Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday Juanna




CHOCOLATE MOIST CAKE..SEDAP YG AMAT! SAPA NAK ORDER CALL ROZIAH 0136935270

Hari 'ni birthday Nana yang ke-9. Sekejap je rasanya, dah besar panjang dah anak sulung aku. Teringat 9 tahun dulu hari aku nak terberanak kat dia. Hari tu jugaklah si Maroha kahwin, kawan2 tgh sakan kenduri rumah roha kat bagan datok, aku tgh meneran kat hospital besar kuantan. Ingat lagi, pagi2 subuh tu tengah tidur tiba2 aku rasa kain aku basah, aku kejut Jay, aku kata kat dia "Bang.bang..saya terkencing!" Jay meraba-raba dalam kesamaran lampu tidur. "Ini bukan air kencing 'ni yang, water bag pecah ni!" Dia lagi arif dari aku! Mulalah aku start contraction. Sakit Wooo..!

Sehari sebelum sakit, kami balik kuantan. Masa tu kami takde keter lagi, kami sewa bilik je kat damansara, Jay pergi opis jalan kaki, sbb dekat, aku naik cab atau bas..sbb opis kat TTDI. Kami balik ke kuantan untuk bersalin pun atas bantuan Office mate Jay (sapa nama mamat tu bang...). Sepanjang balik ke kuantan (masa tu ikut jalan lama, LPT tak wujud lagi) aku berdoa supaya jgn terberanak dlm keter kancil biru tu. Ya lah karak higway tu byk lobang-lobang dan bengkang bengkuk...baik je aku sampai petang tu, pagi esoknya waterbag aku pecah.

Abah aku pun takde keter, ada motor je..jadi bila aku dah sakit bapak aku n Jay pun pergilah ke Klinik Desa Permatang Badak untuk memanggil bidan..yang peliknya..sekejap lepas tu abah aku balik, abah aku panggil mak aku "Zah!.Zah! klinik dah roboh!..heheheh abah aku dah panik. Klinik Desa tu bukannya roboh tp dia org tgh renovate besar-besaran. Akibatnya bapak aku pun call ambulance, ambulance tu pulak datang siap dengan sirennye ...macam nak selamatkan org sakit jantung je..

Dalam pukul 9 pagi aku masuk wad. Suami aku menemani aku sampailah waktu aku beranak. Syabas lah kat Jay yg berani masuk teman aku beranak. Masa tu sakit memang nak gila, mulut aku ni byk kali minta ampun dan maaf kat Allah swt...dan berdoa supaya dipermudahkan. Akhirnya lepas 3 kali teran alhamdulillah lahirlah Juanna Nafeesa Jumaien seberat 2.95kg..kecikkk jer masa tu (Sekarang..35kg!). Yang paling aku ingat..dalam sedar tak sedar lepas beranak tu, ada seorang nurse kejutkan aku dari tidur/mamai katanya "Dik, nak minum? nak minum Milo ke Horlicks". Aku pilih Milo dan itulah Milo yang paling sedap aku minum dalam hayat aku ni..maklumlah..dah penat2 meneran dalam bilik bersalin yang sejuk tu, tiba-tiba ada org offer Milo panas..uh lalala..Aku sempat ucap terima kasih tapi mata aku dah tak boleh bukak nak tgok siapakah manusia berhati mulia tuh..Semoga Allah swt membalas jasanya, dan murahkanlah rezekinya!

Selepas 2 hari aku dah boleh balik ke rumah, tapi kemudian Makcik Hawa bidan Klinik Desa (Maknya si ROhaizat budak SMART! yang sekarang ni pun kerja kat Spital Kuantan) nasihatkan kami supaya bawa baby ke hospital, kerana Juanna menghidap Jaundice. Kami di sana beberapa malam jugaklah, kesian kat Jay yang terpaksa tidur kat surau dengan nyamuk dan sejuknya. Yang Uniknya, Mak Cik Hawa ni dulu, ketika mak aku bersalinkan aku, dia juga yang membantunya, dan sekrang dia jugak lah yang menguruskan aku dan anak aku.

Kemudian, aku habiskan masa berpantang kat rumah mak abah aku di Permatang Badak. Kesian kat Mak, pagi-pagi dia akan bangun dan nyalakan salai dan panaskan tungku. Tapi, masa tu aku rasa mak macam nak menyiksa aku. Aku tak boleh makan macam-macam. Semua tak boleh, tapi abah tu curi-curi juga bagi aku makan.

Begitulah ceritanya. Kepada Juanna, Selamat Hari Lahir...ibu doakan Juanna cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin...

1 comment:

Sufy said...

wWaaaa....epi bufday juana, my little niece...bljr rajin2 k...jgn nakal2..hehe...kim salam peluk cium sama c qeesha ya kak..hehehe...apa kbr kmu suma?