Minggu lepas aku jadi saksi kepada satu majlis pertunangan kawan aku Zuridawati a.k.a wati. Majlis bertunang dirahsiakan dr pengetahuan kawan-kawan lain sebabnyeeeee....kenduri nye kecik2 aje. Sementelahan tu, nak memeriahkan suasana...sempatlah kami menunjukkan gambar wati duduk membelakangkan kamera dan aku duduk disebelahnye di yahoogroups and FB aku....dan mintak kawan2 masscomm teka..siapakah yg bertunang itu.. Riuh jugaklah sekejap FB dan yahoogroups serta YM dengan tekaan2 yg berdasarkan akal logik semata2.
Yang bestnya, wati ni sangat2 tinggi orangnya 5'7" kot tingginya (betul ke wati..?) So memang kalau menengokkan tingginya..sapa2 pun boleh teka, so utk menyusahkan lagi aktiviti teka-teka nih...wati terpaksa merendahkan badannya sikit masa dia duduk sebelah aku tuh...
Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
Untuk Wati..selamat bertunang...untuk yg belom-belom lagi tu...cari-carilah di mana2 yang patut..aku berdoa byk2 mintak korang semua ditemukan jodoh yg baik dan bahagia sehingga ke akhir nyawa....