
Saturday, December 12, 2009
perjalanan ini.....

Thursday, October 1, 2009
Ku sapa sejuk beku puncak kinabalu!
Tajuk entry terlampau......terlebih sudahhh!
Rasa macam baru je minggu lepas aku berpenat- penat dan berlelah-lelah yang amat mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.Lama dah sebenarnya aku teringin nak naik ke atas tu. Entah kenapalah, tapi aku rasa macam best gila kalau dapat naik. Lebih2 lagi Enche Jay tak habis2 berciter pasal kebessan mendaki gunung kinabalu tu, dia dah naik 5 kali termasuk edisi minggu lepas. Ada byk sebab org daki Gunung Kinabalu (GK) 'ni, ada yg nak nikmati pemandangan, ada yg nak test power, tubuh badan, ada yg memang dah hobi...tapi..aku...entah..aku cuma rasa teringin nak naik atas tu dan nak ambik gambar kat atas tu.
Sebelum naik...bolehlah berposing sambil tersengih...dah penat2 kang..sengih pun tak larat.
Minggu lepas, hari Rabu..aku dan Enche Jay memulakan perjalanan ke National Park Sabah, kami ambik Pakej Mendaki GK yg berharga RM500++ seorang, termasuk 1 mlm penginapan kat kaki gunung, 1 malam penginapan kat 3/4 GK (Laban Rata) dan makan minum. Tu tak termasuk kos Guide, transportation, insurans, bayaran masuk, dll...kalau kira2..dekat2 RM2k lebih lah jugak jumlahnye....hmmm....lebih kurang sama rege dgn iphone idaman. Lepas check in, kami beraya di Ranau, di rumah sepupu2 Enche Jay, dalam perjalanan dari kejauhan aku dah nampak puncak GK tu...pergh...aku berangan "Insya allah, esok sampailah aku kat Laban Rata tu, Jumaat pagi..sampai kat puncaknye.." . Yakin sungguh akakk dgn kemampuan aku! Aku tak terfikir pun akan segala kesulitan yg ada..nampak mcm senang je...Mlmnya, aku dan Enche Jay bermalam di Hill Lodge, di kaki GK...sejukkk..ditemani dgn bunyi cengkerik n unggas rimba...n bunyi pelik2 yg lain..al-maklumlah, tepi hutan tebal. Anak2 aku tinggalkan di KK dgn adik2 ipar n mertua aku...bila aku call dia org, anak2 aku ok je...mcm tak kisah pun ibu bapanya takde...hmmm..
Pagi2 Khamis, kami bangun dgn penuh semangat pendakian...bukak2 pintu Lodge kami....tu dia...!! GK berdiri teguh..besar je...macam menginvite kami utk panjat ke atas tuh. Tanpa berlengah2 lagi kami pun pergi ke pejabat utama, jumpa guide n ambik transport dari Pintu Taman Negara tu ke Timpohon Gate. Masa ni excited gila aku...rasa macam takde masalah lah nak mendaki GK tuh...lebih2 pulak cuaca baik, terang benderang.
Ariani patut offer aku jadi Model turung dia...sampai ke Puncak Gunung aku promosi tudung dia ..
Walau bagaimanapun, aku rasa aku ok lagi...sbb mata aku sibuk melilau tgk perubahan muka bumi, dari tanah berumput, bertukar jadi batu2 besar bewarna kuning. Dari pokok2 hutan yg besar..bertukar jadi pokok2 renek ala-2 bonzai. Dalam perjalanan tu aku mula sedar, kami je pendaki local, yg lain2 ramainya mat n minah saleh, jepun, china dan Korea. Sepanjang perjalanan naik, kami jumpa pendaki2 yg dah turun. Ada yg berjaya sampai ke atas puncak, ada yg tak...semuanya saling berhai! berhello dan bergood luck! Lama kelamaan...kepenatan mula membuatkan aku asyik tanya Enche Jay.."Jauh lagi ke?" "aku rasa aku tanya soklan tu every 10 minit...sampaikan Enche Jay dah mula bosan nak jawab n mulalah memberi jawapan standarnya iaitu.."Hmmmm.."
Selepas 5 jam mendaki...kami sampai ke Laban Rata. ni dah kira2 3/4 pendakian lah...tu pun 6km jaraknya. bukan tanah landai tau...bukan rata mcm padang bola tu tau...Sampai kat sini, kami check in di dorm. Kami dapat roomate couple dr Germany....Martin n..tah hapa lah nama geprennya tuh. Lepas makan dalam pukul 7pm, kami tido. Sebab pagi2 esok dalam pukul 2am, kami kena bangun n teruskan pendakian ke puncak. Kat Laban Rata ni..aku dah mula rasa kesejukkan yg amat. Angin bertiup sgt kencang. Mlm tu aku telan Panadol Activefast 4 bijik, sapu kepala lutut n kaki dgn Yoko2 n tiger balm n cuba tido. Aku tido ok, tapi Enche Jay tak boleh tido...konon2nya sbb beralih tempat tido n sbb minum kopi pekat masa dinner tadi!
Monday, September 28, 2009
Rayaku Rayamu Jua.....
Buah ni ada kat Tuaran je...Tambekai..
Sehari sebelum raya, aku ikut mak mertua aku beli brg2 sikit kat Pekan Tuaran. Tuaran tu kecik je..tapi boleh tahan jugak jammed nye..tah dari mana tiba2 byk pulak keter kat Tuaran hari tuh..termasuk keter2 yg berplat number dari Sarawak, Labuan, Kelantan, Penang pun ada...Bila sampai kat KK ni, benda yg aku paling pening sikit ialah nak tunekan otak aku dgn waktu vs sinaran matahari kat sana...kalau kat semenanjung, kul 7pm tu cerah lagi..kat KK dah gelap pekat. Subuh pulak ala2 pukul 4.30am gituh...kul 5.45 dah jadik subuh gajah dah..
Ini bukan Jambatan Tamparuli ye...tapi adik beradik dia lah..
Raya ke 4-6, aku n Encik Jay ke Ranau...demi utk melaksanakan misi kami mendaki Gunung Kinabalu di hari raya yg mulia ini...huhuhu..Citer pasal tu..akan aku tulis lain kali ye...!! Berjayakah kami sampai ke puncak? Bagaimanakah xpdc kami, adakah berjalan lancar, adakah menarik...tunggu...!!! Enche Jay bersama ibu bapa n adik beradiknya, 2 org adik lelaki tak kelihatan dlm gambar ini...
Sessi jinjit menjinjit sedang berlaku kat belakang tuh...
Org sebelah aku tu..menurut maknye, masa kecik2 nak jadi komunis..tu yg siap pakai seluar askar tuh...
Saturday, September 5, 2009
TRAVELOG RAMADANKU-Emak dan airmataku yg tumpah di LRT Bangsar..!

Sunday, August 23, 2009
TRAVELOG RAMADANKU- Ramadanku Yang Lalu...

Monday, August 17, 2009
Insaf sekejap.....


Aku memang ada sentimental value sikit dengan si Dede ini. Teringat aku zaman kehidupan susah melampau di satu era kehidupanku dahulu....masa tu..aku emotionally breakdown, mentally breakdown..semua pun breakdown..tapi tak fizikal aku yg pada ketika itu aku biarkan pesat membangun...(pelik tul..org lagi susah hati lagi kurus..aku lagi besar...)
Pada ketika itu...aku tak ada tempat nak ngadu..kawan2 semua aku tinggalkan kat KL, dan aku sendiri tak nak hubungi kawan2 sbb aku rasa mcm...entah dia org pun ada masalah sendiri..lagi mau fikir pasal masalah aku...ada satu kawan si roha pulak pada ketika itu berada nun jauh di Melbourbe...zaman tu..FB tak didiscover lagi kat mesia nih...aku masa tuh dah tak ada apa2..kecuali anak2. Hidup pun menumpang dgn mak abah aku..dgn enche jay pun..tak berapa nak bertegur sapa...hmmmmm..
Lalu, di ketika hidup aku tak keruan dan tak ketahuan itu...aku terbaca citer pasal Si Dede ni dalam newspaper....aku baca berulang-ulang kali..aku tgk gambar si dede tu berulang kali....seorang lelaki yg ditinggalkan keluarga sendiri, merempat di jalanan, wajah Dede masa tu dah seolah-olah dah tak ada masa depan...makan pakai pun dah sangat2 tak terurus...lalu tiba2 aku terpandang diriku sendiri...sesusah-susah aku pun...takdelah seteruk mana kalau nak dibandingkan dengan manusia yg hidup dgn kutil yg meriah gila seluruh badan..sehingakan dah sampai tahap..mcm akar pokok kayu dah rupanya..kan...
Tu lah...kalau kita susah..ada org lagi yg lebih susah dari kita...jgn ditengok org yang lebih senang..sbb kita pun tak tahu keseluruhan hidup dia camana...alhamdulillah..segalanya dah pulih...dan Dede juga semakin sembuh.....Iya Pak Dede..semoga hidupmu terus dirahmati...
Sunday, August 9, 2009
Hadiah Hari Jadi...
Nak kena hadiah ke..dah tua-tua macam ni? Tu lah persoalannya..tapi kalau tak dapat hadiah cam tak best..cam tak special...ye..ke? 3/8 yang lalu ialah hari jadi aku yang ke...banyak lah jugak nombornye...beberapa hari sebelum tu aku terbangun di tengah malam..lalu aku terfikirkan banyak perkara.....banyak tahun dah aku hidup, apa dah pencapaian aku, lama lagi ke aku nak hidup...cukup dah ke kebaikan yang aku buat kat dunia ni...dosa2 yang lalu camne...dah taubat ke....? Kalau mati esok camne? Kalau hidup berpuluh2 tahun lagi camne pulak...cukup dah ke duit saving..ada saving ke? Aiyo..pening dn sebak jugaklah hati aku memikirkannya.
Harijadi aku dihadiahkan dengan sessi demam syncronize berirama oleh enche Jay n anak2. Maka pada hari jadi aku, aku tak pergi opis sebab menjaga Enche Jay yg demam. Enche Jay jarang sakit...tapi kalau dah sakit...teruk juga..lambat nak baik...sementelahan pulak demam di mengkala virus H1N1 ni menular..so baiklah berjaga2. Sepanjang harijadi aku hari tu..aku tak buat apa2 hanya menjaga Enche Jay yang demam. Tengahhari tu pulak...Juanna start demam. Maka aku pun tak ubah macam Dr Grey dalam citer Grey's Anatomy..ke hulu ke hilir menjaga pesakit...Naqeesya..hmmmm....setakat tolong bawak Vicks tu boleh la.....
Pagi2 tu aku dah terima byk ucapan hari jadi yang penuh bermakna dr kawan2 n family. Ada jugak ucapan yang "ada makne disebaliknya" dr Loccitane, Jusco, Seng Heng, Mac..dll.
(From left, Zuhaina, Noraini Rahman, Wawa, Aku, Baya. Meen..)
Aku teringat plak harijadi aku masa aku umur 17 tahun...hari tu hari sabtu, aku ada class tambahan sempena nak SPM. Pagi2 aku masak Mi goreng..sebab aku n the geng dah ada plan. Sementelahan pulak aku celebrate birthday dengan Wawa (Rosdawati). Habis class tambahan hari tu, Syazmeen..member menguap dalam kelas aku..ajak kami celebrate kat rumah dia. Dia yg drive secara haram hari tu bawak kami pergi beli kek kat kedai kek sebelah KITASAMA jalan Beserah..(ada lagi ke kedai tu?), lepas tu kami beli kodak / filem (Pergh..mana ada lagi memory kad zaman tu..) then...kami pun seronok selebrate birthday kat rumah Meen...

Manalah Si Wawa minah Felda Chini ni pergi...?
Hari tu jugak..Meen pedajal kami yg innocent ni dengan menyiarkan kepada kami movie Pretty Woman uncensored...kekekekeke. But Meen..Thank You So Much..for wonderful experience hari tu.... amongst birthday celebration yg paling seronoksss.
Tahun ni..takde gift pun tak pelah...so aku decide nak bagi gift pulak by donating my blood....Happy 35 Birthday Nani...
Darah aku...donate kat Pusat Darah Negara...
Monday, August 3, 2009
Kalau Dah Jodoh.....(Untuk Zuridawati!)
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)
Sunday, July 26, 2009
50 Hengget baru...
Lepas dari habis tengok Transformers..(boleh ke..anak aku si Naqeesya tertidur....tengok citer tuh..punya meletup sana sinih...dia tido.. )aku pun nak lah mengeluarkan duit dr mesin ATM. Mesin ATM kat Summit tuh dah lah terletak di ceruk2..dengan keadaannya yg agak tak terurus..Sebaik aku sampai kat mesin tuh..aku nampak ada segerombolan warga indon sedang menelek-nelek..mesin tuh.. lepas seminit they all pun blah dan aku pun mencucukkan kad ATM aku dan menekan2 apa yg patut...tak lama kemudian duit pun kluar dr mesin..yg peliknya duit tu..lain dari yang lain.....aku pun jadi macam bengong skit..aku tgk je duit tuh..dalam hati aku sempat lagi nak fikir.."eh! ni bukan duit aku..ni duit lain ni, lain jer rupenye...ni duit indon ke..(sambil terfikir kat geng indon tadi)..eh..eh..duit apa ni....?"
Ada kot 10 -20 saat aku tenung duit tu kat mesin tanpa menariknya keluar...then enche jay datang.."yang.. tu duit baru tuh..wah bestnya dapat duit baru..." then baru aku macam kena penampar ...tersedar sendiri..ohhhh....tu duit 50 hengget baru ingat kan duit indon.......sabar je lah...!!!
Friday, July 24, 2009
Aktiviti memasak dan Main guitar sambil berlunjur...!!
Bawal Sweet Sour..
Selain dari memasak..kami jugak ada aktiviti2 lain..iaitu aktiviti mengupdate diri dengan kisah kawan2...bukannya mengumpat..hanya nak update je...jgn esok bila org tu dah meninggal baru nak tanya khabar berita...
Saturday, July 18, 2009
Kisah Kasih sepasang Kasut Reebok!

Dengan semangat kesokanan yg tinggi..aku berhajatlah nak beli kasut sport baru. SO..., adalah satu hari tu aku merayau kat KLCC and Sport Shop kat Kinokuniya tu..apa namanya..Studio..Stadium?? tak ingatlah...Tapi kedai tu sedang buat sale. Bijik mata aku pun terbeliaklah melihat perkataan SALE yg besar dengan background yang bewarna putih tuh.
Dengan rakusnya...aku mencari2 sepasang kasut sport....Syarat2 yang aku letakkan mesti berjenama tapi harga mesti murah punyer...Shop asisstant tu pun menunjukkan aku beberapa pasang kasut, ada brand Nike RM150 je, Adidas RM230..dan Reebok RM90. Reebok RM90!!! murah lah tu...so apa lagi ...dengan confident jer aku order kat adik shop assistant tu mintak saiz 6. Sai6 tu sebenarnya saiz kasut berjalan dan kasut opis aku...masa tu aku dah tak terfikir dah yg betul ke tidak saiz tu? Ok ke tak saiz tu dgn aku? Kasut ni Saiz 6 UK ke, US ke Japan ke...? Aku hentam je...
Adik tu pun bagilah kat aku sepasang kasut tuh..aku pun try ala kadar je..sambil mata aku melilau-lilau menengok2kan manalah tahu ada lagi kasut2 lain yg berjenama, yg cantik dan yg murah....
Tak sampai 2 minit aku try kasut tuh..aku pun decide nak beli. Keesokkan harinya, aku pun excited lah nak pakai kasut tu utk sessi jogging and panjat tangga yg aku buat 4 kali seminggu tuh...lima minit je aku try pakai kasut tu...tiba2 aku rasa kaki aku macam tak selesa...so aku pun pakai stokin selapis lagi (stokin tebal tuh..) jalan2 lagi tetap tak boleh..bila aku jalan bahagian tumit tetap nak terkeluar dari kasut ...
Aku pun bagitahu encche jay.."kasut ni sakit lah..tumit saya..selalu terkeluar-terkeluar bila saya jalan.." Dengan tak yah pikir2 panjang2 pun Enche Jay pun bagilah komen..."bukan saiz dia lah tu.....mesti besar..." Alamak! mamat ni ada 6th sense lah....so terpaksalah aku mengakui keclumsiness aku ...
So..sapa nak beli kasut...? Sport Shoes..Saiz 6 UK, Baru pakai 10 minit je...free lagi sock dari SOXWORLD sepasang....Aku jual RM80 jer siap dgn original box.... Sapa nak beli call/SMS/Message aku ye....
Monday, July 13, 2009
USJ-BEHRANG-TELUK KUMBAQ!
Al-kisah...dah lama teringin nak makan angin a.k.a menziarahi adik beradik yg ada kat Penang. Sementelahan Enche Jay kerja kat KTB ni, dah beberapa kali berangan2 nak naik bas NICE EXECUTIVE COACH yg dua tingkat tu...(ada ke bas NICE 2 tingkat pergi PNG) tapi..macam tak berkesempatan je.....
Proses pendaftaran tu...takdelah berapa lancar sangat..lembab makngut jugak...pihak pengurusan kata ada masalah tak cukup bilik...tapi yg peliknya..takkanlah korang dapat list nama bebudak yg baru nak masuk ni hari semalam..mestilah at least sebulan atau beberapa minggu dahulu? Kenapa masa tu tak selesaikan masaklah tak cukup bilik tuh? Hari pendaftaran tu lah..baru nak buat mersyuarat nak selesaikan masaklah ...abah aku pun apa lagi...mulalah dia memberi ceramah motibasi percuma kepada pentadbir dan pendaftar yg ada hari tu...ngalahkan Menteri Pelajaran pulak gayanye bercakap...
Politeknik Behrang tu..cantik jugaklah ropenye...permandangannya bertubirkan bukit bukau yg kelabu asap sikit diselaputi jerubu...aku dan enche jay pun terimbau lah kembali kenangan hari pendaftaran kat Uitm Lendu ..15tahun yg lampau.
Anak buah aku Si Damia ni..mengikut lapuran bapaknye adalah sangat sakit..tapi ..kami tengok dia macam sihat je..melompat2 tak ingat dunia bila jumpa Juanna and Naqeesya. Adiknya pulak yang baru berusia 3 minggu...pada pandangan mata aku sangatlah besar saiznya..seolah2 budak yg dah umur 2 bulan...alhamdullillah..kesemua seisi keluarga itu beserta mak dan pak mertua adik aku (Pakcik Che MAy) adalah sihat walafiat..
Friday, July 3, 2009
Happy 15th Anniversary - The Helmetz..


Bulan 7 ni, genaplah 15 tahun usia perkenalan kami2 bebudak (Bebudak lagi ke ??) masscomm uitm batch 94-97 atau lebih dikenali sebagai Helmetz. Lama dah rupa2nya kami bersama. Dari zaman slim menyelim ke kembang semangkuk, dari zaman single mingle ke beranak pinak..alhamdulillah, kebanyakannya masih lagi tak terputus hubungan...

Apa yg bestnye lagi, antara kami ni..ramai yg kahwin sesama sendiri..(bukan sesama jantina..ko nih!)..maksud aku sesama batch la..Ada jugak yg duduk sebatch bertahun2 tapi tak berchenta2 ..bila dah bekerja..alih2 kahwin dgn classmate tu juga..dan macam2 lagi. Ada yg masih sihat walafiat, ada yg dah lebih dulu pergi berjumpa Yang Esa.

Kami dulu belajar zaman2 takde handphone, takde Laptop..PC pun..kalau ada sebijik je..kongsilah berpuluh2 orang. Zaman kami belajar takde PTPTN...ada lah Yasan Pahang atau JPA.. (korang dah habih bayar ke belum??) tak pun Yayasan FAMA (Father Mother) .Uitm Shah Alam pun..takde lah sepadat cam sekarang. Dulu..releks je..takdelah penuh dgn traffic macam le nih.



Thursday, July 2, 2009
Aku yg "PANDAI" sangat...
Tuesday, June 30, 2009
Aku dan Michael Jackson


