..the original collections of Muslimah Chantik, own designed own tailored. 1 of it's kind. After been waiting for few months, finally it is here. Thank u Roziah, in between baking cakes n sewing my collection she made it!

Enjoy shopping!