Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday Juanna




CHOCOLATE MOIST CAKE..SEDAP YG AMAT! SAPA NAK ORDER CALL ROZIAH 0136935270

Hari 'ni birthday Nana yang ke-9. Sekejap je rasanya, dah besar panjang dah anak sulung aku. Teringat 9 tahun dulu hari aku nak terberanak kat dia. Hari tu jugaklah si Maroha kahwin, kawan2 tgh sakan kenduri rumah roha kat bagan datok, aku tgh meneran kat hospital besar kuantan. Ingat lagi, pagi2 subuh tu tengah tidur tiba2 aku rasa kain aku basah, aku kejut Jay, aku kata kat dia "Bang.bang..saya terkencing!" Jay meraba-raba dalam kesamaran lampu tidur. "Ini bukan air kencing 'ni yang, water bag pecah ni!" Dia lagi arif dari aku! Mulalah aku start contraction. Sakit Wooo..!

Sehari sebelum sakit, kami balik kuantan. Masa tu kami takde keter lagi, kami sewa bilik je kat damansara, Jay pergi opis jalan kaki, sbb dekat, aku naik cab atau bas..sbb opis kat TTDI. Kami balik ke kuantan untuk bersalin pun atas bantuan Office mate Jay (sapa nama mamat tu bang...). Sepanjang balik ke kuantan (masa tu ikut jalan lama, LPT tak wujud lagi) aku berdoa supaya jgn terberanak dlm keter kancil biru tu. Ya lah karak higway tu byk lobang-lobang dan bengkang bengkuk...baik je aku sampai petang tu, pagi esoknya waterbag aku pecah.

Abah aku pun takde keter, ada motor je..jadi bila aku dah sakit bapak aku n Jay pun pergilah ke Klinik Desa Permatang Badak untuk memanggil bidan..yang peliknya..sekejap lepas tu abah aku balik, abah aku panggil mak aku "Zah!.Zah! klinik dah roboh!..heheheh abah aku dah panik. Klinik Desa tu bukannya roboh tp dia org tgh renovate besar-besaran. Akibatnya bapak aku pun call ambulance, ambulance tu pulak datang siap dengan sirennye ...macam nak selamatkan org sakit jantung je..

Dalam pukul 9 pagi aku masuk wad. Suami aku menemani aku sampailah waktu aku beranak. Syabas lah kat Jay yg berani masuk teman aku beranak. Masa tu sakit memang nak gila, mulut aku ni byk kali minta ampun dan maaf kat Allah swt...dan berdoa supaya dipermudahkan. Akhirnya lepas 3 kali teran alhamdulillah lahirlah Juanna Nafeesa Jumaien seberat 2.95kg..kecikkk jer masa tu (Sekarang..35kg!). Yang paling aku ingat..dalam sedar tak sedar lepas beranak tu, ada seorang nurse kejutkan aku dari tidur/mamai katanya "Dik, nak minum? nak minum Milo ke Horlicks". Aku pilih Milo dan itulah Milo yang paling sedap aku minum dalam hayat aku ni..maklumlah..dah penat2 meneran dalam bilik bersalin yang sejuk tu, tiba-tiba ada org offer Milo panas..uh lalala..Aku sempat ucap terima kasih tapi mata aku dah tak boleh bukak nak tgok siapakah manusia berhati mulia tuh..Semoga Allah swt membalas jasanya, dan murahkanlah rezekinya!

Selepas 2 hari aku dah boleh balik ke rumah, tapi kemudian Makcik Hawa bidan Klinik Desa (Maknya si ROhaizat budak SMART! yang sekarang ni pun kerja kat Spital Kuantan) nasihatkan kami supaya bawa baby ke hospital, kerana Juanna menghidap Jaundice. Kami di sana beberapa malam jugaklah, kesian kat Jay yang terpaksa tidur kat surau dengan nyamuk dan sejuknya. Yang Uniknya, Mak Cik Hawa ni dulu, ketika mak aku bersalinkan aku, dia juga yang membantunya, dan sekrang dia jugak lah yang menguruskan aku dan anak aku.

Kemudian, aku habiskan masa berpantang kat rumah mak abah aku di Permatang Badak. Kesian kat Mak, pagi-pagi dia akan bangun dan nyalakan salai dan panaskan tungku. Tapi, masa tu aku rasa mak macam nak menyiksa aku. Aku tak boleh makan macam-macam. Semua tak boleh, tapi abah tu curi-curi juga bagi aku makan.

Begitulah ceritanya. Kepada Juanna, Selamat Hari Lahir...ibu doakan Juanna cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin...

Wednesday, April 22, 2009

Me and my new hobbies..

At 35, when you have new hobbies..hmm..macam pelik lah pulak. But that's the fact. I am learning how to swim skrang ni..dah boleh buat breaststroke n free style, and the best part, tengah belajar main gitar dengan husband aku. And dia siap perli laku..konon2 aku nak jadi Yuna..oi..please lah..I just nak belajar. After few weeks, ok lah boleh lah main lagu Zombi and Viva Forever..

Then, tgh tulis novel jugak..DIARI SEORANG AMEENA ZAHARA..(amboi, banyak nye benda nak buat!). Ala-ala Bridget Jone's Diary..tapi... I've submitted sinopsis and 1st few chapters kat satu publisher ni, and they said they can't publish it since my novel "menggunakan kata nama pertama". Anda perlu merombak kesemuanya jika mahu kami pertimbangkan...Kat oversea boleh la..but not here..ADOIII!!! Try lah dulu..mana tau BOOM..meletup kat sini..takpe..takpe..aku nak buat juga, nak siapkan jugak. kalau takdak sapa nak publish aku buat e-book aatu aku print jer guna A4...ahaks!

By this September, I will climb gunung kinabalu with my husband Jay sempena meraikan 10th years wedding anniversary..melampau tak? So, skrg ni tengah train, naik tangga apartment 4 tingkat 'ni and jogging. Hopefully, larat lah sampai ke puncak n turun balik ke tanah rata ni...

My point..bila kita ada cita-cita nak buat benda2 macam ni, swimming ke, main gitar ke apa ke..kita rasa my life re-energize. Bangun pagi..kita ada benda baru untuk dilakukan, tak lah buat benda yg sama jer berpuluh2 tahun. Lagipun zaman skrg di Googles era ni..kita perempuan have to be extra knowledgable..kalau tak, sampai bila-bila lah org ingat perempuan tempatnya di dapur only...Betul tak? SO..saya menyeru kpd rakan-rakan yang ada cita-cita dan impian (Ceh! macam fadhilah kamsah pulak) FOkus kepada cita-cita anda, dan ambillah langkah satu persatu, untuk mencapai impian anda...ingatlah lagu Ayu..Cita-citaku..Di Mercuuuuuuu....

Thursday, April 16, 2009

New Original Muslimah Chantik Collections

Assalamualaikum..

Here they are..the original collections of Muslimah Chantik, own designed own tailored. 1 of it's kind. After been waiting for few months, finally it is here. Thank u Roziah, in between baking cakes n sewing my collection she made it!

Enjoy shopping!

New original Muslimah Chantik Collections



Soft Satin Shirt - Brown. Suitable as office wear - XL/Size 16 Only. RM55 inclusive post. SMS 0122171431 for details.

New original Muslimah Chantik Collections



Soft Satin Shirt - Maroon. Suitable as office wear. XL/ Size 16 Only. SMS 0122171431 for details. RM55 inclusive delivery.

New original Muslimah Chantik Collections



Soft Satin Shirt - Blue. Suitable for office wear. XL or size 16 Only. RM55 inclusive Postal charges (POSLAJU)

New original Muslimah Chantik Collections



Jacquard long blouse, black n white, with tie back - L Size only. RM 45 inclusive postal charges (POSLAJU). Not inclusive long t-shirt inside. SMS 012-2171431 for details.

New original Muslimah Chantik Collections



Jacquard long blouse - polka dot. RM 45 inclusive post (POS LAJU). L Size only. With tie back. Not inclusive long-t-shirt inside. SMS 0122171431 for details.

New original Muslimah Chantik Collections



Jacquard long blouse- green, RM45 inclusive post (POSLAJU). L Size Only. SMS 012-2171431 for details. Not inclusive long t-shirt inside.